Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Monday, 11 August 2014

PERIA GORENG KUNING

Dalam kesibukkan ku masak jua, biar pun ringkas.... hari ini peria goreng. Ramai orang tak suka peria kerana katanya pahit... tapi sebenarnya tidak, petuanya emak, rendamkan dulu peria dengan air garam untuk menghilangkan rasa pahit.  

Jom kita goreng peria!

Peria Goreng Kuning
Bahan-bahannya:
1 biji peria sedang - dipotong dan direndam air garam 15 minit
1 biji telur
2 ulas bawang merah dan putih - ditumbuk
3 sudu air asam jawa
1 biji cili besar merah - potong serong
sedikit garam
secubit kunyit

Cara menyediakannya:
  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
  2. Tumis bawang yang ditumbuk - kacau sehingga kuning.
  3. Masukkan peria dan sedikit air kacau hingga lembut.
  4. Masukkan air asam jawa, kunyit dan garam secukup rasa danl kacau.
  5. Masukkan cilimerah,  telur dan kacau sehingga masak.
  6. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas. 
Mai Sepinggan!!

Thursday, 13 February 2014

KACANG PANJANG REBUS

Kacang Panjang REBUS????? Biar betul ???
Inilah masakan yang paling simple yang selalu aku dengar apabila bercerita tentang masakan dengan seorang teman. Katanya ini lah masakan yang paling digemarinya. 
Kalau nak masak kacang panjang rebus rupanya ini mesti pilih yang muda dan masih rangup, baru sedap...

Jom buat kacang pang rebus...

Enak dan menyihatkan !!
Bahan-bahannya:

5 papan kacang panjang - dibersihkan dan dipatahkan pendek-pendek
1 ulas bawang merah - dihiris
1ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia
2 cawan air
2 sudu kan bilis
garam secukup rasa

Cara menyediakannya:
  1. Sediakan periuk dan masukkan semua bahan.
  2. Jerangkan di atas api sederhana sehingga masak tetapi jangan sampai layu.
  3. Angkat dan hidangkan. 

Hidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng 

Mai Sepinggan !!


Monday, 14 October 2013

TAUGEH MASAK TUMIS

Salam... hari ini masak sayur  taugeh... seumur hidup kali pertama makan taugeh kacang soya atau taugeh besar  bila bertugas di Setapak Indah minggu lepas.... rupa-rupanya taugeh kacang soya ni lebih sedap daripada taugeh kacang hijau.

Esoknya balik kerja  terus  ke pasar malam  mencari taugeh kacang soya dan memang bertekad untuk masak sayur yang paling senang tapi sedap.

Jom try masak sayur taugeh kacang soya atau taugeh besar tumis..

Taugeh, karot dan sawi
 Bahan-bahannya:

1 mangkok taugeh soya atau  besar dibuang ekor
1/2 batang karot dihiris halus
1 batang sawi cina - boleh guna daun kucai
1 buku fish cake - potong atau fish ball
1 biji cili merah besar
2 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 sudu minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara-cara menyediakannya:

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
  2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih, kacau hingga layu.
  3. Masukkan karot dan kacau hingga lembut.
  4. Masukkan fish cake, sawi, cili merah taugeh serta garam secukup rasa.
  5. Kacau lebih kurang 3 minit.
  6. Angkat dan hidangkan.

Jangan masak terlalu lama atau sampai layu, nanti tak sedap
Agak-agak separuh masak, dia akan crunchy ....
Yummy !!

Saturday, 20 July 2013

REBUNG MADU SAYUR MANIS UBI KELEDEK

Cuti-cuti zaman dulu-dulu dan berkumpul adik beradik untuk makan tengah hari, menu yang mesti ada ialah sayur manis rebung dengan bayam dan ubi keledek. 

Di samping itu ianya tak sah kalau tak dak ikan temenung bakar cecah cili kicap dan bawang,
 diletak sikit air limau nipis...
Kat Kuala Lumpur, mana nak cari rebung segar. Kalau di pasar tani atau pasar malam, depa jual rebung masam yang baunya amat menggerunkan....

Sekarang aku dah tanam pokok buluh sendiri kat belakang rumah... jadi nak dapat rebung dah tak ada masalah :)


sayur rebung dengan keledek

Jom masak sayur manis rebung ;

Bahan-bahannya:

1 mangkuk rebung segar - dicincang halus.
1 ketul ubi keledek - dibersihkan, kupas dan potong kecil
1 sudu besar  udang kering atau ikan bilis
3 tangkai daun bayam
1/2 inci belacan
2 ulas bawang merah - dimayang
1 liter air
garam secukup rasa 

Cara Menyediakannya:

  1. Rebus rebung yang telah dicincang sehingga airnya tinggal separuh dan hilang pahitnya.
  2. Masukkan belacan dan bawang merah dan udang kering.
  3. Masukkan daun bayam dan garam
  4. Biarkan sehingga bayam lecur.
  5. Angkat dan hidangkan bersama nasi dan ikan bakar.

Mai sepinggan !!


Wednesday, 19 June 2013

SAYUR BENING JAGUNG

Hello.. apa khabar semua rakan dan taulan? Mudah-mudahan semuanya berada dalam kesihatan yang baik serta mendapat kerahmatan daripada Nya sepanjang waktu.

Peluang dan rezeki untuk melancung sekali sekala ke negeri orang telah  memberi peluang kepada saya membuka minda untuk menjamah dan merasai berbagai jenis makanan negara-negara lain. Baru-baru ini aku ke Bandung apalagi, makanan Sunda tak sah kalau tak ada sayur bening...

Hari ini, aku terasa nak masak sayur bening jagung dengan kacang panjang dan bendi...apa aja yang ada dan aku buat mengikut selera aku - campak-campak, akhirnya... sedapnya... berkhasiat pulak tu !!

Bening jagung dan sayuran 

Bahan-bahannya:

1 tongkol jagung manis ( dipotong empat)
1 ulas  bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dipotong
4 biji bendi - dipotong
4 papan kacang panjang - dipotong
1 inci karot - dipotong
1 biji tomato - dipotong 4
2 biji cili kering
secubit jintan manis
sedikit bayam, jika suka.
garam secukup rasa
jika suka mangga muda sehiris

Caranya:

  1. Masukkan 600ml air ke dalam periuk dan masakkan.
  2. Masukkan jagung dan biarkan sampai mendidih.
  3. Masukkan semua sayuran dan jintan manis serta garam secukup rasa.
  4. Biar sampai masak tetapi jangan layu.
  5. Angkat dan hidangkan :)
Sedap sangat !!






Mai Sepinggan !!




Wednesday, 27 February 2013

LABU MASAK LEMAK

Sebut saja labu - tak ada banyak songel, boleh masak apa saja... hari ini aku tak perlu fikir banyak, ada labu, ada kelapa - apa lagi kita masak lemak kau-kau mesti best ..



labu masak lemak

Jom buat labu masak lemak ...

Bahan-bahannya:

500 ml santan ( 1 biji kelapa)

120 gm  udang hidup @ boleh guna ikan bilis
1/2 biji labu - dibuang kulit dan bersihkan
1 biji cili merah - dipotong serong
3 ulas bawang merah - dihiris
1/2 petola - dibersihkan dan potong serong
3 batang bayam - dibersihkan & potong
sedikit kunyit hidup
garam secukup rasa

Cara menyediakannya:

  1. Masukkan santan, udang hidup,  bawang, kunyit, petola dan labu kedalam periuk,
  2. Masak sambil kacau.
  3. Bila mendidih, masukkan bayam.
  4. Masukkan garam dan cili. Sesuaikan rasanya..

enaknya!!


Mai Sepinggan !!



Sunday, 3 February 2013

FOUR SEASONS - SAYUR TUMIS

Owhhhhh penat sekali selepas balik kebun... lapar sangat pulak tu, jadi aku  masak nasi putih dan siapkan sayur yang - macam-macam ada !!

Aku masukkan semua apa yang ada dalam peti ais - karot, capsicum kuning & merah, buncis, bunga kobis, kailan, bawang dan tak lupa ikan masin dari Sabah yang diberikan oleh Idah & Matnin... Terimakasih adik-adik ku dari Kota Belud Sabah. Semoga korang sentiasa dimurahklan rezeki & dirahmati Allah swt.

Mmmmmm makan dengan nasi panas... 


Yummy !!


Bahan-bahan untuk Four Seasons sayuran tumis ini:

Karot, buncis, bunga kobis, kailan,
capsicum, bawang besar holland, 
ikan  talang masin 3 potong
bawang putih 3 ulas
3 sudu air
minyak untuk menumis

Cara menyediakannya:

  1. Siangkan semua sayuran.
  2. Panaskan kuali & tumiskan bawang putih.
  3. Masukkan 3 sudu air, dan semua sayuran.
  4. Masukkan ikan masin yang dipotong kecil-kecil.
  5. Kacau hingga masak ( Kalau suka letakkan 1 sudu sos tiram)
  6. Angkat dan hidangkan. 




Mai sepinggan !!




Saturday, 26 January 2013

Kacang Panjang & Sawi Tumis

Hah.... kacang panjang! Apa nak buat dengan kacang panjang hari ini?? Ada sawi Cina juga! Dua dalam satu aja kan senang- tumis kacang panjang & masukkan sawi juga. 

Mai kita try !

Tumis kacang  panjang & sawi 
Bahan-bahannya:

6 papan kacang panjang - dibersih & potong
1 batang pokok sawi - dibersih & potong
1 labu bawang besar - dipotong
1 biji cili merah - dipotong serong
1 ulas bawang putih - dimayang
garam secukup rasa
2 sudu minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:

  1. Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih sehingga kuning.
  2. Masukkan kacang panjang dan bawang besar.
  3. Kacau hingga layu.
  4. Masukkan sawi dan cili merah & kacau hingga layu.
  5. Angkat dan hidangkan.

Mai Sepinggan !!



Tuesday, 8 January 2013

LABU TUMIS

Hi.... penat atau tidak mesti masak. Yang penting tak makan di luar - kedai makan atau gerai, restoran @ hotel.  Aku lebih rela makan di rumah meski terpaksa masak ..

Labu Siam @ Manisa @ Chayote @ Cho-cho - ditumis & bikin sayur, tambah udang & sedikit karot...Alamak sedapnya!!!! 

Labu Siam @ Manisa @ Chayote

Senang sangat masak buah labu ini....

Jomlah cuba...

Sedap sangat !!
Bahan-bahannya:

1 biji labu Siam/Manisa - dihiris
1 inci karot - dipotong kecil-kecil
6 ekor udang basah (saiz - terpulang; aku guna kecil je)
2 biji bawang merah & putih - ditumbuk
600 ml air
garam secukup rasa

Cara menyediakannya:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk.
  2. Tumis bawang dan kacau sampai layu.
  3. Masukkan udang, buah labu dan karot, kacau seketika.
  4. Masukkan air dan garam.
  5. Biar sehingga mendidih dan labu Siam lembut, masukkan garam.
  6. Angkat dan hidangkan.




Mai Sepinggan!!







Tuesday, 18 December 2012

ROJAK MADURA

Salam & Selamat Siang !!

Hari ini resepi baru untuk kita cuba... aku pun baru cuba makanan ini. Namanya ROJAK MADURA. Makanan ini disediakan oleh Lia.

Lia ni rajin & selalu rindukan makanan kampung halamannya. Jadi, aku pun carilah bahan-bahan serta alatan untuk dia melepaskan gian kepada masakan kampung halamannya.

Rojak Madura... mulanya aku ingat macam rojak buah atau rojak mamak yang kita selalu makan, tapi rupa-rupanya Rojak Madura ini rasanya lebih kurang "pecal" atau "gado-gado". Bezanya ianya disediakan segera & mesti makan segera.

Aieshah pun suka makan dan minta Kak Lia buat kan ...

Bahan-bahan nak buat Rojak Madura ini, kita boleh campur asalkan sesuai dengan selera masing-masing..

Alatan & bahan-bahan !


Soo Hoon  besar



Soo hoon dah dicelur



Petis


Cobek

Jom kita try Rojak Madura!!

Bahan untuk dioles/ digiling:

5 sudu besar kacang tanah digoreng tanpa minyak 
2 sudu besar petis madura /otak udang (petis)
6 biji cili padi (cabe rawit) - jika mahu pedas lebihkannya 
1/2 biji tomato (tomat)
3 ulas bawang -  di mayang & putih digoreng
gula merah secukup rasa 
garam secukup rasa

Bahan lain:

3 papan kacang panjang - dipotong & celur
2 tangkai kangkung - potong & celur
4 sudu taugeh kecil - dicelur
1  tahu  - digoreng
1 keping tempe - digoreng
timun - dipotong seperti nak buat rojak 
1 biji lontong ( nasi impit)
1 mangkuk soo-hoon besar direndam & dicelur 

Cara penyediaannya:
  1. Oles semua bahan yang disediakan untuk dioles dalam Cobek (Giling).
  2. Bila semua sudah hancur, perisakan mengikut selera.
  3. Campurkan & gaulkan  bahan yang dioles dengan bahan-bahan yang direbus & goreng.
  4. Siap & hidangkan.
                             
Rojak Madura




GURIH !!

Mai Sepinggan !! 


Sunday, 16 December 2012

KACANG PANJANG GORENG UDANG






Hari ini  aku  masak simple simple ...  Hari hujan..  Kacang panjang goreng sama udang pun dah kira ok.  Hidang nasi panas-panas  diiringi dengan sambal belacan dan ulam... Kira ok tu... menu orang biasa-biasa yang simple tapi sedap..

Jom masak  kacang panjang goreng dengan udang basah.

Bahan-bahannya:

8 papan kacang panjang - dipotong
8 ekor udang kertas - dibersihkan 
2 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 biji cili besar merah - dihiris serong
secubit kunyit, minyak untuk menumis
garam secukup rasa




Cara-cara memasaknya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah dan putih.
  2. Masukkan udang dan kacang panjang & sedikit air untuk melembutkan kacang.
  3. Kacau sehingga layu & masukkan cili merah serta perisakan dengan garam secukup rasa.
  4. Angkat & hidangkan.


Mai Sepinggan !!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...