Tepung Pelita ku tak lah cantik sangat , namun kira kira dah jadi bila tengok rupa dan rasanya hmm tak perlu beli dari kedai.... !!
Tepung pelita yang sedap! |
Sekali rasa pasti tak lupa.. |
Jom buat tepung pelita...
Bahan-bahannya:
Daun pisang ( untuk buat kelongsong - 5 incix 2.5 inci)
lidi pencucuk / boleh stepler (?)
Lapisan bawah:
2 cawan santan cair
1/2 cawan jus pandan
1/4 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung beras
pewarna hijau
garam secukup rasa
Lapisan atas:
3 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung gandum
Cara menyediakannya:
- Buat kelongsong untuk tepung pelita daripada daun pisang.
- Bancuh 2 cawan santan cair dengan tepung beras bersama 1/4 cawan gula pasir dalam periuk.
- Masukkan jus pandan dan sedikit pewarna hijau.
- Kacau di atas api sehingga masak lebih kurang 15 minit.
- Masukkan 1 camca teh gula ke dalam setiap kelongsong daun pisang itu.
- Tuangkan bancuhan tadi lebih kurang 2 cm tinggi - Kukuskan.
- Bancuh 3 cawan santan pekat dengan tepung gandum dan garam.
- Masakkan bancuhan ini sehingga masak dan pekat.
- Tuangkan bancuhan tadi ke atas lapisan pertama dan biarkan set.
- Sejukkan sebelum menghidang.
Mai Sepinggan !!
No comments:
Post a Comment