Sunday 1 September 2013

LAKSA JOHOR

Hai .. hai..  besok ada jamuan makan Hari Raya di tempat kerja ... aku kena masak Laksa Johor. Aku mula kenal dengan  Laksa Johor bila Kak Pah (Puan Latifah Mahfod) buat laksa Johor ni  semasa rumah terbukanya  di Petaling Jaya suatu masa dulu....

Cantik sungguh gaya dan persembahan hidangannya ... keenakkannya tidak terkata..

Kemudian Cik Hawa Baba pula masak Laksa Johor....walaupun Cik Hawa ni orang Melaka tetapi laksa Johornya sangatlah sedap!!


Sedapnya!!


Begitu lah  aku dapat resepi Laksa Johor ni, memang asli dan memang sedap !

Jom buat laksa Johor...

Bahan-bahan untuk kuahnya:

1 kg ikan kembong direbus dan ambil isi (sedap jika dicampur dengan isi ikan parang)
300 gm udang basah - kupas dan  direbus
1 cawan udang kering - direndam
5 sudu besar rempah kari  ikan 
5 sudu besar cawan pes cili kering
3 batang serai ~ diketuk
1 inci halia ~ mesinkan
1 inci lengkuas ~ mesinkan
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
7 sudu besar kerisik
1/2 kg pati santan
5 keping asam keping (secukup rasa)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara menyediakannya:
  1. Mesinkan isi ikan, udang basah,  udang kering sehingga halus dan ketepikan.
  2. Mesinkan halia, lengkuas, bawang besar dan bawang putih sehingga halus.
  3. Pijarkan minyak dalam periuk dan tumiskan serai rempah kari dan kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan cili mesin, bawang, halia dan lengkuas ~ kacau sehingga masak.
  5. Masukkan isi ikan, pes udang dan udang kering.
  6. Masukkan kerisik, santan pekat dan kacau.
  7. Masukkan asam keping dan garam.
* Jika kuahnya terlalu pekat, tambahkan air panas. (Kuah laksa Johor sepatutnya agak pekat)

Kuah yang ditumis ~ masak sehingga naik minyak

Kerisik ~  jangan lupa masukkan ke dalam kuah 


Masukkan santan dan kacau sehingga masak!

Ulamannya/ Ganish:

1biji timun - dipotong nipis
1 ikat daun kesum - dihiris
100 gm taugeh - dibersihkan dan buang ekornya
2 labu bawang besar - dihiris nipis
100 gm kacang panjang - dihiris
1 kuntum bunga kantan dihiris nipis-nipis
5 biji limau kasturi - dibelah dua dan buang bijinya


Ulam-ulam

Ulam-ulaman yang siap dihiris

Sambal cili:

5 biji cili kering 
1 inci belacan
sedikit garam 

* dimesinkan/ ditumbuk menjadi sambal

sambal
Laksa:
1 paket spaghetti - direbus sehingga lembut, angkat, toskan dan simpulkan.


Toskan speghetti yang sudah direbus

Simpulkan

Susunkan dalam bekas untuk hidangan 

Untuk menghidangkannya:

Hidangkan speghetti  dalam mangkok, letakkan ulam-ulaman, letakkan kuahnya dan jika suka pedas, tambahkan cili serta limau jika suka lebih masam!


Mai Sepinggan!!


3 comments:

  1. MEMANG SEDAP.... TAPI , ...LAKSA JOHOR ADALAH LAKSA YANG PALING SUSAH NAK DI SEDIAKAN. RASA NYA AKAN JADI MACAM-MACAM... LAIN ORANG LAIN JADINYA.

    ReplyDelete
  2. LAKSA JOHOR PALING UNIQUE... RASA AKAN BERBEZA MENGIKUT PEMBUATNYA... MANA NAK CARI YANG ORI.????

    ReplyDelete
  3. MEMANG SEDAP.... TAPI , ...LAKSA JOHOR ADALAH LAKSA YANG PALING SUSAH NAK DI SEDIAKAN. RASA NYA AKAN JADI MACAM-MACAM... LAIN ORANG LAIN JADINYA.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...