Showing posts with label Jalan-jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan cari makan. Show all posts

Monday, 17 February 2014

TURKEY FOODIE TRIP - GRILLED BLUE-FISH

Grilled Blue Fish - is one of Turkish dish served during my Turkey Foodie Trip. This is closest to home with the fishy smell that all other Turkish food failed to produce. Most other food are "scentless". The rice is also quite close to nasi dageee (nasi dagang).


serve with pilaff
Let's grill the blue fish...

Ingredients:
4 medium size blue-fish
1/2 cup of olive oil
1 lemon
1 onion, parsley

Method:
  1. Clean, wash and drain the fish. Sprinkle with salt and let stand for an hour.
  2. Lightly brush them with oil, put them on the grill about 5-6 cm over the fire.
  3. Grill for about 8 to 18 minutes depending on the size of the fish.
  4. Arrange them in a dish. Pour over lemon juice mixed with some olive oil.
  5. Serve with pilaff together with  slice onion.( cut and rub them with some salt, wash and drain. Mix them with parsely).
Mai Sepinggan !!

Saturday, 15 February 2014

TURKEY FOODIE TRIP - DESSERT

Keenakkan makanan Turki.... arggghhhh... 
Jom jalan-jalan cari makan di Turki, lihat makanan yang indah-indah, menarik dan menyelerakan..

Jalan-jalan di Turki semasa musim sejuk yang lepas sangat mengujakan... Aku beli sebuah buku resepi dan tak sanggup rasanya nak menyediakan juadah Turki di Malaysia ini..

Kita tengok gambar pun kira oklah ye dan pertama sekali kita jamu mata dengan makanan pencuci mulut yang selalu dihidangkan di Turki..

Jom ..

Bakhlava ... OMak... Manisnya!!


Rice Pudding ~ ini tak manis

Rice Pudding yang enak


Bakhlava - diamond cutting manis gile


Cake ~ manis juga


Halwa ~ manis sangat

Halwa ~ ini pun manis

Halwa ~ manis dan manis

Halwa ~ nampak tak manis tapi manis

Semuanya sangat-sangat manis

Yogurt with honey and poppyseed ~ tak manis
Yogurt dengan honey dan ditaburkan poppyseed atasnya merupakan suatu yang baru untuk dicuba... sangat enak. Kalau ke Turki lagi mau saja aku makan lagi..

Woww... pendek kata kalau aku menetap di Turki dua tiga bulan, mesti muka bertambah-tambah manis..


Mai Sepinggan !!


Tuesday, 24 December 2013

TURKISH DELIGHT

Hmm lama tak tulis cerita makanan... dan lama tak jumpa, bercuti jalan-jalan cari makan di Turki.. hari ini kita tengok-tengok dulu apa itu Turkish Delight. Ianya disediakan dengan menyalutkan kekacang menggunakan kanji dan madu atau gula. Biasanya kekacang yang digunakan ialah seperti hazelnut, walnut, almond, pistachio dan ada juga menggunakan orange, buah delima, kiwi dan pelbagai jenis kekacang dan buahan yang terdapat di Turki. Sesetengahnya diperisakan pila dengan kulit kayu manis.



Bermacam-macam jenis Turkish Delight


Turkish Delight yang dihidangkan di hotel


Penjual Turkish Delight di Spice Bazaar

Aku rasa kita tak perlu bersusah payah nak buat... pergi saja ke kedai Turki, belilah 300 gm pun dah memadai. Harga sekilo di Spice Bazaa Lira TL48.




Mai Sepinggan !!

.



Saturday, 22 December 2012

BIRYANI MUAR : Jalan-Jalan cari Makan

Musim cuti hujung tahun ,  adalah yang paling seronok  sebab dapat jalan-jalan cari makan sama ada dalam negeri atau luar negeri, dekat mahu pun jauh & KITCHEN CLOSED !!

Semasa dalam perjalanan ke Johor Baharu, dapat juga singgah di Muar ( MUO) mencari Biryani.... orang kata Biryani Muar sedap... masuk saja daerah Muar, kami pun mulalah bertanyakan orang ramai di mana nak dapat BIRYANI yang paling sedap. Sememangnya lain orang lain cita rasanya, maka ramai yang memberikan tempat-tempat biryani .... jalan punya jalan, aku rasa aku jumpa Biryani yang sesuai dengan selera aku iaitu di PESERAI, MUAR.


Kompleks Niaga Peserai, Muar.

Di sini ada banyak stall yang menjual Nasi Biryani, namun yang dapat aku masukkan dalam senarai terbaik hanyalah satu Gerai No 13 dan 14 Mohd Shah Nasi Baryani!!


Nasi Biryani Mohd Shah yang sedap terdapat di sini !
Walaubagaimana pun, aku rasa Biryani yang dimasak oleh sahabat /jiran aku iaitu Suhana & Seeraj, paling sedap.   Suhana berasal dari India dan telah berkahwin dengan Seeraj dan menetap di sebelah rumah aku. Dia selalu masak Biryani,  ini lah the best ever Biryani !! Sebelum Suhana berpindah balik ke Singapura, dia telah mengajar aku masak Biryaninya. 

Hingga kini sudah 13 tahun kami tidak bersua... Thank you very much Sister!!

Jom masak Biryani  Resepi Suhana !!

Bahan-bahannya:

2 ekor ayam ( potong 4) @ boleh guna kambing
6 ulas bawang besar - hiris-hiris
1/2 inci halia - tumbuk
4 ulas bawang putih - tumbuk 
5 biji tomato - potong 4
5 biji cili merah - potong 4
2 helai daun pandan -  ikat / simpulkannya
1 batang serai - diketuk
50 Sen daun ketumbar -  dibersihkan & potong 3
50 sen daun pudina - dibersihkan & potong 3
4 sudu besar dadih (plain )
1 biji lemon - diambil jusnya 
3 sudu besar minyak sapi (aku suka QBB)
6 sudu besar minyak jagung
1 tin kecil tomato puree
1/2 tin susu cair ( aku suka guna Ideal)
10 biji  biji gajus - kisar 
10 biji almond - kisar
2 sudu besar rempah kari

1 1/2 sudu besar rempah kurma
bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, secubit kunyit dan garam secukup rasa

Cara menyediakan Ayam Biryani:
  1. Panaskan minyak sapi & minyak jagung.
  2. Tumiskan bunga lawang,kulit kayu manis, buah pelaga, bawang besar serai, halia, bawang putih, serai dan daun pandan.
  3. Kacau hingga kekuningan & masukkan tomato, cili merah tomato puree sehingga naik minyak.
  4. Masukkan pula rempah kari dan rempah kurma, kunyit dan garam secukup rasa.
  5. Masukkan dadih dan jus limau.
  6. Masukkan ayam @ kambing @ daging @ Udang
  7. Kacau dan masak dengan api perlahan (simmer) sehingga ayam masak
  8. Apabila ayam masak, masukkan almond dan gajus yang sudah dimesin tadi.
Cara masak Nasi Biryani Dump:

Bahan untuk nasi : 

1 kilo beras Basmathi 
Air secukupnya
2  helai daun pandan 

Cara masak Nasi Biryani Dump:


  1. Masakkan air sehingga mendidih, masukkan daun pandan.
  2. Basuhkan beras dan toskan dan masukkan dalam air mendidih.
  3. Biarkan beras di dalam air sehingga 1/2 masak.
  4. Bila 1/2 masak, toskan beras yang separuh masak tadi.
  5. Sendukkan beras yang sudah ditos ke dalam periuk. Lapiskan dengan  Biryani Ayam, diikuti dengan ditaburkan daun ketumbar, pudina, dan susu ideal. 
  6. Ulang balik beras - ayam- daun ketumbar - pudina- susu ideal sehingga habis semua beras. 
  7. Percikkan perwarna orange dan safron.
  8. Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak. 
Nota : 
  1. Elakkan dari kacau selalu untuk mengelakkan dari beras patas.
  2. Kalau buka tudung periuk, elakkan daripada ditimpa wap supaya tidak basi.
  3. Jika inginkan rasa & aroma nasi yang enak dan original, semasa dump nasi, kita gunakan arang.


Mai Sepinggan !!

We miss you Sis. Suhana.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...