Kalau negeri-negeri utara Semenanjung, pulut lemak ini ialah pulut yang dikukus dan kemudiannya diletakkan santan. Biasanya pulut lemak ni orang buat makan pagi atau makan malam.
Kalau siapa-siapa yang pernah menetap di negeri Perlis atau Kedah mungkin tahulah macam-mana nak "perkena" pulut ini.
Pulut Lemak |
Satu hari aku bawa pulut lemak ke tempat kerja, dan bersamanya ialah Mempelam ?Mangga HARUM MANIS. Bila buka tupperware je, ada kawan, Haslina dari Melaka tanya, "Apa tu kak?" "Mempelam, makan dengan pulut".... "eeee tak pernah orang buat kak..."
Pernah atau tak pernah, jawabnya selepas tu LICIN !!
Jom makan Pulut Lemak dengan Mempelam Harum Manis Perlis & durian!!
Bahan-bahan:
2 biji mempelam Harum Manis masak ( Hah.. sekarang ni kat Bukit Bintang, Kangar 1 kg = RM17.)
atau
2 biji durian - pilih yang isi sedap ( musang King ??)
1 kg beras pulut - direndam 20 minit ( aku selalu guna pulut susu)
250 gm santan pekat
garam secukup rasa
2 helai daun pandan
Cara penyediaannya :
- Sediakan pengukus bersama air untuk mengukus pulut.
- Toskan beras pulut yang direndam dan masukkan ke dalam pengukus bersama daun pandan.
- Kukuskan pulut selama 10 minit atau sehingga masak.
- Sementara itu campurkan santan pekat dengan 500 ml air serta garam secukup rasa dan panaskan hingga mendidih.
- Angkat pulut yang dikukus dan gaulkan dengan santan sehingga sebati.
- Angkat dan hidangkan bersama mangga masak atau durian.
Durian |
Harum Manis Perlis |
Mai Sepinggan !!
No comments:
Post a Comment