Thursday 10 August 2023

BERSIARAN SETELAH LAMA BERCUTI

 10 Ogos 2023

Assalamualaikum wbt

Sudah lama tidak bersiaran, hari ini testing!

Peristiwa yang masuk dalam diari sepanjang minggu ini:

i. Kelas Sejarah

ii. Majlis perkahwinan Jimmy anak Bo di Tawau

iii. Pilihan raya Negeri


All the best semua !

Winter di Istanbul








Sunday 12 May 2019

SELAMAT BERPUASA RAMADHAN AL MUBARAK 2019M / 1440H

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera kepada semua,

Sekian lama tidak bersiaran kerana kesibukan menjalani kehidupan seharian,  maka hari ini Kak Chef cuba kembali menguruskan blog masakan.


Bagaimana dengan puasa adik-adik , kakak-kakak semua.  Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan-Ramadhan yang lepas.


Tak ada gambar makanan tetapi kita layan buah-buahan yang ada di sepanjang jalan di Venice yang Kak Chef terserempak semasa pengembaraan ke Venice April 2018.


                                                             Buah apa ya, tiada di Malaysia.


                                                                          Kekacang


                                                                    Strawbery 3.5 Euro


                                                                         Asparagus 5 Euro


Buah apa tiada di Malaysia juga 



Semoga kita jumpa lagi dengan resepi-resepi yang kak Chef suka, selamat berpuasa.

Maryatichef
Kuala Lumpur 
13 Mei 2019
#maryatichef
#maisepinggan

GULAI PUYU (KARI PUYU)

Assalamualaikum Wbt dan selamat menjalani hujung minggu yang membahagiakan.

Helo-helo, lama tak update cerita. apa tidaknya, semenjak dua-menjak KokChik sangatlah sibuk. Masak pun ala-ala cukup masa je. Hari ini saja-saja nak up kan cerita  gulai ikan puyu yang mana orang lain daripada Perlis, Kedah dan Perak Utara depa kata kari.

Gulai (kari) ikan puyu  memang sedap. Apatah lagi kalau gunya ialah ubi keledek lemak manis... Caranya sama je kari-kari biasa cuma kita selalu guna rempah cap O.

Bahan-bahannya:

1 peket 25gm rempah O - bancuh dengan 5 sudu air sejuk
7 ekor ikan puyu
750 liter santan 
2 ulas bawang merah - mayang
2 ulas bawang putih - mayang
1- 2 ketul ubi keledek
1 sudu teh halba campur
1 tangkai daun kari
Air asam jawa secukup rasa
garam secukup rasa
minyak masak 4 sudu besar untuk menumis

Rempah O ini boleh didapati dikedai-kedai runcit sekitar utara Kedah dan Perlis

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumiskan bawang, masukkan halba campur. Kacau sampai kekuningan.
2. Masukkan pes rempah kari dan daun kari. kacau sampai naik minyak.
3. Masukkan santan, ubi keledek dan ikan sehingga ubi empuk dan ikan masak.
4. Masukkan  air asam jawa dan garam secukup rasa.
5. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.


                                                   
Yummy.....




Tuesday 28 July 2015

CEMPEDAK GORENG CUCUR CEMPEDAK

Siapa yang tak suka makan cempedak goreng??? Orang Utara biasanya panggil Cucoq Cempedak. Biasanya saya buat cempedak goreng ini menggunakan buah cempedak kampung sebab ianya lebih wangi  dan sedap. Kalau cempedak kahwin, isinya yang terlalu tebal akan menyebabkan cempedak goreng tidak akan rangup.


Cempedak kampung 
Cempedak goreng biasanya hidangan untuk minum petang....Owh alangkan segarnya dipetang hari yang panas terik atau hujan rintik2 bertemankan secawan kopi dan sepiring cempedak goreng. 


Isi cempedak kampung

Isi Kuning, wangi dan manis
Jom hari ini kita masak cempedak goreng...

Bahan-bahannya:

1 biji cempedak yang sederhana ( pilih yang sekilo)
2 cawan tepung beras
1/2  cawan air kapur
1/2 cawan air sejuk
1 sudu teh garam (secukup rasa)
1 sudu kecil bijan
sedikit kunyit atau pewarna kuning
4 cawan minyak untuk menggoreng


Cara Menyediakannya:

  1. Campurkan semua bahan untuk membuat batter tepung, air kapur, garam bijan pewarna kuning.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi batter yang boleh menyalut.(gooey consistency)
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Celupkan ulas cempedak dan masukkan ke dalam kuali.
  5. Goreng sehingga masak.
  6. Angkat, tos dan hidangkan.



Mai Sepinggan !

Friday 27 March 2015

BUBUR GANDUM

Yan abar nu seh????? Ok juga kau? Boi no kau mangan?? Boi, Mangan Bubur jo. 
Bubur gandum tu sanang, likas ko' alap reso ni. Dau-dau kami mangan tu jo amon  kemuap.
Bubur tu alap kinakan panas-panas ko' ruti.

Aku cuba-cuba berbahasa Bajau dan seronok juga boleh aksi-aksi....

Oppsss.... ling sama ko' aku, ...Jom buat Bubur Gandum..


Biji gandum
Bahan-bahannya:

1 cawan biji gandum - dibersihkan & di basuh
5-6 cawan air 
1/4 cawan gula ( ikut cita rasa masing-masing, jika nak manis tambahkan lagi)
1 cawan santan pekat
1/2  sudu teh garam
1 helai daun pandan 

Cara-cara menyediakannya:
  1. Rebus biji gandum di periuk  bersama air sejuk sehingga kembang.
  2. Simpulkan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk.
  3. Setelah gandum empuk, masukkan gula dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan santan dan biarkan mendidih seketika.
  5. Angkat dan hindangkan. Enak dimakan bersama biskut krim kraker..
Bubur gandum siap dimasak 

Mai sepinggan!!









Sunday 8 March 2015

MOCHI ; Moshi-Moshi

Yeahhhhh....  pembuka maisepinggan untuk tahun 2015 ialah MOCHI...... rupanya yang bersih, lembut memang menggamit selera. Dengar nama sudah tahu bahawa ia makanan dari Jepun. 
Bahan utamanya tepung pulut... mula-mula rasa Mochi ialah semasa berkunjung ke Yokohama dan Tokyo dan rasanya hmmmm ala-ala Kueh Tepong Gombak... tapi Tepung Gombak agak keras manakala Mochi ini  teksturnya lembut dan halus..



Ini lah rupanya si MOCHI 

Jom buat MOCHI....

Bahan-bahannya:

220 gm tepung beras pulut
110 gm gula pasir
200 ml santan
2 sudu teh serbuk vanila
tepung beras pulut secukupnya untuk menyalut
sedikit pewarna merah dan hijau
Intinya : Kacang merah, kacang hijau

Cara-Cara menyediakannya:

  1. Campurkan tepung beras pulut, gula dan serbuk vanila kedalam mangkuk adunan.
  2. Masukkan santan sedikit demi sedikit dan kacau sehingga licin
  3. Masukkan adunan yang sudan diadun ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.
  4. Pastikan adunan masak dengan baik (tidak melekat)
  5. Angkat dan sejukkan.
  6. Apabila telah sejuk, bahagikan adunan kepada 12 bahagian bulat dan leper.
  7. Bulatkan dan masukkan inti, bentukkan seperti bebola kecil.
  8. Salutkan Mochi ini dengan tepung pulut yang digoreng tanpa minyak.
  9. Dinginkan sebelum dihidangkan.

Teksturnya yang lembut dan enak jika dihidang dingin


Inti - ku suka lotus paste

Variasi:
1. Inti - kita boleh guna apa saja inti yang kita suka
2. Warna - warnakan dengan warna merah, hijau, putih mengikut citarasa


Mai Sepinggan!!



Monday 15 December 2014

KIMA DAGING

Nak makan capati, owhhh, aku prefer Chapati dengan Kima. Jom buat Kimalah pulak. Bagi aku Kima boleh jadi Kima daging, kima ayam ... kima kambing paling lah sedap..

Dalam hal resepi kima, masing-masing boleh guna kreaviti sendiri, apa yang suka, boleh letak dan sesuai dengan selera.... walau bagaimanapun, bagi aku Kima yang aku buat tak nak terlalu berat dengan macam-macam bahan. Sukup aja dengan daging atau kambing atau ayam. Bahan lain karot dan bawang. Rempah biar sesuai.

Jom buat Kima daging. 

Bahan-bahannya:
400 gm kambing/ daging - cincang lebih sedap dari minced
5 sudu besar rempah kari daging di jadikan paste dengan 1 cawan air 
3 ulas bawang merah ditumbuk (hiris pun boleh)
2 ulas bawang putih ditumbuk (hiris pun boleh)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 sudu besar tomato puree
1 biji cili besar merah - cincang kasar-kasar
1 biji cili besar hijau - cincang kasar-kasar
1/2 batang karot - potong dadu kecil-kecil
1 biji kentang - potong dadu kecil-kecil 
1 sudu yoghurt jika suka 
3 sudu besar untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Daging, Kentang dan karot di potong dadu


Rempah kari- tumis hingga naik minyak 
Cara Menyediakannya:

  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang .
  2. Masukkan daun kari, bunga lawang dan kayu manis.
  3. Masukkan rempah kari, dan daging.
  4. Kacau hingga daging masak naik minyak.
  5. Masukkan karot, cili yang dipotong, yoghurt dan garan serta perisa secukup rasa.
  6. Masukkan secawan air dan masakkan hingga agak pekat.
  7. Angkat dan hidangkan dengan capati.

Yummy...

Mai Sepinggan !!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...