Aku beli premix ni di Bagus dan sangatlah senang nak buatnya.
Percayalah, ianya senang sangat !!
Premix ni dulu RM20 dah jadi RM26.90 |
Bahan-bahannya:
150 gm Bienetta
100 gm almond
20 gm biji bunga matahari
20 gm biji labu
1 sudu bijan putih & bijan nitam
Cara menyediakannya:
- Campur semua bahan di atas.
- Taburkan dengan rata dan nipis di atas tray pembakar yang berlapik.
- Bakar pada suhu 180' selama 10 minit.
- Angkat dan potong semasa ianya panas.
- Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Senangkan?
Dipotong dan disimpan dalam bekas kedap udara |
segi empat atau bulat atau panjang ikut cita rasa |
Crispy and Yummy! |
sekeping tak Cukup!! |
3 keping pun tak mungkin cukup !! |
Mai minum dengan nescafe panas ! |
Enak dimakan depan tv !!! |
Pelbagaikan : Boleh juga gunakan apa-apa kacang yang kita suka, hazel pun okey, juga boleh tambah Chia seeds..
Mai Sepinggan !!
No comments:
Post a Comment