Sunday, 20 October 2013

BENGKANG UBI KAYU @ BINGKA UBI

Juadah minum petang hari ini ialah bengkang ubi kayu. Seharian bertungkus lumus di kebun belakang rumah, dapat juga 5 ketul ubi kayu.

Selepas diparut, dapat  lima cawan besar (5 mug).  Dibakar dan hampir masak,  semerbak bau nya !!


Jom buat bengkang ubi kayu... resepinya:

Bahan-bahannya: 

250 gm ubi kayu ( diparut dan diperah)
250ml air gula  pasir ( pekat)
250 ml  santan pekat
1 biji telur
sedikit butter untuk disapu pada loyang
garam secukup rasa
pewarna kuning

Cara menyediakannya:
  1. Bancuh ubi parut dengan santan dan air gula pekat.
  2. Pukul telur dengan garpu, masukkan dalam adunan ubi.
  3. Sapukan loyang dengan butter.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Ratakan.
  5. Bakar sehingga masak dan perang di atasnya.
Masukkan dalam loyang dan sedikit butter di atasnya

Bakar sehingga  perang di atasnya

Biarkan sejuk sebelum dipotong



Mai Sepinggan !!


Saturday, 19 October 2013

LOMPANG

Kueh Lompang !! Fav. allahyarham emak ...., dia buat lompang yang terbaik di dunia meski pun tak pernah ada timbangan metric.... gula merah dan kelapa yang segar.... harumnya....

Lompang yang enak.

Di zaman kanak-kanak dulu aku  hairan kenapa kueh ni berlubang di tengah... Hahh.. sebenarnya lompang yang baik mesti berlubang / lompang di tengahnya, untuk diisi dengan kelapa parut/ nyok.

Jom buat kueh lompang untuk minum petang ...

Bahan-bahannya:

300 gm tepung beras 
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula putih
1/2 cawan gula merah
1/2 biji kelapa parut - gaulkan dengan sedikit garam.
air kapur 1/2 cawan

Cara menyediakannya:
  1. Masakkan gula merah dan gula putih dengan 3 cawan air sehingga larut, angkat dan sejukkan.
  2. Campurkan tepung beras dan tepung jagung, air kapur.
  3. Masukkan sedikit garam.
  4. Masukkan air gula dan kacau sehingga sebati.
  5. Panaskan cawan lompang dalam kukusan.
  6. Tuangkan adunan ke dalam semua cawan sehingga 3/4 cawan dan kukus sehingga masak.
  7. Setelah masak, keluarkan kueh dari acuan dan sejukkan.
  8. Letakkan kelapa parut dalam lubang - hidangkan !!
Lompang dan kelapa parut 

Nyummm..nyumm!!

Cawan Lompang 

Cawan Lompang 

Boleh juga guna daun pandan untuk lompang hijau


Mai sepinggan !!!


Tuesday, 15 October 2013

KETAM SWEET N SOUR

Ketam merupakan makanan laut kegemaran. Apa lagi kalau "King Crab"... tapi kat mana ye boleh dapat King Crab ni????

Pengalaman berjalan-jalan di Tamu Kota Belud memberi peluang menyaksikan pelbagai jenis ketam. Harganya juga murah... yang penting fresh.

Semasa berjalan-jalan di Kota Belud, aku sempat membeli ketam merah dan puas meratah ketam rebus. Berbagai cara masak ketam...  stim,  goreng dan masak lemak, kari, singgang, salut tepung dan  sweet sour.

Ketam siap direbus


Ketam Sweet Sour  kegemaran aku 
Hari ini resepi ketam sweet sour ni aku ikut resepi makan-makan seafood di Carrie Island. 

Jom masak ketam sweet sour !!

Bahan-bahannya:

4 ekor ketam merah/ nipah - dibersihkan dan direbus
1/2  cawan cili sos
1/4 cawan tomato sos
2 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 biji telur ayam
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan  air sejuk
minyak untuk menumis

Cara-cara menyediakannya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan bawang dan kacau hingga kekuningan.
  3. Masukkan cili sos dan tomato sos.
  4. Masukkan air, gula dan garam secukup rasa.  Kacau.
  5. Masukkan telur , ketam dan kacau.
  6. Angkat dan hidangkan.
Pilih ketam yang berat, banyak isinya


Mai Sepinggan !!

Monday, 14 October 2013

BURGER AYAM

Burger! Burger ayam pula kali ni dan pastinya buat sendiri makan sendiri :) 
Mudah, cepat dan sedap....berbaloi-baloi !!
Bahan-bahannya dan cara-cara menyediakannya:

Mesinkan daging ayam 

Aku guna sebanyak 500 gm daging ayam.
Untuk menambahkan perisa burger ini aku masukkan 1 sudu besar lada hitam, 1 labu bawang besar dan 3 ulas bawang putih.
Kemudian masukkan garam secukup rasa. Mesin hingga halus. 

Bila siap mesin - bentukkan bulat dan nipiskan setebal 1cm.

 Tekan untuk leperkannya...

Panaskan minyak dalam kuali, goreng atau bakar burger ayam ini sehingga masak.

Balik-balikkan....


Bakar atau goreng mengikut selera masing-masing


Kepada yang ramai anak, boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam freezer.... bila teringin bila-bila masa boleh buat burger!!


 Bila dah masak, hidangkan dengan  roti atau bun burger dan susunkan sayur-sayurannya:
  • Timun, tomato, bawang holland, daun salad (lettuce)
  • Kalau suka boleh juga letakkan jeruk timun / dill
  • Jangan lupa letak sos-sos yang disukai ; mustad, mayo, tomato sos dan cili sos.


Pilihan roti atau bun, ikut selera masing-masing, boleh guna sesame bun atau whole meal bun.

YummY !!
Note:
Dalam semua  resepiku, aku tidak guna serbuk perasa... ikutlah selera sendiri :)




 "The best burger is at home"

Mai Sepinggan !!




TAUGEH MASAK TUMIS

Salam... hari ini masak sayur  taugeh... seumur hidup kali pertama makan taugeh kacang soya atau taugeh besar  bila bertugas di Setapak Indah minggu lepas.... rupa-rupanya taugeh kacang soya ni lebih sedap daripada taugeh kacang hijau.

Esoknya balik kerja  terus  ke pasar malam  mencari taugeh kacang soya dan memang bertekad untuk masak sayur yang paling senang tapi sedap.

Jom try masak sayur taugeh kacang soya atau taugeh besar tumis..

Taugeh, karot dan sawi
 Bahan-bahannya:

1 mangkok taugeh soya atau  besar dibuang ekor
1/2 batang karot dihiris halus
1 batang sawi cina - boleh guna daun kucai
1 buku fish cake - potong atau fish ball
1 biji cili merah besar
2 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 sudu minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara-cara menyediakannya:

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
  2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih, kacau hingga layu.
  3. Masukkan karot dan kacau hingga lembut.
  4. Masukkan fish cake, sawi, cili merah taugeh serta garam secukup rasa.
  5. Kacau lebih kurang 3 minit.
  6. Angkat dan hidangkan.

Jangan masak terlalu lama atau sampai layu, nanti tak sedap
Agak-agak separuh masak, dia akan crunchy ....
Yummy !!

Wednesday, 9 October 2013

MASAK MINANG - IKAN GORENG BALADO

Hi semua... panet bana sa-minggu indak den masak. Hari ini jom kita masak ikan goreng balado. Hah.. sorry, aku indak bulieh cakap Minang.  

Masak Minang memang ummpph! 

Sadap bana makanan urang awak !!
Jom masak ikan goreng balado ala-ala Minang.

Bahan-bahannya:

3 ekor ikan kerisi ( bersihkan - garam kunyitkannya dan goreng)
 (boleh juga guna ikan tenggiri, ikan cencaru, ikan duri)
10 biji cili merah besar - tumbuk sehingga halus
5 ulas bawang besar - tumuk sehingga halus
2 ulas bawang putih - tumbuk sehingga halus
1 batang serai - ketuk
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara menyediakannya:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang sehingga layu.
  2. Masukkan serai, cili tumbuk dan goreng sehingga masak.
  3. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Angkat dan taburkan di atas ikan goreng.

makan dengan nasi paneh !!


Mai Sepinggan!!



Friday, 4 October 2013

IKAN BAWAL BAKAR

Bawal Bakar... orang kata kalau nak makan bawal bakar yang sedap, pergilah ke Pulau Pinang - Seberang Perai iaitu Ikan Bakar Bertam. Walau bagaimana pun aku rasa tak payah lah pergi jauh-jauh.....kita boleh bakar sendiri kat rumah, lagi hebat.

Jom kita buat ikan bawal bakar !!!

Bahan-bahannya:

2 ekor ikan bawal hitam - yang sedang/ bersihkan
5 sudu besar paste tom yam - sila lihat cara2 buat tom yam paste:
1 kuntum bunga kantan - dihiris-hiris
1 helai daun kunyit - dihiris-hiris
1 keping daun pisang untuk balut ikan 

Lumurkan dengan paste tomyam 

Bakar sehingga masak !

Hidangkan......hmmm enaknya!!

Cicah dengan air asam kaw-kaw!!!



Mai Sepinggan !!



SUP IKAN

Apakah hidangan yang  paling senang dan menyihatkan untuk hari ini?? Sebelum sampai rumah tadi, terbayang-bayang nak merasa sup ikan. Kebetulan dalam peti sejuk masih ada kepala ikan jenahak.... hmm best !!


Sup Ikan kegemaran 

Jom kita masak sup kepala ikan jenahak.  Paling senang dan mudah tapi SEDAP!!

Bahan-bahannya:

1 ekor kepala ikan jenahak dibersihkan dan dipotong 4 
1 batang karot dipotong
2 keping daun kobis (jika suka)
2 batang daun sup
2 batang daun bawang
1 sudu teh lada putih
2 inci halia (dipotong nipis)
2 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
3 sudu besar rempah sup  - aku suka rempah sup Wak Sernan dari Muar 
1 1/2 liter
garam secukup rasa
3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara Menyediakannya:
  1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia.
  2. Kacau sehinggga layu dan masukkan rempah sup dan kacau hingga wangi.
  3. Masukkan kepala ikan dan karot dan masukkan air secukupnya.
  4. Masukkan lada putih.
  5. Masukkan daun kobis serta garam secukup rasa dan biarkan sehingga kois layu.
  6. Tutup api, masukkan daun sup dan daun bawang dan hidangkan.

Kalau tak suka kepala ikan boleh guna isi ikan



Mai Sepinggan !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...