Showing posts with label Gulai. Show all posts
Showing posts with label Gulai. Show all posts

Wednesday, 12 February 2014

GULAI LEMAK CILI API NANGKA

Salam ... apa khabar kawan-kawan, sahabat handai..
Hari yang panas terik begini, makan tengah hari yang simple pun dah cukup menyelerakan.. Gulai lemak cili padi nangka muda sungguh menyelerakan.  Cubalah.. kita boleh rampaikan nangka muda ini dengan ikan masin, udang atau daging salai.

Bila dah siap, makanlah dengan nasi panas. Ermmmm !!

Jom masak gulai lemak cili padi nangka muda..



Bahan-bahannya:

2 mangkuk nangka muda - dibuang kulit, bersih dan direbus sampai empuk
1 /2 kg santan pekat 
10 hiris daging salai
5 biji cili padi - tumbuk halus
1 batang serai
11/2 sudu kunyit
3 keping asam gelugor ( boleh guna belimbing atau mangga muda)
1 helai daun limau purut.
garam secukup rasa

Cara menyediakannya:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
2. Masakkan dengan api sederhana dan sentiasa kacau agar tidak pecah minyak.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Bila masak, angkat dan hidangkan.

**** Senangkan ? 



Mai Sepinggan !!

Friday, 25 January 2013

GULAI IKAN TONGKOL

Gulai Ikan Tongkol atau Ikan Kayu atau Ikan Ayer ini lawannya  dengan nasi dagang.

Resepi ini juga  diberikan oleh sahabat aku iaitu Norhasifah. Alhamdulillah, tak pernah dia lokek untuk mengajar atau bagi petua untuk masak gulai ni... 

Jom kita kongsi ilmu ini bersama-sama...

Gulai ikan tongkol

Jom buat gulai ikan tongkol resepi Nora!

Bahan-bahannya:

2 ekor ikan tongkol  - dibersihkan dan potong
15 keping asam gelugor
2 keping gula melaka
5 ulas bawang merah
1 inci halia
1 inci lengkuas
6 sudu cili kering yang sudah dimesin
4 sudu rempah kari ikan - jadikan pes
1/2 kg santan pekat
garam secukup rasa
7 biji cili padi
10 biji belimbing buluh
3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara Memasaknya:
  1. Garamkan  ikan tongkol dan rebuskannya dengan sedikit air,  asam gelugur dan gula melaka.
  2. Biarkan sejuk semalaman.
  3. Mesinkan halia, lengkuas, bawang merah sehingga lumat dan campurkan dengan pes rempah dan cili mesin.
  4. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan semua bahan di atas.
  5. Kacau hingga naik minyak.
  6. Masukkan santan dan kacau sebentar.
  7. Masukkan ikan, garam secukup rasa, cili padi, belimbing. ( Kalau suka masukkan gula melaka)
  8. Biarkan hingga mendidih.
  9. Angkat dan hidangkan 


Enak !!



Mai sepinggan !!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...