Showing posts with label Pie. Show all posts
Showing posts with label Pie. Show all posts

Monday, 4 March 2013

CHICKEN PIE

Hari ini bertukar selera sikit.... aku mengidam Chicken Pie.. 

Huh, kalau dalam oven...aroma pastrinya sungguh menyelerakan.... Bila dah keluar oven, tengok teksturnya......aduhai rangup dengan warna keemasannya...

Chicken Pie - dua perkara kena ada... kulit @ pastrinya & inti.... pastri adalah segala-galanya! 
Bahan untuk inti:
300 gm daging ayam
1 cawan karot dipotong dadu
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 biji kentang
3 sudu kacang pea
3 sudu besar mayonese
garam, lada sulah secukup rasa
minyak untuk menumis
sedikit air
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali & tumiskan bawang.
  2. Masukkan karot, kentang, air  dan kacau hingga lembut.
  3. Masukkan ayam dan kacau hingga masak.
  4. Masukkan kacang pea, garam, lada sulah secukup rasa.
  5. Tutup api dan masukkan mayonese dan kacau sehingga sebati.
  6. Angkat & sejukkan.
Bahan untuk Pastri Paf: 
Bahan A
400 g tepung
50 g butter
1/8 sudu teh garam
220 gm air

Bahan B
300 gm butter pastri
Cara-cara:
  1. Adunkan A supaya jadi doh yang licin. Rehatkan selama 15 minit.
  2. Canaikan doh. bentukkan palang di bahagian tengah menjadi tebal makala di bahagian kaki palang lebih nipis.
  3. Letakkan butter pastri di tengah & balutkan.
  4. Canaikan doh menjadi 10mm tebal dan lipat sekali lagi.
  5. Biarkan sebentar (15 minit)
  6. Pusing doh 90' pepenjuru dan canai lagi seperti di no.4 sebanyak 4 kali lagi.
  7. Canaikan doh setebal 3mm dan potong mengikut bentuk yang disukai.
  8. Isikan inti & tutupkan Pai .
  9. Bakar dengan 200'C  selama 15 ke 20  minit atau keperang-perangan.
Canaikan mengikut kesukaan

Cucukkan untuk keluarkan udara & kelembapan 
Wow !

Bakar 





Mai Sepinggan !!


Note:
kita tak sempat nak ambik gambar intinya... tunggu besok pagi la ekkk bila kita makan, tunjuk kan inti :)



















Wednesday, 20 February 2013

TOAD IN THE HOLE

YEP !! Toad in the hole !!
Bila BO & Halimi  jemput  kami sekeluarga untuk dinner di halaman rumahnya...  rasa sangat teruja kerana Bo memang pandai masak. Apa tah lagi kalau masakan ala-ala Barat... tak kira American, English, Italian, French...  rasanya memang ngam aja.

Mula-mula dengan appertizer nya.. main course & diakhiri dengan dessert....memang tak boleh dilupakan. Aieshah & Tillah pun ikut sama....

Dalam banyak-banyak makanan yang dihidangkan, yang tak boleh dilupakan ialah "Toad In The Hole". Bukan namanya saja tak boleh lupa, rasa & keenakkannya ..

Terima kasih Bo kerana selalu murah hati & selalu ajak makan...

Sekarang aku kena buat sendiri ... Bo dah pindah dan terlalu sibuk dengan kerja-kerja amal melalui Program Ecolifenya.... http://ecolifecamp.blogspot.com/ . tahniah dan semoga sentiasa diberkati Allah SWT.






Jom buat TOAD in The Hole !

Bahan-bahannya:

113 gm  plain flour
300 ml milk /UHT/ fresh milk
4 eggs  
2 sudu thyme - fresh lagi bagus
6 biji sausages - yang berkualiti sikit
2 table spoons vegetable oil
salt & pepper 

Cara menyediakannya:

  1. Prepare the batter, sift the flour into a large bowl. Add the salt and pepper.
  2. Make a well in the centre of the flour and add the eggs. 
  3. Using a wooden spatula,  beat the eggs into the flour then slowly beat in the milk.
  4. Add in the thyme. Cover and leave to stand for up to 4 hours. 
  5. Preheat the oven 180'C.
  6. Heat a large skillet and cook the sausages until golden-brown all over.
  7. Place the vegetable oil into an ovenproof dish
  8.  Heat in the oven for five minutes or until the dripping is very hot.
  9.  Add the sausages to the hot dish and pour in the batter.
  10.  Immediately return the dish to the oven and cook for 35-40 minutes until well-risen and golden-brown.

Mai Sepinggan!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...