Thursday, 15 November 2012

BERGEDEL DAGING

BERGEDEL - bahan utama untuk bergedel ialah kentang. Ada bermacam variasi bergedil ; bergedel daging, bergedil ayam, bergedel  udang, bergedil jagung, bergedel tahu, bergedil sayuran.... apa saja boleh asalkan suka!


Bergedel Daging

Kalau sebut saja bergedel, di rumah aku  lima atau enam  biji  memang tak cukup.... mesti kena buat banyak-banyak baru berbaloi. Bergedel boleh dimakan begitu saja bersama cili sos atau dimakan sebagai lauk bersama nasi, atau dengan soto atau diisi dalam roti seperti falafil... enak !!

Nak buat bergedel  juga ada macam-macam cara... setengah orang suka kentang digoreng... ada yang suka kentang direbus...aku suka kentang untuk bergedel ni direbus- sebabnya tak mau dua kali goreng.

Kalau kita beli bergedel dari kedai, kadang-kadang ada gerai atau restoran yang guna ayam atau daging  recycle, minyak recycle, atau ada yang keras boleh baling ke dinding...jadi, kalau nak makan sedap & sihat... jom kita buat bergedel sendiri di rumah. Murah, Simple, Sedap & Sihat !!



Bahan-bahan:

8 biji kentang ( kupas,  rebus dan lenyek)
200 gm daging kisar
2 tangkai daun sup (hiris)
2 tangkai daun bawang (hiris)
3 sudu besar bawang goreng
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
1 sudu kecil lada putih (ditumbuk kasar)
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
3 biji telur untuk salut

Bergedel - Bentukkan ikut selera sendiri
Cara:
1. Campurkan semua bahan - kentang, bawang goreng, daging kisar, daun bawang, daun sup, serbuk lada, garam. Gaul sehingga sebati.
2. Bentukkan seperti bola (saiz- ikut kesukaan)  dan leperkan sedikit.
3. Panaskan minyak di kuali.
4. Pukul telur (letakkan sedikit garam)
5. Sadurkan bergedel tadi dengan telur & goreng dengan api sederhana.
6. Bila bergedel menjadi kekuningan , angkat dan sejatkan minyaknya.
7. Hidangkan bersama cili sos.


Bergedil -nyum !   nyum!






mai sepinggan !


9 comments:

  1. Kadang2 pola klu saya buat bergedil ostrich boleh sbb sye kt South Africa. Mmng bnyk daging ostrich

    ReplyDelete
    Replies
    1. Steven Spielberg cerita kat i dia pernah buat bergedil Dinosaur !!

      Delete
  2. Masak ke daging tu nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan bimbang... goreng dengan minyak panas sure masak... goreng dengan minyak sejuk pasti tak masak :)

      Delete
  3. Bergedil tu klau buat bentuk lain..namanyer bergedil jga ke..or berdegil

    ReplyDelete
  4. Bergedil tu klau buat bentuk lain..namanyer bergedil gak ke..or berdegil

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...