Hmm kalau orang Korea ada kim chi, orang Perlis ada jeruk maman. Jeruk maman ini dibuat daripada daun maman, sejenis tanaman/ sayur atau orang putih panggil Spider Flower. Ada dua jenis pokok maman, satu maman merah dan satu lagi maman putih.
Kalau di negeri-negeri utara, maman ini biasanya dijeruk. Paling aku suka ialah maman merah. Rupanya cantik dan rasanya sedap.
Aku belajar buat jeruk maman ni dari emak dulu... emak turunkan ilmu masak ni kepada anak-anaknya semasa kami membantu memasak di dapur...hari ni mak dah tak ada, Rindunya dengan emak... Al Fatihah!!
Jom buat jeruk maman...
Bahan-bahannya:
Daun Maman |
1 senduk nasi sejuk
1 sudu besar garam
2 cawan air
Cara menyediakannya:
- Bersihkan dan basuh daun maman, kemudian keringkan.
- Mesinkan/blenderkan nasi sejuk bersama air tadi sehingga halus - tapis.
- Masukkan daun maman ke dalam balang, curahkan air nasi tadi ke atasnya.
- Tutup dengan rapi dan peramkan selama 3 hari.
- Siap & hidangkan bersama hirisan bawang merah atau bawang besar serta cili padi.
biarkan daun maman layu |
Masukkan ke dalam balang kaca bersama air nasi |
Tutup dengan rapi dan peramkan selama 3 hari |
Sepelas 3 hari |
Siap dihidang bersama hirisan bawang dan cili padi nyummy.. |
Mai Sepinggan !!
Woww.. nampak menyelerakan. Saya tgk ja tok nek sebelah rumah buat, pernah rasa dulu masa kecik. 23 tahun Lepas masa umur 6,7 tahun. Thanks utk resepi.
ReplyDeleteCubalah.. gerenti sedap. makan dengan nasi panas2
DeleteSedapnya...
ReplyDeleteMy fav ni