Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Wednesday, 30 April 2014

NASI GORENG OBAMA

Hari ini baca news paper... banyak cerita-cerita tentang Barack Obama melawat Malaysia. Sudah habis baca news paper, nak kena masak pula, tapi nak masak apa ya? 

Dalam keadaan tak ada air, kita masaklah yang paling mudah... tapi biar sedap!

Nasi goreng pun kira ok sebab ada semua dalam satu, lauk, sayur pun ada. Kita panggil saja Nasi Goreng Obama... tak hitam, tak putih, tak pedas...yang penting sedap !! Sajian ni yang lengkap.

Jom masak nasi goreng Obama ..


Hiaslah, letak udang seekor

Letak keropok dan telur mata kerbau

Bahan-bahannya:

3 mangkuk nasi sejuk
8 ekor udang basah - bersihkan 
1 biji karot - potong dadu
1/4 kobis - dipotong
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 ulas bawang merah - tumbuk
3 sudu besar kicap pekat manis
garam secukup rasa
satu senduk minyak untuk menumis

Cara menyediakannya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan bawang sampai kuning.
  3. Masukkan karot, dan udang basah - kacau.
  4. Masukkan kobis dan nasi - kacau.
  5. Masukkan kicap dan garam secukup rasa.
  6. Kacau sehingga masak.
  7. Angkat dan hidangkan.
Ha.. ha..Nasi Goreng Obama


Mai Sepinggan !!!

Friday, 31 May 2013

NASI AYAM

Nasi Ayam...



NASI AYAM - kadang-kadang terasa teringin makan nasi ayam, gerai di Melawati banyak jual nasi ayam... Nasi ayam Linda Onn pun ada. Macamana pun aku lebih suka masak sendiri. Sebabnya satu sahaja - tak tahan dengan perencah @ perisa yang diguna - terasa sangat ajinomotonya.

Apa tunggu lagi...Hari ni kita masak nasi ayam yang mudah tapi sedap !!

 JOM!!

Nasi ayam + sos cili + kicap :)
Bahan-bahannya:

1 ekor ayam bersihkan - jangan potong 
5 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2 inci halia
2 tangkai daun bawang
1/2 biji timun
2 biji tomato
4 helai daun salad
garam, lada sulah, 
minyak untuk menggoreng ayam 
300 gm beras panjang

Cara-caranya:

  1. Bersih dan toskan beras.
  2. Masakkan air secukupnya dalam periuk untuk merebus ayam. Pastikan air dapat menenggelami ayam.( Untuk masak nasi dan sup)
  3. Masukkan halia dan rebus sehingga mendidih.
  4. Masukkan ayam, rebus sebentar lebih kurang 20 minit dan keluarkan ayam.
  5. Toskan ayam, kemudian perapkan dengan kicap cair dan pekat selama satu jam.
  6. Gorengkan ayam sehingga kuning-kekuningan.
  7. Tapiskan air rebusan ayam tadi  dan jerang semula dan perisakan.
  8. Bahagikan air rebusan ayam kepada dua bahagian, satu untuk masak nasi dan satu untuk sup.
  9. Masak nasi seperti biasa menggunakan air rebusan ayam.
  10. Bila siap, hidangkan bersama daun salad, timun, tomato, sos cili dan sup.
Bahan untuk sosnya:

6 biji cili besar merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
garam, gula, cuka secukup rasa
* Semua bahan-bahan di atas dimesin .




Ayam yang diperap kicap dan digoreng 



Mai Sepinggan !!






Sunday, 27 January 2013

NASI KERABU

Nasi Kerabu -  Kalau sarapan pagi, makan tengah hari atau makan malam, aku rasa nasi kerabu adalah makanan seimbang & lengkap. 

Nasi Kerabu ini adalah makanan asal orang Pantai Timur - Kelantan, Terengganu & Kuantan (Pahang). Penyediaan nasi kerabu juga berbeza ikut daerah-daerah.... dan yang wajib ialah budu - tak ada budu tak kick !

Resepi nasi kerabu aku masak adalah kombinasi dari kawan-kawan yang pernah ajar seperti Norhayati Mohammad, Norhasifah Abd Ghani dan Mak Wan tukang urut dari Kemaman. 

Nak buat Nasi Kerabu mesti pandai buat tumisnya dan juga sambal @ serundingnya. 



Ok pertamanya kita buat Kuah Tumisnya..

Bahan-bahannya:

1/2 kg santan
7 sudu besar cili kering yang sudah dimesin
9 ulas bawang merah - di tumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 inci halia - ditumbuk halus
1 inci belacan
1 keping asam gelugor
1 batang serai
gula melaka dan garam secukup rasa
1 sudu besar minyak untuk menumis

Cara Penyediaannya:
  1. Panaskan minyak dalam  periuk dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Masukkan cili mesin dan kacau hingga naik minyak.
  3. Masukkan serai, belacan. santan dan gula melaka.
  4. Masukkan asam keping & garam.
  5. Kacau hingga masak.
  6. Angkat dan hidangkan bersama nasi kerabu.

Serunding Nasi Kerabu
Bahan-bahannya:

5 ulas bawang merah
1 inci halia
2 sudu teh lada hitam
1/2 biji kelapa dibuat krisik tapi jangan sampai berminyak
4 ekor ikan kembung direbus dan ambil isinya sahaja

Cara Penyediaannya:
  1. Tumbuk bawang , lada hitam dan halia sampai halus.
  2. Masukkan ikan, garam dan gula secukup rasa.
  3. Hidangkan bersama nasi kerabu
Ulam-ulaman Nasi Kerabu

Bahan-bahannya:
Semua bahan untuk ulam-ulaman dihiris halus-halus dan hidangkan bersama.
  • Taugeh, kacang panjang, kobis, daun kesom
  • daun serai wangi, bunga kantan bawang besar, serai 

OpppppSSSS !!! JANGAN LUPA BUDU CAP 3 KETEREH !!!




Mai Sepinggan!!



Friday, 25 January 2013

NASI DAGANG


Assalamualaikum .... 
Hai....  Hari ini kita pakat buat nasi dagang deh... minat wei makan nasi dagang ni.. aku mula tertawan dengan nasi dagang ini melalui  kawan-kawan orang Kelantan. Ramai sahabat handai aku  orang-orang dari Negeri Che Siti Wan Kembang.... 

Bestnya ada ramai kawan!!

Nasi dagang yang paling sedap aku makan ialah yang dimasak dari sahabat yang bernama Norhasifah. Kadang-kadang panggil dia Nora, atau Ra... memang tak boleh lawan nasi dagang dia, ditambah dengan gulai ikan tongkol dan acar nya... MEMANG SEDAP!

Hari ini aku teringin sangat nak makan nasi dagang Kelantan. Aku ikut saja resepi yang Nora ajar sebab aku tahu pasti  sedap !

Jom masak nasi dagang Resepi Norhasifah..


Nasi Dagang Beras Merah

Bahan-bahannya:

1 kilo beras nasi dagang Kelantan (Perang)
1/2 kilo santan pekat - masukkan garam dan gula secukup rasa
1 inci halia - dimayang halus
4 labu bawang merah - dimayang nipis
1 sudu besar halba

Cara Menyediakannya:
  1. Rendam beras nasi dagang semalaman 
  2. Toskan beras dan kukus hingga naik wap.
  3. Angkat dan kacau dengan air ( atau boleh guna santan cair)
  4. Kukus kembali sehingga lembut dan masukkan hirisan halba dan bawang merah.
  5. Angkat dan gaulkan dengan santan pekat sehingga rata.
  6. Kukus lagi hingga naik wap.
  7. Angkat dan hidangkan bersama gulai ikan tongkol serta acar jelatah.

Nasi dagang & kari Ikan tongkol & Acar 




Mai Sepinggan!!




Saturday, 22 December 2012

BIRYANI MUAR : Jalan-Jalan cari Makan

Musim cuti hujung tahun ,  adalah yang paling seronok  sebab dapat jalan-jalan cari makan sama ada dalam negeri atau luar negeri, dekat mahu pun jauh & KITCHEN CLOSED !!

Semasa dalam perjalanan ke Johor Baharu, dapat juga singgah di Muar ( MUO) mencari Biryani.... orang kata Biryani Muar sedap... masuk saja daerah Muar, kami pun mulalah bertanyakan orang ramai di mana nak dapat BIRYANI yang paling sedap. Sememangnya lain orang lain cita rasanya, maka ramai yang memberikan tempat-tempat biryani .... jalan punya jalan, aku rasa aku jumpa Biryani yang sesuai dengan selera aku iaitu di PESERAI, MUAR.


Kompleks Niaga Peserai, Muar.

Di sini ada banyak stall yang menjual Nasi Biryani, namun yang dapat aku masukkan dalam senarai terbaik hanyalah satu Gerai No 13 dan 14 Mohd Shah Nasi Baryani!!


Nasi Biryani Mohd Shah yang sedap terdapat di sini !
Walaubagaimana pun, aku rasa Biryani yang dimasak oleh sahabat /jiran aku iaitu Suhana & Seeraj, paling sedap.   Suhana berasal dari India dan telah berkahwin dengan Seeraj dan menetap di sebelah rumah aku. Dia selalu masak Biryani,  ini lah the best ever Biryani !! Sebelum Suhana berpindah balik ke Singapura, dia telah mengajar aku masak Biryaninya. 

Hingga kini sudah 13 tahun kami tidak bersua... Thank you very much Sister!!

Jom masak Biryani  Resepi Suhana !!

Bahan-bahannya:

2 ekor ayam ( potong 4) @ boleh guna kambing
6 ulas bawang besar - hiris-hiris
1/2 inci halia - tumbuk
4 ulas bawang putih - tumbuk 
5 biji tomato - potong 4
5 biji cili merah - potong 4
2 helai daun pandan -  ikat / simpulkannya
1 batang serai - diketuk
50 Sen daun ketumbar -  dibersihkan & potong 3
50 sen daun pudina - dibersihkan & potong 3
4 sudu besar dadih (plain )
1 biji lemon - diambil jusnya 
3 sudu besar minyak sapi (aku suka QBB)
6 sudu besar minyak jagung
1 tin kecil tomato puree
1/2 tin susu cair ( aku suka guna Ideal)
10 biji  biji gajus - kisar 
10 biji almond - kisar
2 sudu besar rempah kari

1 1/2 sudu besar rempah kurma
bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, secubit kunyit dan garam secukup rasa

Cara menyediakan Ayam Biryani:
  1. Panaskan minyak sapi & minyak jagung.
  2. Tumiskan bunga lawang,kulit kayu manis, buah pelaga, bawang besar serai, halia, bawang putih, serai dan daun pandan.
  3. Kacau hingga kekuningan & masukkan tomato, cili merah tomato puree sehingga naik minyak.
  4. Masukkan pula rempah kari dan rempah kurma, kunyit dan garam secukup rasa.
  5. Masukkan dadih dan jus limau.
  6. Masukkan ayam @ kambing @ daging @ Udang
  7. Kacau dan masak dengan api perlahan (simmer) sehingga ayam masak
  8. Apabila ayam masak, masukkan almond dan gajus yang sudah dimesin tadi.
Cara masak Nasi Biryani Dump:

Bahan untuk nasi : 

1 kilo beras Basmathi 
Air secukupnya
2  helai daun pandan 

Cara masak Nasi Biryani Dump:


  1. Masakkan air sehingga mendidih, masukkan daun pandan.
  2. Basuhkan beras dan toskan dan masukkan dalam air mendidih.
  3. Biarkan beras di dalam air sehingga 1/2 masak.
  4. Bila 1/2 masak, toskan beras yang separuh masak tadi.
  5. Sendukkan beras yang sudah ditos ke dalam periuk. Lapiskan dengan  Biryani Ayam, diikuti dengan ditaburkan daun ketumbar, pudina, dan susu ideal. 
  6. Ulang balik beras - ayam- daun ketumbar - pudina- susu ideal sehingga habis semua beras. 
  7. Percikkan perwarna orange dan safron.
  8. Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak. 
Nota : 
  1. Elakkan dari kacau selalu untuk mengelakkan dari beras patas.
  2. Kalau buka tudung periuk, elakkan daripada ditimpa wap supaya tidak basi.
  3. Jika inginkan rasa & aroma nasi yang enak dan original, semasa dump nasi, kita gunakan arang.


Mai Sepinggan !!

We miss you Sis. Suhana.







Monday, 17 December 2012

NASI LEMAK ASLI



Nasi lemak bungkus daun Pisang - aromanya sengguh enak !!


Hai semua... selamat pagi, hari ni masak nasi lemak untuk breakfast- daun pisang pun ada, boleh lah - nasi lemak daud n pisang...

Kalau masa nasi lemak ni, alamatnya tak lunch lagi la... mesti kenyang sampai ke petang.

Ada macam-macam cara orang masak nasi lemak, ada yang tanak & ada yang kukus. Aku suka nasi lemak yang tanak sebab nasinya kembang dan tak keras berderai seperti nasi kukus.

Satu lagi,  nasi lemak mesti lengkap dengan kondimennya - kacang, ikan bilis goreng, timun, telur, kangkung rebus dan yang paling penting sambal ikan bilisnya.  Kalau nasinya sedap, tapi sambalnya tak sedap... hancur!! 

Ini lah resepi nasi lemak aku yang emak ajar sejak kecil.

Jom masak..!!!


Savoury!!

Bahan-bahannya:

1/2 kg beras - dibersihkan / basuh 
3 ulas bawang merah -dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
600 ml santan 
8 biji lada hitam
1/2 sudu teh halba
2 helai daun pandan
garam secukup rasa


Cara penyediaannya:

  1. Sediakan semua bahan -  masukkan beras ke dalam rice cooker.
  2. Masukkan bawang, lada hitam, halba, daun pandan dan santan.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Tanak  sehingga masak.
  5. Bila masak hidangkan dengan sambal bilis dan lauk-lauknya.





SAMBAL IKAN BILIS.

Bahan-bahannya:

100 gm ikan bilis
5 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 cawan cili kering sudah dimesin
1 labu Bawang besar - potong bulat
1 sudu besar jus asam jawa
garam & gula secukup rasa 

Cara penyediaannya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang tumbuk sehingga wangi.
  2. Masukkan cili kering mesin dan masak hingga naik minyak. Kacau sekali sekala.
  3. Apabila naik minyak, masukkan  jus asam jawa, garam & gula secukup rasa.
  4. Masukkan bawang besar dan ikan bilis,  kacau hingga masak. 
  5. Angkat dan hidangkan. Letak atas nasi lemak dan  dibungkus. 




Mai Sepinggan !!




Nasi lemak buah bidara
sayang selasih saya lurutkan

                                            

Wednesday, 21 November 2012

KHABSA (NASI ARAB) "كبسة"

"كبسة" KHABSA ... untung juga ada kawan Arab... dapat belajar masak Khabsa. Said,  kawan  yang sudi mengajar masak dengan tulus mulus.. 

TERIMA KASIH Said!! Dan aku pun masak berkali-kali sampai OK!! Sampai  terima tempahan lagi... terima kasih juga kepada Norhashimah Derani, kawan aku yang berada di Abu Dhabi yang bagi sijil lulus dengan kepujian. Ohhh tak lupa juga kawan Tilah, Hannan dari Saudi Arabia yang juga bagi lulus dengan kepujian.....


Bila  pak Arab & mak Arab ke Malaysia, Student-student  negara Arab ke UIA serta Universiti swasta, maka restoran makanan Arab tumbuh macam cendawan. Pergi ke mana saja mesti ada restoran Arab "مطعم". Mula-mula try Khabsa ni di Rawsha, pas tu pergi juga ke Hadramawt.


Said kata, "Sis, masak sendirilah. Senang saja! "


Khabsa makanan  Arab - resepi dia orang ni ikut tempat  sama ada Yemen, Saudi, UAE, Algieria , Teluk atau lain-lain.... Ikut tempat, cara & rempah yang diguna. Tapi yang utamanya beras panjang, lada hitam, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga. 


Lauk nasi Khabsa ni pula macam-macam cara masaknya. Yang popular orang panggil mandhi. Mandhi ni sebenarnya daging atau ayam yang dimasak dalam tanah. Kedua popular ialah mathbi - masak atas batu dan yang ketiganya madghut.... masak dengan pressure cooker atau kita kata mereneh. 


Apa pun, resepi Khabsa yang Said Algiers ajar,  Simple sangat tapi SEDAP sangat.

Jom masak Khabsa !
Khabsa Kambing @ Nasi Arab
Bahan-bahan:

1 kg beras Arab = untuk 12 orang makan    
2 biji bawang holland (yellow onion)            
1 biji karot sedang                                           
2 biji tomato masak sedang                           
*** Blend sampai halus

 2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji cardamon ( buah pelaga)
sedikit lada hitam
minyak untuk menumis
garam secukup rasa


Cara Menyediakannya:
  1. Basuh beras Arab dengan air panas dan sejatkan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan lada hitam.
  3. Masukkan bahan yang dikisar, air dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan beras dan tutup - biarkan hingga masak - lebih kurang 35 minit 
    ( Biar kan masak - jangan kacau!!


Nasi Arab - Khabsa kosong
 ** Hidangkan bersama kambing dan sos nasi Arab SALATA HARA atau Salad/ sayuran mentah sebab orang Arab tak makan sayuran yang ditumis (masak)

Lauk nya pula - Kambing @ Ayam 

Bahan-bahannya :
1 kilo kambing atau  2 ekor ayam (potong 8)    
3 ulas bawang putih                                               
2 biji bawang holland (yellow onion)                       
1 sudu kecil lada hitam                                           
4 sudu serbuk cili   ( kalau suka pedas tambah le ikut kesesuaian)                                            
4 biji buah pelaga      

*** semua bahan di atas,  Blend sampai halus
                                           
minyak untuk menumis

Cara Menyediakannya:
  1. Panaskan minyak & tumis bahan-bahan tadi hingga naik wangi.
  2. Masukkan kambing atau ayam.
  3. Masukkan air sehingga separuh kambing atau ayam tadi.
  4. Masak selama satu setengah jam, biar kuahnya pekat.
  5. Masukkan garam secukup rasa.  
  6. Angkat dan hidangkan bersama nasi khabsa.
SOS SALATA HARA( SOS ARAB) :
Bahan-bahannya:
2 biji tomato
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 biji cili padi
2 biji cili hijau
jus lemon & garam untuk perasa

Cara Menyediakannya: 
  1. Blend semua bahan di atas.
  2. Masukkan jus lemon dan garam mengikut rasa.
  3. Hidangkan bersama nasi khabsa dan kambing......
Laguna Salad 
Salad 



Mai Sepinggan!!
يتيح تناول الطعام


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...