Thursday, 15 November 2012

BEE HOON - MEE HOON SUP KUNING ( UTARA)

Bee Hoon Sup!!!!
Orang Utara macam  orang Perlis & Kedah tak sah kalau bee hoon sup dia tak berwarna kuning. Bee Hoon sup ni tak ada  kat negeri lain... kalau ada pun tak serupa !!

Meehoon Sup Utara
Banyak-banyak aku berjalan pi mai- pi mai, memangla bee hoon sup ni  best ! SIMPLE & BEST !! Awat tak simple nya,  dia hanya pakai sup, daging, cabai, lobak asin, daun sup + daun bawang.  Kalau makan kat gerai di Perlis atau Kedah boleh oder yang biasa atau special.  Kalau order  yang special depa akan letak banyak daging. Setakat ni yang aku pernah makan, bee hoon sup yang sedap ni kalau di Kedah ialah kat Kuala Nerang, gerai depan hospital Kuala Nerang.... tak tau ada lagi dak.

Kalau di Perlis pulak, kalau nak pekena Bee Hoon Sup ni boleh pi di Kedai  Dan di Simpang Empat Syed Kassim. Woww... mintak yang special.... kadang-kadang kalau nasib baik dia letak daging bakar. Best!!



Bee Hoon Sup Utara (Mee Hoon)
Biasanya Bee Hoon sup ni kalau di rumah, orang disediakan  semasa hari raya terutamanya pada Hari Raya Haji / Korban....

Esok aku kena buat Bee Hoon sup kuning ni... sebabnya, ada kawan Cik Gu Nor Hashimah bertukar balik mengajar di Pulau Pinang...Dah lama dia minta aku buat  nak makan tapi tak jadi-jadi sampailah dia nak pindah.... hu hu hu... hu hu hu !!!!

Bahan-bahannya:
Sup :

1 kilo daging ( aku suka daging betis + campur dengan 2 kg tulang rusuk @ gear box)
6 sudu besar rempah sup ( boleh guna sup bunjut - 4/5 bunjut)
6 ulas bawang merah & bawang putih ditumbuk
1 inci  halia ditumbuk
garam secukup rasa


Pelengkap:

6 tangkai daun bawang - hiris
6 tangkai daun sup - hiris
lobak asin - dipotong dadu
bawang goreng

Cili mesin / serbuk cili - ditumis dan dijadikan pes


1 bungkus bee hoon - rendam dan letakkan 2 sudu besar kunyit serbuk - dicelur

Pelengkap untuk Mee Hoon sup utara
Cara-Cara:

1. Rebuskan daging & tulang dengan air secukupnya bersama bahan-bahan untuk sup  sehingga daging lembut dan letakkan garam secukup rasa. Angkat daging dari sup bila sudah lembut dan hiris nipis-nipis.
2. Hidangkan  panas-panas - letakkan mehoon, hirisan daging, daun sup, daun bawang, lobak asin, sup panas dan bawang goreng.








Mai Sepinggan !!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...