Pengalaman berjalan-jalan di Tamu Kota Belud memberi peluang menyaksikan pelbagai jenis ketam. Harganya juga murah... yang penting fresh.
Semasa berjalan-jalan di Kota Belud, aku sempat membeli ketam merah dan puas meratah ketam rebus. Berbagai cara masak ketam... stim, goreng dan masak lemak, kari, singgang, salut tepung dan sweet sour.
Ketam siap direbus |
Ketam Sweet Sour kegemaran aku |
Jom masak ketam sweet sour !!
Bahan-bahannya:
4 ekor ketam merah/ nipah - dibersihkan dan direbus
1/2 cawan cili sos
1/4 cawan tomato sos
2 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 biji telur ayam
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan air sejuk
minyak untuk menumis
Cara-cara menyediakannya:
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Tumiskan bawang dan kacau hingga kekuningan.
- Masukkan cili sos dan tomato sos.
- Masukkan air, gula dan garam secukup rasa. Kacau.
- Masukkan telur , ketam dan kacau.
- Angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment