Wednesday, 7 November 2012

AYAM PANSUH


Ayam Pansuh merupakan hidangan yang biasanya dihidangkan oleh masyarakat Iban  di Sarawak, Malaysia. Ianya  merupakan sejenis masakan iaitu  ayam dimasak di dalam buluh bersama bahan-bahan  dengan sedikit air (yang kemudiannya akan menjadi sup), perasa dan ditutup dengan pucuk ubi kayu. Pucuk ubi ini kemudian boleh  dihidangkan dan dimakan bersama-sama dengan ayam serta nasi. Ayam Pansuh ini merupakan hidangan utama semasa  perayaan kaum Iban dan Bidayuh di  Sarawak.

Semasa aku melawat Sarawak, hidangan ayam Pansuh ini disediakan sendiri oleh Belaja dan isterinya Nur. (Sori dik, akak masih boleh guna nama ini kan??)..

Tak dapat digambarkan betapa gembiranya perasaan ini, dapat merasa masakan Chef  Belaja, adik aku !! 

Mengikut Belaja.... " akak... orang Iban makanan mereka semua rebus-rebus.. tak ada yang goreng! Saya mula-mula sampai Perlis dulu (1980 - tingkatan satu di sekolah  Perlis) makan telur goreng... aduih... first time rasa telor goreng!"

Orang-orang Iban sihat-sihat dan kuat belaka.... tak macam orang-orang yang suka sangat dengan KFC, McD dan macam-macam fast food... atau kari- kari- masak lemak..

Jadi hari ini jom  kita cuba ayam pansoh!!  Jom Sihat !!



Bahan-bahan:

1 ekor ayam
3 batang serai
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
garam secukup rasa
Pucuk ubi kayu yang muda
Buluh mengikut ruas ( seperti buluh lemang)



Ayam Pansuh : Bahan-bahan
ayam, pucuk ubi, halia, serai  & umbut(?)


Cara: 


1. Bersihkan ayam potong kecil-kecil. , pucuk ubi.
2. Ketukkan serai, halia,  bawang putih, bawang merah. 
3.  Perapkan ayam dengan bahan-bahan yang diketuk tadi.
4.  Masukkan ayam ke dalam buluh, sedikit air  dan akhir sekali tutup dengan pucuk ubi.
5. Bakar di atas bara api. 
6. Bila masak angkat & hidangkannya


Masukkan ayam dan bahan kedalam buluh 



Hati-hati jangan terbakar buluh pulak.




Pusing/ balikkan buluh agar masak sekata




AYAM PANSUH - SEDAPPPP / NYAMAI !!!!





pakar ayam pansuh 

Mai Sepinggan!
dah makai ke bedau?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...