Friday 12 July 2013

BILIS GORENG BERLADA

Salam, bulan puasa ni tetiba banyak pula dapat ikan bilis. Cantik-cantik dan hensem-hensem pulak tu.. Terima kasih adik-adik,  Idah dan Matnin yang bersusah payah menerbangkan bilis dari Kota Belud, Sabah ke Kota Raya Metropolitan Kuala Lumpur.. 

Oppss tidak ku lupa..terima kasih Sai, kerana meredah malam dengan LRT ke 16P4...

Bilis yang sudah dibersihkan

Hari ini kita goreng bilis berlada :)
Jom..

Bilis Goreng Berlada 

Bahan-bahannya:

2 cawan ikan  bilis - dibersihkan dan belah dua - goreng dengan minyak 
1/2 cawan cili mesin
1/4 cawan kacang tanah - goreng dengan minyak 
3 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 helai daun limau purut
1 keping kecil asam gelugor
2 sudu besar gula
minyak untuk menggoreng bilis dan menumis
garam  secukup rasa

Cara menyediakannya:
  1. Panaskan kuali dan goreng ikan bilis sehingga rangup. Angkat dan sejukkan. ( Jangan hangit ya! )
  2. Dalam kuali yang lain, panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis bawang- sehingga kekuningan.
  3. Masukkan cili mesin dan daun limau purut, asam keping dan masak sehingga naik minyak
  4. Masukkan gula - kalau tak suka manis, jangan letak banyak.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Bila cili sudah pekat dan sebati dengan gula, tutup api.
  7. Kacau dan biarkan sejuk seketika.
  8. Masukkan ikan bilis dan kacang yang digoreng tadi dan gaul sehingga rata.
  9. Biarkan ia betul-betul sejuk dan simpan dalam botol kedap udara.

Boleh simpan semingggu lebih :)

Nota:

Kalau suka boleh juga ditambahkan dengan  tempe goreng atau kentang cip 



Mai Sepinggan !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...