Showing posts with label Ketam. Show all posts
Showing posts with label Ketam. Show all posts

Thursday, 13 February 2014

KETAM GORENG CILI PADI

Yeaa... Ketam, kesukaan aku !! Kalau sekolah zaman dulu, hari Sabtu balik asrama singgah nat.. beli ketam dan balik rebus... Adoi sedapnya.. Aku suka masak simple-simple tapi biarlah bila makan terasa keenakkannya... jangan masak macam nak rak tapi ... sentuh-sentuh tinggal :p

Hari kita kita masak masakan paling senang ~ ketam goreng cili padi
Jom....
Ketam goreng cili api 
Bahan-bahannya:

4 ekor ketam ~ bersihkan, kerat 2 dan rebus hingga masak
10 biji cili padi ~ dibersihkan dan ditumbuk
3 ulas bawang merah ~ ditumbuk
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 sudu teh kunyit
1/2 cawan santan pekat
2 sudu minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara menyediakannya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan semua bawang dan biar sampai layu.
  2. Masukkan cili padi dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan ketam, kunyit dan santan pekat.
  4. Masukkan garam dan goreng sehingga pekat.
  5. Angkat dan hidangkan.
Simple kan ???

Mai sepinggan !!!








Tuesday, 15 October 2013

KETAM SWEET N SOUR

Ketam merupakan makanan laut kegemaran. Apa lagi kalau "King Crab"... tapi kat mana ye boleh dapat King Crab ni????

Pengalaman berjalan-jalan di Tamu Kota Belud memberi peluang menyaksikan pelbagai jenis ketam. Harganya juga murah... yang penting fresh.

Semasa berjalan-jalan di Kota Belud, aku sempat membeli ketam merah dan puas meratah ketam rebus. Berbagai cara masak ketam...  stim,  goreng dan masak lemak, kari, singgang, salut tepung dan  sweet sour.

Ketam siap direbus


Ketam Sweet Sour  kegemaran aku 
Hari ini resepi ketam sweet sour ni aku ikut resepi makan-makan seafood di Carrie Island. 

Jom masak ketam sweet sour !!

Bahan-bahannya:

4 ekor ketam merah/ nipah - dibersihkan dan direbus
1/2  cawan cili sos
1/4 cawan tomato sos
2 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 biji telur ayam
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan  air sejuk
minyak untuk menumis

Cara-cara menyediakannya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan bawang dan kacau hingga kekuningan.
  3. Masukkan cili sos dan tomato sos.
  4. Masukkan air, gula dan garam secukup rasa.  Kacau.
  5. Masukkan telur , ketam dan kacau.
  6. Angkat dan hidangkan.
Pilih ketam yang berat, banyak isinya


Mai Sepinggan !!

Thursday, 20 December 2012

KETAM MASAK LEMAK CILI PADI

Hai...... hari ini demam.. mmm demam...

Teringin nak makan masak lemak cili api ketam...  lemak + pedas + masam -masam sikit, letak mangga muda yang ada..

Ketam ada 4  ekor, berat-berat juga isinya penuh.... aku rasa  masak lemak cili api ni simple saja tapi sedap, mesti terasa pedasnya baru boleh kebah demam !



Sedapnya!!

Jom kita masak kertam masak lemak cili api !!

Bahan-bahannya:

4 ekor ketam ( ku pilih ketam bunga @ ketam renjong)
250 ml santan pekat ( ditambah dengan 100 ml air)
1 batang serai - diketuk
8 biji cili padi - ditumbuk
4 hiris mangga muda 
1 sudu teh kunyit
1 helai daun kunyit
garam secukup rasa

Cara penyediaannya:
  1.  Bersihkan ketam dan masukkan serai, cili padi, mangga muda, kunyit & daun kunyit bahan ke dalam periuk.
  2. Masukkan santan dan masakkan di atas api perlahan.
  3. Kacau selalu agar santan tidak berkepala/ minyak.
  4. Masukkan garam dan masak hingga mendidih dan ketam masak ( menjadi merah)
  5. Angkat dan hidangkan.






Mai Sepinggan !!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...