Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Friday, 27 March 2015

BUBUR GANDUM

Yan abar nu seh????? Ok juga kau? Boi no kau mangan?? Boi, Mangan Bubur jo. 
Bubur gandum tu sanang, likas ko' alap reso ni. Dau-dau kami mangan tu jo amon  kemuap.
Bubur tu alap kinakan panas-panas ko' ruti.

Aku cuba-cuba berbahasa Bajau dan seronok juga boleh aksi-aksi....

Oppsss.... ling sama ko' aku, ...Jom buat Bubur Gandum..


Biji gandum
Bahan-bahannya:

1 cawan biji gandum - dibersihkan & di basuh
5-6 cawan air 
1/4 cawan gula ( ikut cita rasa masing-masing, jika nak manis tambahkan lagi)
1 cawan santan pekat
1/2  sudu teh garam
1 helai daun pandan 

Cara-cara menyediakannya:
  1. Rebus biji gandum di periuk  bersama air sejuk sehingga kembang.
  2. Simpulkan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk.
  3. Setelah gandum empuk, masukkan gula dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan santan dan biarkan mendidih seketika.
  5. Angkat dan hindangkan. Enak dimakan bersama biskut krim kraker..
Bubur gandum siap dimasak 

Mai sepinggan!!









Thursday, 29 May 2014

PENGAT LABU SERAWA LABU

Pengat labu ! Kalau boleh dapat pengat labu buat minum petang alangkah lazatnya.. Cari labu yang betul-betul masak dan manis.... santan pekat dan gula Melaka yang ori... wow.. alangkah enaknya ...


Pengat Labu

Jom buat pengat labu...

Bahan-bahannya :
1/2 biji labu yang sedang - dikupas kulit dan potong
1 liter santan
1 cawan gula pasir
1 cawan gula Melaka
1 helai daun pandan
1/4 cawan sagu mata ikan warna putih - direndam sekejab dan toskan
1 sudu teh garam / secukup rasa

Cara menyediakannya:
  1. Masukkan semua bahan kedalam periuk.
  2. Masak sehingga empuk.
  3. Angkat dan hidangkan panas.


Boleh dimakan panas atau sejuk

Mai Sepinggan !!

Saturday, 3 May 2014

PUDING CENDOL

Hi .......... apa khabar ??? Hari ini adalah hari yang paling sibuk , pada masa yang sama kawan minta tolong buatkan Puding Cendol... ada syarat pulak tu... tak mau manis tapi nak sedap..
Ha ha ha... pening juga kepala kerana bukan senang nak modify resepi.
Selepas beberapa percubaan, akhirnya aku dapat satu resepi yang perfek!!

Puding Cendol yang sedap
Jom buat Puding Cendol....

Bahan-bahannya:
Untuk Lapisan Bawah (Gula Merah)
800 ml air
300 gm gula merah
400 ml santan pekat
15 gm agar-agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam 

Cara menyediakannya: 
  1. Masakkan gula merah dengan sedikit air ( gunakan 300ml daripada 800ml)
  2. Apabila hancur, angkat dan tapiskan air gula.
  3. Masukkan air gula merah, baki air dan agar-agar ke dalam periuk.
  4. Masakkan hingga mendidih.
  5. Pukul kuning telur di dalam santan.
  6. Tuangkan santan ke dalam adunan, masukkan garam.
  7. Biarkan mendidih sekejab, angkat dan tuangkan kedalam loyang 10x10".
  8. Sejukkan. 
Untuk Lapisan Atas (Cendol)
500 ml air
180 gm gula pasir
300 ml santan pekat
10 gm agar-agar powder
500 gm cendol
sedikit garam

Cara menyediakannya: 
  1. Masakkan air, agar-agar powder dan gula pasir sehingga mendidih.
  2. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
  3. Masukkan cendol. Kacau perlahan-lahan selama 2/3 minit.
  4. Angkat. Tuangkan adunan di atas lapisan gula merah dan sejukkan. 
  5. Apabila beku dan sejukkan di dalam peti ais.
  6. Keluarkan, potongkan dan hidangkan sejuk-sejuk. 
( nota: sebelum tuang ke atas lapisan agar-agar gula merah, pastikan ia dicakar-cakarkan / ditusuk sedikit dengan garpu supaya melekat bila beku)

Nyum..Nyum..



                   Mai sepinggan !!

Friday, 3 January 2014

RICE PUDDING AU GRATIN

Dessert! Di antara dessert yang selalu dihidangkan semasa aku berada di Turki ialah Rice Pudding. Selamat mencuba puding yang menyegarkan. 
Resepi ini aku perolehi dari buku yang dibeli semasa berkunjung di Turki. Turkish Cookery. 

JOM buat Rice Pudding!!


Rice Pudding
Bahan-bahannya:
8 gelas susu
1 1/2 gelas gula
1 cawan nasi
1/4 cawan tepung beras
1/4 tepung ubi kentang (potato starch)
1/2 sudu teh garam
Serbuk kayu manis - Cinnamon 

Cara menyediakannya:
  1.  Masakkan nasi  dengan 1 1/2 
  2. Masukkan susu, garam dan beras dalam periuk dan masak dengan api perlahan ( simmer).
  3. Masukkan tepung beras dan potato starch ke dalam mangkuk.
  4. Masukkan air sebanyak 3/4 gelas dan kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan bancuhan tepung kedalam periuk susu tadi dan kacau lebih kurang 10 minit.
  6.  Masukkan gula secukup rasa dan masak sehingga pekat.
  7. Masukkan kedalam ramekin atau  mangkuk.
  8. Taburkan lah dengan serbuk kayu manis.
  9. Bakar di dalam oven sehingga  keperang-perangan di atasnya.
  10. Sejukkan dan hidangkan.
Hah... ini namanya hangit !!

Mai Sepinggan !!

Friday, 30 August 2013

TRIFLE

TRIFLE - pemanis mulut / dessert yang digemari dan sangat ku suka kerana kesedapannya dan kecantikannya. Lapis dan lapis kek, kastad, krim , jelly dan buah....


Owhhhhh ... sangat la cantik dan trifle merupakan antara dessert yang paling aku suka buat.


Kalau suka kiwi atau strawberry atau pilihlah buah-buah tempatan yang disukai..


Aku suka guna jelly strawberry atau raspberry kerana warnanya yang terang !!


Bila nak decorate trifle ini, aku suka gunakan buah-buahan segar yang berwarna-warni. Strawberry, peach, mangga, limau, kiwi... dan apa-apa je buah...rambutan pun ok. Untuk keknya aku suka guna swissroll strawberry sebab warna merahnya yang cantik..


Susun dengan rapi dan lapiskan...

Jom, kita buat trifle...

Bahan-bahannya:

1 biji swissroll - dipotong-potong 1cm (aku suka perasa strawberry )
1 tin Nestle krim
1 tin buah peach
2 paket jelly

Untuk kastad:
1/2 cawan gula - jika suka manis boleh tambah
1 tin susu ideal (lebih kurang 2 cawan)
1 cawan juice peach
2 1/2  cawan air

Cara menyediakannya: 

  1. Susunkan kek dalam bekas/ kaserol yang polos.
  2. Sediakan kastad- campurkan semua bahan untuk kastad dan masak sehingga pekat  - ketepikan.
  3. Tuangkan kastad ke atas kek dan biarkan beku sebentar.
  4. Masakkan jelly tadi  dengan 3 cawan air dan tuangkan ke atas kastad.
  5. Apabila beku, sapukan di atas jelly dengan dengan krim Nestle.
  6. Susun buah peach di atas krim tadi dengan cantik dan kemas.
  7. Sejukkan di dalam peti ais.
  8. Apabila  sejuk keluarkan dan hidangkan.
Mudah sangat.... hari ini aku buat trifle ini untuk sambutan hari MERDEKA!!!


Mai Sepinggan !!




Sunday, 21 July 2013

PUDING ROTI KESUKAAN KU

Puding Roti...paling best puding roti ni ialah yang banyak kismis... ditambah lagi kalau sos nya yang pekat2 gitu, berperisa vanila ...

Puding Roti
Paling best Puding Roti ni ialah yang disediakan oleh Kak Yam, yang cafenya beroperasi dekat bangunan pentadbiran UKM ... dulu-dulu masa student selalu lepak2 sarapan, makan tengah hari dan  minum petang di sana. Sekarang ianya sudah tak ada lagi dan Kak Yam menguruskan kantin di wad Pediatrik HKL pula...

Jom buat puding roti resepi Kak Yam yang paling mudah....

Bahan-bahannya:

500 gm roti (roti kelmarin dulu kata orang Perlis)
125 gm gula pasir
125 gm kismis/ sultana ( aku tambah 5 aprikot yang dihiris2)- boleh guna apa2 buah
1/2 sudu teh mix spice
75 gm butter
2 biji telur
125 ml susu cair

Cara menyediakannya:

  1. Rendam roti dalam susu cair sehingga lembut.
  2. Pindahkan roti ke kaserol dan susun cantik-cantik ( lapiskan dengan kismis).
  3. Pukul telur bersama gula sehingga hancur dan masukkan ke dalam baserol.
  4. Pastikan roti  sebati dengan telor.
  5. Susunkan aprikot dantaburkan butter, gula pasir di atasnya.
  6. Bakar dalam ketuhar sederhana panas selama lebih kurang 1 jam.
Bahan sosnya:

1 sudu tepung kastad dicairkan  dengan 1/2 cawan air - kacau di atas api sehingga agak pekat dan masukkan 1/2 cawan susu ideal, 2 sudu gula dan 1/2 sudu teh vanilla...





Mai Sepinggan !!



Puding roti dan sos kastad/ vanila 

Sunday, 14 July 2013

CREME BRULEE


Crème Brûlée... Yes, it is crème brûlée  and   I’ve never had crème brûlée in my life, but I’m sure that I can find a good recipe for  me to try! I found this Ina Graten's recipe and it is EASY ! Super easy and it is so yummy!

 Tasty little custard treats with the caramelized sugar on top! 






Jom buat crème brûlée :

Bahan-bahannya:

1 biji telor - saiz besar
4 biji telor merah - (saiz besar)
1/2 cawan gula pasir dan 1 sudu tambahan untuk setiap satu ramekin
3 cawan krim
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh orange

Cara menyediakannya:

Panaskan oven 180'C.
  1. Putarkan semua telur dan gula sehingga sebati.
  2. Panaskan krim tetapi jangan sampai mendidih.
  3. Tuangkan krim ke dalam telur.
  4. Masukkan vanila dan perasa orange.
  5. Masukkan adunan kedalam ramekin.
  6. Letakkan ramekin ke dalam dulang pembakar.
  7. Tuangkan air mendidih sehingga separuh ramekin.
  8. Bakar selama 35 hingg 40 minit sehingga puding beku. Angkat dan sejukkan.
  9. Masukkan ke peti ais yntuk menyejukkannya.
  10. Untuk menghidang, taburkan gula dengan rata di atas setiap crème brûlée.
  11. Gunakan "kitchen blowtorch" untuk panaskan gula sehingga  menjadi karamel.
  12. Biarkan seketika sehingga karamel menjadi keras.
  13. Hidangkan....















Kitchen blowtorch baru dapat :)


Mai Sepinggan !!

Wednesday, 2 January 2013

CRANBERRY BEANS

Hi... apa khabar sahabat handai serta rakan taulan. Semuga 2013 membawa kebahagiaan & kegembiraan... Tak sempat masak apa-apa pun 31 Disember, sebab ada orang belanja makan dekat Puteri Pacific.... sekali sekala kena juga rehatkan minda .

Habis saja breakfast pada 1 JANUARI 2013, maka bertolaklah kita ke Melaka..satu hari suntuk di Melaka, meredah sepermarket dan akhirnya ke pasar...ternampak lah benda ini yang namanya Cranberry Beans..@ Borlotti Beans. Bahasa Melayu panggil apa??? Kacang Cranberry agaknya!



Fresh!



Cranberry Beans

Aku beli 2 kg. Kira okey juga satu kilo RM7.  

Aku memang jatuh hati dengan kacang ni kerana ianya segar, isinya cantik, padat, lemak, gebu...


Isinya cantik & padat!


boleh buat batu selemban.......

Bagaimana nak masak?

Macam-macam boleh masak - dengan pasta, dengan ayam, dengan daging, dengan pastries, sup dan macam-macam..

Hari ini aku tak larat, buat sup saja & senang tapi sedap!!

Jom kita buat Kacang Cranberry Sup:



You got to taste to believe it goodness!!


Bahan-bahannya:

2 cawan kacang Cranberry
1 paket halwa winter melon / halwa kundur
2 liter air

Cara Menyediakannya:

  1. Masukkan kacang Cranberry ke dalam periuk.
  2. Masukkan air dan rebus sehingga empuk/ lembut.
  3. Masukkan halwa dan tutup api.
  4. Hidangkan panas @ suam @ berais!






Mai Sepinggan !!





Sunday, 30 December 2012

PENGAT NANGKA

Pengat.... biasanya aku panggil "serawa" merupakan pencuci mulut /dessert yang aku suka. Pengat yang sedap sepatutnya terasa lemak, masin dan manisnya. Bau wangi daun pandannya serta manisnya gula tebu atau gula melaka....opppss.... sagunya, jangan lupa!!

Dalam banyak-banyak pengat, aku suka pengat nangka....aduihh.. sedapnya!!

Jom buat pengat nangka!!

Bahan-bahannya:

1 liter santan
10 ulas nangka ( aku suka buang bijinya)
2 keping gula melaka
2 sudu gula putih (ikut rasa)
garam secukup rasa
3 sudu besar sagu mata ikan- warna putih (direndam)
1 helai daun pandan

Cara menyediakannya:
  1. Masukkan santan ke dalam periuk, nangka, daun pandan dan masakkan.
  2. Masukkan pula gula merah dan putih secukup rasa.
  3. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Toskan sagu dan bila santan hampir mendidih, masukkan sagu.
  5. Bila masak, angkat dan hidangkan...
Nota: kalau suka makan pengat ini sejuk-sejuk, sejukkan dulu dalam peti ais.




Mai Sepinggan !!

Tuesday, 25 December 2012

DURIAN - KUAH DURIAN - PENGAT DURIAN..

Durian - Durian - Durian.
Mana-mana pergi sekarang penuh dengan durian.. Pergi pasar malam, pasar tani, Giant, tepi jalan, tepi highway, tepi kedai mamak tak habis-habis durian..

Durian- ada yang makan durian saja, ada yang makan durian dengan nasi, ada yang makan dengan pulut, ada yang buat cokodok durian, ada yang buat pengat durian, ada yang buat crepe duruian...


Durian Runtuh !!




Musang King 

Bagi aku, durian ni bestnya makan begitu saja... atau dengan nasi... atau dengan pulut... atau buat pengat !!

Kalau dah tak larat makan, boleh simpan dalam freezer tunggu musim tak ada durian baru bawa keluar... atau bikin tempoyak !!

Hari ini aku nak kongsi resepi kuah durian @ Pengat Durian yang biasa aku buat..

Jom buat Pengat Durian!

Bahan-bahan:

2 mangkok isi durian
250 gm santan pekat
1 liter air 
3 keping gula melaka
3 sudu gula putih ( suka hati - kalau tak mau manis, kurangkan gula)
garam secukup rasa
1 helai daun pandan

Cara-cara Penyediaannya:
  1. Masukkan durian, daun pandan, gula dan air ke dalam periuk dan masakkannya.
  2. Apabila mengelegak masukkan santan.
  3. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Apabila masak, angkat dan hidangkan bersama roti bakar atau kueh jala..








Mai Sepinggan !!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...