Showing posts with label Pulut. Show all posts
Showing posts with label Pulut. Show all posts

Saturday, 17 May 2014

PULUT KUNING

Pulut kuning ~ bila dah teringin pulut kuning aku tak tunggu buat apa-apa majlis... teringin saja terus bikin sendiri. Bahan Paling utama ialah pulut mesti ada dan sudah tentu pulut susu yang dibawa dari kampung.

Pulut Kuning 
Jom buat pulut kuning...

Bahan-bahannya;

1 kg beras pulut
2 helai daun pandan 
1/2 kg santan
sedikit kunyit untuk pewarna
garam secukup rasa

Cara menyediakannya:
  1. Rendam beras pulut selama 20 minit bersama kunyit serbuk
  2. Toskan dan masukkan dalam kukusan.
  3. Kukus pulut selama 20 minit atau sehingga pulut masak.
  4. Masukkan garam ke dalamsantan.
  5. Bila masak, angkat dan gaulkan dengan santan  ketika pulut masih panas.
  6. Kacau hingga sebati.
  7. Hidangkan dengan rendang  atau kari ayam, atau daging.

Mai Sepinggan !!

Monday, 15 July 2013

PULUT KUKUS IKAN SEPAT KEDAH

Kalau zaman dulu-dulu, sarapan pagi orang Utara antaranya ialah pulut kukus dengan ikan masin atau ikan sepat. Temannya ialah kopi O.... huh mengancam sungguh...


Pulut Kukus Ikan Masin
Senang sangat !!

Bahan-bahan:

1/2 kg Beras pulut (kita guna pulut susu)
1/2 biji kelapa parut digaramkan secukup rasa 
Ikan masin ( boleh guna ikan sepat, ikan talang  atau apa-apa je yang dapat membuka selera)

Cara menyediakannya:
  1. Rendam pulut susu selama 1/2 jam.
  2. Kukus sehingga masak.
  3. Angkat dan hidangkan bersama kelapa parut


Mai Sepinggan !!

Wednesday, 26 December 2012

PULUT LEMAK DURIAN & MANGGA

Hai.... pagi-pagi dah teringat Pulut Lemak! 

Kalau negeri-negeri utara Semenanjung, pulut lemak ini ialah pulut yang dikukus dan kemudiannya diletakkan santan. Biasanya pulut lemak ni orang buat makan pagi atau makan malam.

Kalau siapa-siapa yang pernah menetap di negeri Perlis atau Kedah mungkin tahulah macam-mana nak "perkena" pulut ini. 

Pulut Lemak 

Paling best pulut lemak ini  dimakan dengan durian atau mangga masak (mempelam). Kalau di Perlis sudah tentulah HARUM MANIS. Sedap hingga menjilat jari.

Satu hari aku bawa pulut lemak ke tempat kerja, dan bersamanya ialah Mempelam ?Mangga HARUM MANIS. Bila buka tupperware je, ada kawan, Haslina dari Melaka tanya,  "Apa tu kak?"  "Mempelam, makan dengan pulut".... "eeee tak pernah orang buat kak..."

Pernah atau tak pernah, jawabnya selepas tu LICIN !!

Jom makan Pulut Lemak dengan Mempelam Harum Manis Perlis & durian!!

Bahan-bahan:

2 biji mempelam Harum Manis  masak  ( Hah.. sekarang ni kat Bukit Bintang, Kangar 1 kg = RM17.)
atau 
2 biji durian - pilih yang isi sedap ( musang King ??)
1 kg beras pulut - direndam 20 minit ( aku selalu guna pulut susu)
250 gm santan pekat
garam secukup rasa
2 helai daun pandan 

Cara penyediaannya :
  1. Sediakan pengukus bersama air untuk mengukus pulut.
  2. Toskan beras pulut yang direndam dan masukkan ke dalam pengukus bersama daun pandan.
  3. Kukuskan pulut selama 10 minit atau sehingga masak.
  4. Sementara itu campurkan santan pekat dengan 500 ml air serta garam secukup rasa dan panaskan hingga mendidih.
  5. Angkat pulut yang dikukus dan gaulkan dengan santan sehingga sebati.
  6. Angkat dan hidangkan bersama mangga masak atau durian.
Durian 

Harum Manis Perlis

Mai Sepinggan !!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...