Showing posts with label Salad. Show all posts
Showing posts with label Salad. Show all posts

Sunday, 23 June 2013

ROJAK BUAH

Rojak Buah ... senang saja nak buat. Kalau beli memang mahal... 

Aku suka rojak buah ..kadang-kadang nak pelbagai, boleh di tambahkan tahu goreng dan kangkung rebus... Sedap & menyihatkan..



Rojak buah dicampur dengan kangkung


Buah-buahan, ikut yang kita suka 



Bahan-bahan ini boleh dicampur kemudian 

Bahan-bahannya untuk  kuah rojak:

10 tangkai cili cili kering
1 inci belacan bakar
3 sudu air asam jawa
3 sudu besar petis
3 sudu besar gula melaka -cincang @ gula merah
garam secukup rasa
2 sudu besar kicap pekat manis
1/2 cawan agar-agar - dicairkan 

*  campurkan bahan di bawah selepas dimasak 

1/2  kacang  tanah (digoreng tanpa minyak & tumbuk)
1 sudu besar bijan - goreng tanpa minyak 

Cara menyediakannya:

  1. Cili goreng  kering dan belacan di  goreng dengan sedikit minyak, kemudian dimesin.
  2. Campurkan semua bahan dan masakkan dengan 3 cawan  air
  3. Masukkan agar agar-agar untuk memekatkannya.
  4. Angkat dan sejukkan & masukkan kacang dan bijan.
  5. Hidangkan bersama buah-buahan seperti nanas, sengkuang, mangga muda, jambu, kedondong yang dipotong.

Rojak buah kegemaranku 




Mai Sepinggan !!


Wednesday, 5 June 2013

MIAENG KAM, MIENG KHAM, MIANG KUM , Thai: เมี่ยงคำ

Mieng Kam adalah sejenis makanan ringan - "comfort food" dari negara jiran, Thailand. Kalau kita ke Thailand, Mieng Kam ini ada dijual di merata tempat, dari tepi-tepi jalan sehingga ke hotel-hotel. Aku pernah bawa untuk kawan-kawan di KL merasa... masing-masing takut untuk mencuba, tetapi bila dah rasa sekali hmm nak lagi...

cili padi, bawang besar, limau nipis, kacang,
halia, kelapa, udang kering, daun kaduk
dan sirap/manisan
kelongsong diisi dengan miaen kam


Bahan-bahan miaen kam 
Kalau orang utara, Miaeng Kam ini tidak asing kerana batas sempadan antara Perlis dan Siam tidak memisahkan makanan......

Hmmm.. bagi yang takut mencuba, ikut saja instruction dan nikmati kepelbagaian rasa dalam Miaeng Kam ini - manis, masam, pedas, masin, lemak.. menarik !!

Jom cuba  Miaen Kam -  Thai: เมี่ยงคำ !!

Bahan-bahannya;
20 helai daun kadok - dibersihkan 
1 cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak)
3 sudu besar udang kering
1 biji limau nipis - dikupas dan potong dadu kecil-kecil
2 cm halia - dibersihkan dan potong dadu kecil-kecil
1 biji bawang besar -  dipotong dadu kecil-kecil
1 cawan kelapa segar - dipotong halus dan goreng tanpa minyak
8 biji cili padi - potong kecil-kecil 

Sosnya:

1 cawan gula melaka
7 ekor udang kering - tumbuk
1 cawan air
garam secukup rasa

* semua bahan di atas dimasak bersama sehingga pekat. Angkat dan sejukkan.

Cara menyediakannya:

  1. Bentukkan daun kaduk seperti bentuk kon.
  2. Isikan serba sedikit bahan-bahan di atas kedalam kon kaduk.
  3. Masukkan satu sudu teh sos ke dalam daun kaduk yang berisi bahan tadi.
  4. Siap untuk dimakan dan nikmatilah kombinasi rasanya yang pelbagai...



Mai sepinggan !!




Wednesday, 3 April 2013

RUMPAI LAUT COLESLAW

Hi...masih lagi kita cerita tentang menu rumpai laut Sabah.  Terima kasih Idah sekeluarga yang sangat murah hati dengan akak. Semuga Allah SWT memberkati kalian sekeluarga dan semuga ikatan kekeluargaan kita kekal abadi.

Hari ini akak menjadi lebih inovatif  dan lebih kreatif ... akak buat coleslaw rumpai laut!!! Kira okey sebab ianya rangup... tambah-tambah dengan adanya mayonese, kanak-kanak pun suka !!

Hah.. jom kita try ...

Rumpai laut Sabah  yang sudah di rendam 

Bahan-bahannya:

3 tangkai rumpai laut yang  sudah bersih dan direndam hingga kembang
6 keping daun kobis yang segar
1/2 batang karot
1/2 bawang besar
1 sudu besar raisin
 mayonese secukupnya

Cara menyediakannya:

  1. Cincang daun kobis, bawang dan karot sehingga hancur. (boleh chop dengan blender)
  2. Potong dadu rumpai laut seeloknya 1 cm.
  3. Campurkan dan gaulkan semua bahan yang dicincang kedalam mangkuk.
  4. Masukkan rumpai laut, raisin dan mayonese secukupnya.
  5. Hidangkan - boleh makan bersama roti, nan, roti Arab dan sebagainya.
coleslaw rumpai laut 


 Tanjung Aru lautnya biru
tempat orang mencuci mata 
sedang sekampung lagikan dirindu
inikan pula jauh di mata



Mai sepinggan !!



Monday, 18 February 2013

YEE SANG - CHINESE NEW YEAR 2013

Salam.... SELAMAT TAHUN BARU CINA. -   中國新年快樂 ....
Seminggu berhari raya Cina... banyak cerita. Cuti yang panjang memang banyak benda yang boleh dilakukan. 

Hasil gubahan Aieshah

Apa yang seronoknya ialah dapat ber "yee sang" bersama keluarga. Yee Sang adat orang Cina., hari ini disebabkan oleh kahwin campur, kaum kerabat , sahabat serta berjiran dengan orang-orang Cina maka, bila tiba tahun baru sedap juga ber "yee sang" ...

Timun , karot diparut halus

Yusheng atau Yee Sang ialah sejenis salad ikan mentah. Ia biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah ( aku guna Salmon) yang dicampur dengan cebisan sayur-sayuran beraneka sos perasa serta ramuan-ramuan lain.




Salmon juga mesti dipotong nipis-nipis

Ramuan-ramuan yang biasanya digunakan ialah ikan salmon segar, berbagai jenis sayuran seperti lobak putih, lobak merah, cili, halia, daun limau purut, daun parsley Cina, kacang tanah cingcang (pilih jenama Shangtung), bijan goreng, keropok udang Cina, 5 spices. Sosnya pula diperbuat daripada sos plum, minyak bijan, minyak zaitun serta madu. 



Koleksi Chopstik Aieshah

Bahan-bahannya:

300 gm salmon segar (RM120/kg -MESTI yang betul-betul segar)
1 lobak putih
1 lobak merah
1 zucchini
1/4 betik muda
5 helai daun purut
1/2 biji sngkuang
1 ulas limau pamelo
1 paket kacang cincang halus
1 bungkus keropok udang
1 senduk bijan goreng tanpa minyak
1 sudu 5 spices
1 inci halia 
2 sudu besar lemon jus
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos plum
1 sudu besar minyak bijan & minyak zaitun

Cara menyediakannya:
  1. Semua bahan-bahan di atas diparut @ dipotong halus-halus panjang.
  2. Susun di atas dulang besar & gaulkan.

Pilih keropok yang segar, rangup dan
 tuangkan minyak bijan 


Gaulkan biar rata

Jelly mesti merah


 Selamat Tahun Baru Cina 




Mai Sepinggan !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...