Makmor yang sudah disalut icing |
Kadang-kadang Makmor ini dijadikan juadah untuk hantaran...
Nak buat Makmor? JOM tengok resepi yang diberikan oleh Bonda Aziah Abdullah kepada anak-menantu serta cucu-cucu beliau
Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung kastad
3/4 cawan gula ising
250 gm minyak sapi
Inti :
Goreng kacang tanah tanpa minyak ditumbuk dan diperisakan dengan garam dan gula.
Cara membuatnya:
- Campurkan tepung gandum dan tepung ubi dan tepung kastad.
- Campurkan minyak sapi dan gula icing serta tepung - gaul sehingga sebati.
- Bentukkan dan masukkan inti kacang.
- Bakar dalam oven 180' selama 12 minit
- Angkat, sejukkan dan gaulkan dengan gula icing.
Makmor ... Sedap ! |
Makmor yang sudah belum dibakar |
Kuah Makmor dihidang bersama kueh raya yang lain .. |
Mai Sepinggan !!
No comments:
Post a Comment