Showing posts with label Jeruk. Show all posts
Showing posts with label Jeruk. Show all posts

Wednesday, 26 June 2013

JERUK MAMAN

Salam... jeruk maman !! 

Hmm kalau orang Korea ada kim chi, orang Perlis ada jeruk maman. Jeruk maman ini dibuat daripada daun maman, sejenis tanaman/ sayur atau orang putih panggil Spider Flower. Ada dua jenis pokok maman, satu maman merah dan satu lagi maman putih.

Kalau di negeri-negeri utara, maman ini biasanya dijeruk. Paling aku suka ialah maman merah. Rupanya cantik dan rasanya sedap.

Aku belajar buat jeruk maman ni dari emak dulu... emak turunkan ilmu masak ni kepada anak-anaknya semasa kami membantu memasak di dapur...hari ni mak dah tak ada, Rindunya dengan emak... Al Fatihah!!

Jom buat jeruk maman...

Bahan-bahannya: 

Daun Maman
2 ikat daun maman - pasar tani RM3.00
1 senduk nasi sejuk
1 sudu besar garam
2 cawan air

Cara menyediakannya:

  1. Bersihkan dan basuh daun maman, kemudian keringkan.
  2. Mesinkan/blenderkan nasi sejuk bersama air tadi sehingga halus - tapis.
  3. Masukkan daun maman ke dalam balang, curahkan air nasi tadi ke atasnya.
  4. Tutup dengan rapi dan peramkan selama 3 hari.
  5. Siap & hidangkan bersama hirisan bawang merah atau bawang besar serta cili padi.

biarkan daun maman layu 

Masukkan ke dalam balang kaca bersama air nasi

Tutup dengan rapi dan peramkan selama 3 hari


Sepelas 3 hari 

Siap dihidang bersama hirisan bawang dan cili padi
nyummy..


Mai Sepinggan !!


Saturday, 11 August 2012

JERUK ASAM BOI


Jeruk Asam Boi

Jeruk ni bagus...
- buat penawar batuk atau sakit tekak....
Petuanya: Ambil 2 besar, campur air panas & hmmm minum !!!
- menyegarkan tekak setelah berpenat di tengah panas terik mentari.
Petuanya: Ambil 2 sudu besar... campur air & letak ais... hmmm nyaman!


Cara nak buatnya juga senang:
30 biji limau kasturi
30 biji asam boi 
1/4 kilo gula pasir
                                      Cara:
1. Bersihkan limau 
2. Keringkan sehingga tiada air
3. Potong dua buah limau, keluarkan biji & ambil jusnya
4. Sumbatkan asam boi kedalam limau yang diperah airnya
5. Masukkan kedalam balang, lapiskan berselang-seli limau dengan gula dan jus tadi 
6. Tutup balang dan peramkan selama 3 minggu sehingga limau menjadi lembut...

note: sekiranya rajin, jemur limau yang dijeruk.




mai sepinggan !









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...