Showing posts with label Noodle. Show all posts
Showing posts with label Noodle. Show all posts

Saturday, 1 March 2014

MEE KARI .. PEKAT-PEKAT GITU SEDAP !!!

Yeaaaaa..... hari ini kita buat mee kari. Mee kari yang pekat-pekat kuahnya.. original, macam zaman dulu-dulu makan dekat gerai di Benteng  (sekarang dah jadi stesen LRT Masjid Jamek ?) atau dekat Kompleks Munsyi Abdullah ( sekarang dah jadi Balai Polis Dang Wangi?). Allahyarham Abang Nan selalu belanja makan mee kari di sana....



Ada terung goreng, kacang panjang, sawi dan sambal 



Jangan lupa tahu pok dan telur rebus



owhhhhhh mennn!!!



Dalam kari ini aku letak juga ketam, kerang  dan sotong ball ... tapi hari ini tak sempat cari kerang 

Bahan-bahannya untuk kari :

1/4 bungkus rempah kari ikan - jadikan pes
1 kg santan pekat +  1 1/2 liter air
5 ulas bawang putih dan 4 ulas bawang merah tumbuk
1 tangkai daun kari
2 sudu halba campur (kas-kas)
2 batang serai
1 cawan minyak untuk menumis
3 keping asam keping garam - tambah jika nak masam lebih
garam secukup rasa

* isi kari
2 ekor ketam bersihkan dan potong 4,
5 ekor  udang kertas - aku suka saiz besar
5 biki bebola ketam - belah dua 
10 biji tahu pok
1 cawan kerang rebus dan dikopek

Cara menyediakannya:
  1.  Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang, masukkan halba campur dan kacau hingga layu.
  2. Masukkan rempah dan daun kari  dan kacau sampai naik minyak.
  3. Masukkan ketam dan udang - kacau sebentar.
  4. Masukkan asam keping, santan, tahu pok dan sotong ball.
  5. Masukkan garam dan kacau perlahan sehingga masak.
  6. Angkat dan hidangkan.

Bahan-bahan lain untuk mee:
1 paket mee kuning - di celur 
2 tangkai sawi - di bersihkan, potong dan celur.
3 papan kacang panjang - di potong dan goreng hingga masak
1 biji terung - dipotong dan goreng hingga masak
2 biji telur di rebus keras dan belah 2
1 mangkuk sambal cili - jika suka




Mai Sepinggan !! 

Saturday, 4 January 2014

MEE SUA - MEE SUAH SUP

Helo.. hari ini ada orang mengidam nak makan mee sua. Kebetulan ada simpan dua bungkus mee sua kering yang beli di Melaka. Bagusnya sebab semua bahan-bahan dah ada, jadi dalam masa 20 minit siap sudah mee sua untuk makan tengah hari, hari ini. Walau bagaimana pun, jangan terkejut kerana mee sua yang aku sediakan ini adalah campuran dua budaya - Melayu dan Cina.

Mee Sua Sup
Jom buat mee sua...

RM3.80/ 320gm


Mee Sua kering belum dicelur

Bahan-bahannya:

1 paket mee sua kering lebih kurang 320 gm 
200 gm daging 
3 biji fish ball
3 batang sawi cina - dipotong 
sedikit karot - dipotong 


Cara Menyediakannya:

  1. Masukkan air kedalam periuk dan rebuskan daging sehingga empuk. 
  2. Angkat daging dan potong nipis-nipis 
  3. Masukkan karot dan fish ball.
  4. Dalam periuk yang lain, rebuskan air sehingga mendidih dan celur mee sua sehingga lembut.
  5. Angkat, toskan dan masukkan dalam mangkok.
  6. Letakkan daging dan daun sawi.
  7. Sendukkan sup dan hidangkan panas-panas. 

Boleh letak rencah apa saja


Nyum-Nyum..




Mai Sepinggan !!





Tuesday, 3 September 2013

MEE GORENG

Mee goreng mamak? Atau Mee basah??? Bila lalu depan kedai makan/ restoran mamak masa dia tengan goreng mee.. aduhai tak tahan sungguh bau mee gorengnya.

Hari ini kita buat mee goreng, Mamak ke  Melayu ke tak penting... yang penting masak sendiri sedap dan bersih!

Mee Goreng SEDAP!!
Apa yang penting bagi aku, kalau masak mee goreng aku  sungguh-sungguh tak suka kalau rencah yang dimasukkan ialah isi ayam, hati ayam serta empedal ayam. Tak Sedap!

Jom kita masak mee goreng!

Bahan-bahannya:

2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 ulas bawang merah - ditumbuk
1 sudu besar pes cili kering
1 sudu besar kicap pekat manis
4 sudu besar sos tomato
200 gm udang basah sederhana besar
200 gm sotong - dibersihkan dan dipotong
200 gm daging - dibersihkan dan dihiris
200 gm sawi - dibersihkan dan dipotong
1 biji tahu - digoreng dan dihiirs
100 gm taugeh
1 biji tomato - dipotong 4
500 gm mee kuning
1/2 cawan stock daging
2 biji telor
garam secukup rasa
minyak untuk menumis secukupnya

Hiasan:
4 biji limau kasturi
bawang goreng secukupnya

Cara menyediakannya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan merah.
  2. Masukkan pes cili kering dan kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau sehingga  masak.
  4. Masukkan udang dan sotong dan kacau sehinggamasak.
  5. Masukkan mee kuning dan masukkan kicap serta sos tomatodan stock daging.
  6. Masukkan garam, tomato, tahu, telor, sawi, taugeh dan balik-balikan.
  7. Angkat dan hidangkan.

Mai Sepinggan !!

Monday, 29 July 2013

KUEY TEOW GORENG

Kuey Teow goreng - kegemaran keluarga.... alangkah puasnya hati jika dapat masak kuey teow untuk keluarga. Resepi turun temurun, biasanya tak ada pantang larang apa pun kuey teow ni.. makan pagi, makan tengah hari, makan malam.....

Ini adalah resepi kuey teow goreng pilihan keluarga ku...



Kuey Teow Goreng 


Bahan-bahannya: 

350 kuey teow goreng - dileraikan 
2 batang sawi - dipotong
5 batang kucai
6 ekor udang basah (aku guna saiz sederhana)
50 gm kerang
1 keping fish kek
1/2 cawan taugeh
2 sudu cili kering yang ditumis menjadi pes
2 biji telur
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk 
2  sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
4 sudu besar kacang tanah yang ditumbuk halus

Cara menyediakannya:

  1. Panaskan kuali, tumis bawang yang sudah ditumbuk sehingga kuning.
  2. Masukkan pes cili, udang dan kerang, kacau hingga masak.
  3. Masukkan kuey teow dan sawi dan kacau.
  4. Perasakan kicap pekat dan kicap cair.
  5. Masukkan telur dan kacau.
  6. Masukkan kacang tanah, taugeh dan sawi. 
  7. Kacau hingga sebati.
  8. Angkat hidangkan  hidangkan panas-panas...


Mai Sepinggan !!




Monday, 18 February 2013

MEE BANDUNG

Mee Bandung... Kalau pergi ke Bandung, mahu mencari Mee Bandung, tobat lahom boleh jumpa..

Sebenarnya Mee Bandung ini namanya je... tak ada kena mengena dengan nama Kota Kembang Bandung, Jawa Barat...

Mee Bandung Muar adalah yang paling famous, dan terkenal di seluruh Malaysia. 
Walau bagaimanapun bagi  aku Mee Bandung yang sangat sedap adalah Mee Bandung Maryati di 16 P4. 


Mee Bandung Maryati 
Jom buat Mee Bandung!

Bahan-bahannya:

350 gm mee kuning 
2 keping tahu ( goreng & potong dadu/ memanjang)
bawang goreng secukupnya
daun saderi & daun bawang (dihiris untuk hiasan)

Kuahnya:
150 gm daging ( hiris lebar & nipis)
100 gm udang hidup - dibersihkan
3 sudu besar udang halus/ udang gergau (ditumbuk halus)
1 biji ubi keledek - direbus & dilecek halus
1 sudu teh lada sulah
5 sudu besar cili kering mesin
3 ulas bawang merah- ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 liter air rebusan daging
4 biji telur minyak untuk menumis
garam & gula secukup rasa

Sayuran - kobis, sawi, taugeh secukupnya (boleh disiang dan dicelur @ di masukkan semasa memasak)

Cara-Cara Menyediakannya:
  1. Panaskan kuali, tumiskan bawang yang ditumbuk.
  2. Masukkan cili mesin dan masakkan hingga naik minyak.
  3. Masukkan air rebusan daging, keledek,daging, udang hidup dan biarkan mendidih.
  4. Apabila menggelegak, masukkan mee kuning, garam, gula dan lada sulah secukup rasa.
  5. Pecahkan telur sebiji demi sebiji tetapi jangan sampai pecah.
  6. Masukkan semua sayuran dan renihkan sehingga agak pekat.
  7. Angkat dan hidangkan bersama bawang goreng dan daun saderi  dan daun bawang.

Jaga2 jangan sampai telur tu pecah..


Mai Sepinggan !!


Tuesday, 29 January 2013

SOTO AYAM

Soto? Kalau nak makan soto, tak syak lagi, aku rasa kat Muar lah soto yang paling sedap...

Bila-bila ada masa, silalah ke Muar... dan dapatkan rempah soto WAK SERNAN.... 

Amat Sedap dan simple, tak payah renyah-renyah. Ikut saja resepi yang tertera di bungkusan, Insyaallah menjadi !!

Jom masak soto ikut resepi rempah soto Wak Sernan................

Sangatlah sedap!!!




Rempah Soto Wak Sernan sungguh sedap!!

Bahan-bahannya:

Kuah Soto:

2 ekor ayam kampung / ayam telur  - bersih & belah dua
3 1/2  liter air untuk mereneh:
6 sudu besar rempah soto Wak Senan
garam secukup rasa

Bahan-bahan lain  untuk  hidangan:

beehoon  - direndam & dicelur  hingga lembut
nasi impit - di potong kiub
taugeh - di bersihkan 
tangkai daun bawang & daun sup 
bawang goreng
bergedel, sambal cili  kicap
keropok ikan,  kacang goreng


Cara-cara penyediaannya:

  1. Masakkan air di dalam periuk bersama rempah soto.
  2. Masukkan ayam dan renehkan sehingga ayam lembut. Tambah lagi rempah soto sehingga cukup rasa.
  3. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Angkat ayam, toskan, carik-carikkan dagingnya. Ketepikan.
  5. Panaskan sup soto.
Cara menghidangkannya:
  • Letakkan beehoon, nasi impit, bergedil, taugeh, daun sup & bawang.
  • Sendukkan sup soto panas kedalam pinggan.
  • Letakkan bawang goreng, sambal cili kicap dan kacang goreng.
  • Selamat menjamu selera!!!
Resepi Sambalnya:

20 biji cili padi
5 sudu besar kicap manis
1 sudu besar gula 

Cara Menyediakannya:


  1. Celor cili padi dengan kuah soto.
  2. Blendkannya dan gaulkan dengan kicap dan gula. Kacau rata.








Mai Sepinggan !!


Friday, 18 January 2013

MEE SUP- MEE SUP - MEE SUP DAGING SEDAP!!

Hai... jom kita pakat buat mee sup hari ini.. Mee sup daging memang sedap!! Aku teringat masa dulu-dulu, ayah suka makan mee sup daging ni...tapi biasanya dia makan bersama nasi...

Mee sup ni aku kira makanan seimbang... ada karbohidrat, ada protin dan ada  segala vitamin  serta mineral dari sayuran hijau. Pendek kata makanan yang lengkap !! Untuk menjamin mee sup ni sedap aku gunakan daging lembu bahagian betis, direbus sampai lembut......

Resepinya??? Aku pandai-pandai sendiri saja, ikut apa yang pernah belajar dari emak dulu :)



dijamin BEST!!

Bahan-bahannya:

1 paket mee kuning basah
4 batang sawi cina - dibersih dan di potong 
1/2 kg daging betis - direbus sehingga lembut dgn 2 liter air
(simpan air rebusan & daging di hiris)
2 papan fish cake -dihiris nipis
10 biji bebola ikan - dibelah 2
2 inci karot - di potong panjang dan halus
1 biji tomato - belah enam 
2 ulas bawang merah dan bawang putih - ditumbuk
3  sudu besar minyak untuk menumis
garam secukup rasa.
1 biji cili merah dipotong serong untuk hiasan

Cara-cara penyediaannya:

  1. Panaskan kuali besar & masukkan minyak. 
  2. Tumiskan bawang yang ditumbuk.
  3. Masukkan air rebusan daging.
  4. Masukkan karot, daging, bebola ikan, fish cake, mee kuning dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan sawi, tomato dan akhir sekali garam secukup rasa.
  6. Biarkan semuanya masak. Awas jangan sampai semua sayur menjadi lecur.
  7. Angkat dan hidangkan......


Nyum.. nyummmm!




Mai Sepinggan !!

Thursday, 15 November 2012

BEE HOON - MEE HOON SUP KUNING ( UTARA)

Bee Hoon Sup!!!!
Orang Utara macam  orang Perlis & Kedah tak sah kalau bee hoon sup dia tak berwarna kuning. Bee Hoon sup ni tak ada  kat negeri lain... kalau ada pun tak serupa !!

Meehoon Sup Utara
Banyak-banyak aku berjalan pi mai- pi mai, memangla bee hoon sup ni  best ! SIMPLE & BEST !! Awat tak simple nya,  dia hanya pakai sup, daging, cabai, lobak asin, daun sup + daun bawang.  Kalau makan kat gerai di Perlis atau Kedah boleh oder yang biasa atau special.  Kalau order  yang special depa akan letak banyak daging. Setakat ni yang aku pernah makan, bee hoon sup yang sedap ni kalau di Kedah ialah kat Kuala Nerang, gerai depan hospital Kuala Nerang.... tak tau ada lagi dak.

Kalau di Perlis pulak, kalau nak pekena Bee Hoon Sup ni boleh pi di Kedai  Dan di Simpang Empat Syed Kassim. Woww... mintak yang special.... kadang-kadang kalau nasib baik dia letak daging bakar. Best!!



Bee Hoon Sup Utara (Mee Hoon)
Biasanya Bee Hoon sup ni kalau di rumah, orang disediakan  semasa hari raya terutamanya pada Hari Raya Haji / Korban....

Esok aku kena buat Bee Hoon sup kuning ni... sebabnya, ada kawan Cik Gu Nor Hashimah bertukar balik mengajar di Pulau Pinang...Dah lama dia minta aku buat  nak makan tapi tak jadi-jadi sampailah dia nak pindah.... hu hu hu... hu hu hu !!!!

Bahan-bahannya:
Sup :

1 kilo daging ( aku suka daging betis + campur dengan 2 kg tulang rusuk @ gear box)
6 sudu besar rempah sup ( boleh guna sup bunjut - 4/5 bunjut)
6 ulas bawang merah & bawang putih ditumbuk
1 inci  halia ditumbuk
garam secukup rasa


Pelengkap:

6 tangkai daun bawang - hiris
6 tangkai daun sup - hiris
lobak asin - dipotong dadu
bawang goreng

Cili mesin / serbuk cili - ditumis dan dijadikan pes


1 bungkus bee hoon - rendam dan letakkan 2 sudu besar kunyit serbuk - dicelur

Pelengkap untuk Mee Hoon sup utara
Cara-Cara:

1. Rebuskan daging & tulang dengan air secukupnya bersama bahan-bahan untuk sup  sehingga daging lembut dan letakkan garam secukup rasa. Angkat daging dari sup bila sudah lembut dan hiris nipis-nipis.
2. Hidangkan  panas-panas - letakkan mehoon, hirisan daging, daun sup, daun bawang, lobak asin, sup panas dan bawang goreng.








Mai Sepinggan !!



Saturday, 6 October 2012

CHEE CHEONG FUN @ RICE NOODLE

CHEE CHONG FUN !

Oppss... chee cheong fun  & vege + sengkuang + carrot! 

Enak .. untuk breakfast @ lunch ... atau bila- bila lapar ...
Setengah orang kata kue teow or rice noodles roll or steamed rice roll. Normally round shape. Tapi kadang-kadang ada juga dalam bentuk square thin pieces. 

Dulu-dulu zaman Christopher uruskan kantin dia selalu jual dan kawan-kawan Cina suka makan. Ainuddin Wong Tai kat rumah ni yang separuh Cina suka minta  buat dan Aieshah yang 1/4 Cina pun 2x5 juga suka CCF.

Macamana nak buat...hari-hari pujuk Christopher supaya ajar dan pada masa yang sama 
 cari-cari dalam buku Chinese Cooking & boleh try lah...

It is not as difficult as i thought it might be...
Huh !! Agak  OK juge ! But ... I  need to improved on my rolling skills.....
Kalau korang  tak ada masa,  beli saja lah  kulitnya & letakkan  dengan inti. Intinya yang paling I suka ialah  sengkuang, carrot dan udang kering. 


Breakfast ? lunch? dinner?

yUmmY!!
Bahan-bahannya (10 gulung):

80g tepung gandum
1  sudu besar  tepung gandum kanji (Wheat starch)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar minyak masak 
330 ml air 
sedikit garam 

Cara menyediakannya:

1. Campurkan semua tepung dalam mangkuk adunan.
2. Campurkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan minyak dan garam dan peramkan selama satu jam.
4. Panaskan air dalam pengukus, sapukan dulang pengukus dengan sedikit minyak.
5. Kukuskan selama 2 minit dan  angkat - sejukkan.
6. Ulang sampai habis & hati-hati agar kita boleh dapat kulit yang nipis dan sekata.
7. Bila sejuk, letakkan salad, inti dan gulungkannya.

Intinya;

2 cawan sengkuang yang  diparut
1 cawan carrot yang diparut
2 sudu udang kering (tumbuk)
1 ulas bawang putih 
1 sudu besar minyak masak 
sedikit gula
Daun salad,  kuah taucu, bawang putih  cincang , goreng bersama minyak bijan.
daun bawang potong halus

Cara:
1. Tumis bawang putih, masukkan udang kering. 
2. Masukkan carrot, sengkuang dan gula.
3. Sejukkan.
4. Ambil kulit CCF, lapiskan daun salad, intinya dan gulung.
5. Sapukan kuah taucu , taburkan bawang putih goreng  dan daun bawang.



ayam atau udang masin?

Kalau tak letak ganishing, tak cantik dan tak sedap !!

Ahaaa... kan sedap...
Chee Cheong Fun gaya Ainuddin Wong TAi
Fuhhh!!! Sedappp!!!

Seperkara untuk pengetahuan...... jangan translate CHEE CHEONG FUN ke Bahasa Melayu.....nanti korang tekejut pulak.... kah kah kah....


Mai Sepinggan!
6/10/2010



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...