Wednesday, 16 December 2015

TEPUNG BUNGKUS

Tepong Bungkus pulak hari ini.... Jom kita sama-sama buat dengan Chef konkonon niWalau pun konkonon tetapi setakat ni kredibiliti nya terbaik  tau!
Tepung bungkus, kueh popular orang-orang dulu-dulu... biasanya kalau tok atau tok wan datang ke rumah, emak akan buatkan tepung bungkus. 

Kalau abang Hasim din datang melawat emak, dia akan cari tepung bungkus sebagai buah tangan dan katanya "Tok Yah suka tepung bungkus ni, sedap"

Resepi tepung bungkus ni adalah resepi tradisi daripada Tok Limah kepada emak dan senang sangat nak buatnya. 

Jom buat tepung bungkus...!

Bahan untuk Inti:
300 gm kelapa parut putih saja (lebih sedap kalau kelapa tidak terlalu tua)
300 gm gula merah
200 gm gula putih
secubit garam secukup rasa
sedikit air
Sehelai daun pandan -simpulkan 
2 cawan tepung pulut hitam - diuli dengan sedikit air seperti buah melaka

Cara membuatnya:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam kuali.
  2. Kacau hingga pekat menjadi inti tetapi jangan berketul-ketul.
  3. Sejukkan.
Bahan untuk kulit @ som-som (tepungnya):
8 cawan santan pekat
5 cawan tepung beras
1/2 sudu teh garam
Gula secukup rasa
daun pisang untuk membungkus.

Cara membuatnya:
  1. Bancuhkan tepung beras, santan pekat , gula sehingga sebati.
  2. Masukkan kedalam periuk dan kacau di atas api sederhana agar tidak berketul.
  3. Setelah pekat, angkat dan ketepikan.
  4. Ambil doh pulut hitam dan isikan dengan inti, bulatkan.
  5. Letakkan tepung   som-som di atas daun pisang.
  6. Letakkan doh pulut hitam berinti di atas som-som
  7. Bngkus dan ulangi sampai habis.
  8. Kukus sehingga masak.
  9. angkat dan hidangkan dengan kopi O

Mai Sepinggan !!

Tuesday, 28 July 2015

CEMPEDAK GORENG CUCUR CEMPEDAK

Siapa yang tak suka makan cempedak goreng??? Orang Utara biasanya panggil Cucoq Cempedak. Biasanya saya buat cempedak goreng ini menggunakan buah cempedak kampung sebab ianya lebih wangi  dan sedap. Kalau cempedak kahwin, isinya yang terlalu tebal akan menyebabkan cempedak goreng tidak akan rangup.


Cempedak kampung 
Cempedak goreng biasanya hidangan untuk minum petang....Owh alangkan segarnya dipetang hari yang panas terik atau hujan rintik2 bertemankan secawan kopi dan sepiring cempedak goreng. 


Isi cempedak kampung

Isi Kuning, wangi dan manis
Jom hari ini kita masak cempedak goreng...

Bahan-bahannya:

1 biji cempedak yang sederhana ( pilih yang sekilo)
2 cawan tepung beras
1/2  cawan air kapur
1/2 cawan air sejuk
1 sudu teh garam (secukup rasa)
1 sudu kecil bijan
sedikit kunyit atau pewarna kuning
4 cawan minyak untuk menggoreng


Cara Menyediakannya:

  1. Campurkan semua bahan untuk membuat batter tepung, air kapur, garam bijan pewarna kuning.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi batter yang boleh menyalut.(gooey consistency)
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Celupkan ulas cempedak dan masukkan ke dalam kuali.
  5. Goreng sehingga masak.
  6. Angkat, tos dan hidangkan.



Mai Sepinggan !

Friday, 27 March 2015

BUBUR GANDUM

Yan abar nu seh????? Ok juga kau? Boi no kau mangan?? Boi, Mangan Bubur jo. 
Bubur gandum tu sanang, likas ko' alap reso ni. Dau-dau kami mangan tu jo amon  kemuap.
Bubur tu alap kinakan panas-panas ko' ruti.

Aku cuba-cuba berbahasa Bajau dan seronok juga boleh aksi-aksi....

Oppsss.... ling sama ko' aku, ...Jom buat Bubur Gandum..


Biji gandum
Bahan-bahannya:

1 cawan biji gandum - dibersihkan & di basuh
5-6 cawan air 
1/4 cawan gula ( ikut cita rasa masing-masing, jika nak manis tambahkan lagi)
1 cawan santan pekat
1/2  sudu teh garam
1 helai daun pandan 

Cara-cara menyediakannya:
  1. Rebus biji gandum di periuk  bersama air sejuk sehingga kembang.
  2. Simpulkan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk.
  3. Setelah gandum empuk, masukkan gula dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan santan dan biarkan mendidih seketika.
  5. Angkat dan hindangkan. Enak dimakan bersama biskut krim kraker..
Bubur gandum siap dimasak 

Mai sepinggan!!









Sunday, 8 March 2015

MOCHI ; Moshi-Moshi

Yeahhhhh....  pembuka maisepinggan untuk tahun 2015 ialah MOCHI...... rupanya yang bersih, lembut memang menggamit selera. Dengar nama sudah tahu bahawa ia makanan dari Jepun. 
Bahan utamanya tepung pulut... mula-mula rasa Mochi ialah semasa berkunjung ke Yokohama dan Tokyo dan rasanya hmmmm ala-ala Kueh Tepong Gombak... tapi Tepung Gombak agak keras manakala Mochi ini  teksturnya lembut dan halus..



Ini lah rupanya si MOCHI 

Jom buat MOCHI....

Bahan-bahannya:

220 gm tepung beras pulut
110 gm gula pasir
200 ml santan
2 sudu teh serbuk vanila
tepung beras pulut secukupnya untuk menyalut
sedikit pewarna merah dan hijau
Intinya : Kacang merah, kacang hijau

Cara-Cara menyediakannya:

  1. Campurkan tepung beras pulut, gula dan serbuk vanila kedalam mangkuk adunan.
  2. Masukkan santan sedikit demi sedikit dan kacau sehingga licin
  3. Masukkan adunan yang sudan diadun ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.
  4. Pastikan adunan masak dengan baik (tidak melekat)
  5. Angkat dan sejukkan.
  6. Apabila telah sejuk, bahagikan adunan kepada 12 bahagian bulat dan leper.
  7. Bulatkan dan masukkan inti, bentukkan seperti bebola kecil.
  8. Salutkan Mochi ini dengan tepung pulut yang digoreng tanpa minyak.
  9. Dinginkan sebelum dihidangkan.

Teksturnya yang lembut dan enak jika dihidang dingin


Inti - ku suka lotus paste

Variasi:
1. Inti - kita boleh guna apa saja inti yang kita suka
2. Warna - warnakan dengan warna merah, hijau, putih mengikut citarasa


Mai Sepinggan!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...