Tuesday, 3 September 2013

MEE GORENG

Mee goreng mamak? Atau Mee basah??? Bila lalu depan kedai makan/ restoran mamak masa dia tengan goreng mee.. aduhai tak tahan sungguh bau mee gorengnya.

Hari ini kita buat mee goreng, Mamak ke  Melayu ke tak penting... yang penting masak sendiri sedap dan bersih!

Mee Goreng SEDAP!!
Apa yang penting bagi aku, kalau masak mee goreng aku  sungguh-sungguh tak suka kalau rencah yang dimasukkan ialah isi ayam, hati ayam serta empedal ayam. Tak Sedap!

Jom kita masak mee goreng!

Bahan-bahannya:

2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 ulas bawang merah - ditumbuk
1 sudu besar pes cili kering
1 sudu besar kicap pekat manis
4 sudu besar sos tomato
200 gm udang basah sederhana besar
200 gm sotong - dibersihkan dan dipotong
200 gm daging - dibersihkan dan dihiris
200 gm sawi - dibersihkan dan dipotong
1 biji tahu - digoreng dan dihiirs
100 gm taugeh
1 biji tomato - dipotong 4
500 gm mee kuning
1/2 cawan stock daging
2 biji telor
garam secukup rasa
minyak untuk menumis secukupnya

Hiasan:
4 biji limau kasturi
bawang goreng secukupnya

Cara menyediakannya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan merah.
  2. Masukkan pes cili kering dan kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau sehingga  masak.
  4. Masukkan udang dan sotong dan kacau sehinggamasak.
  5. Masukkan mee kuning dan masukkan kicap serta sos tomatodan stock daging.
  6. Masukkan garam, tomato, tahu, telor, sawi, taugeh dan balik-balikan.
  7. Angkat dan hidangkan.

Mai Sepinggan !!

Sunday, 1 September 2013

LAKSA JOHOR

Hai .. hai..  besok ada jamuan makan Hari Raya di tempat kerja ... aku kena masak Laksa Johor. Aku mula kenal dengan  Laksa Johor bila Kak Pah (Puan Latifah Mahfod) buat laksa Johor ni  semasa rumah terbukanya  di Petaling Jaya suatu masa dulu....

Cantik sungguh gaya dan persembahan hidangannya ... keenakkannya tidak terkata..

Kemudian Cik Hawa Baba pula masak Laksa Johor....walaupun Cik Hawa ni orang Melaka tetapi laksa Johornya sangatlah sedap!!


Sedapnya!!


Begitu lah  aku dapat resepi Laksa Johor ni, memang asli dan memang sedap !

Jom buat laksa Johor...

Bahan-bahan untuk kuahnya:

1 kg ikan kembong direbus dan ambil isi (sedap jika dicampur dengan isi ikan parang)
300 gm udang basah - kupas dan  direbus
1 cawan udang kering - direndam
5 sudu besar rempah kari  ikan 
5 sudu besar cawan pes cili kering
3 batang serai ~ diketuk
1 inci halia ~ mesinkan
1 inci lengkuas ~ mesinkan
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
7 sudu besar kerisik
1/2 kg pati santan
5 keping asam keping (secukup rasa)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara menyediakannya:
  1. Mesinkan isi ikan, udang basah,  udang kering sehingga halus dan ketepikan.
  2. Mesinkan halia, lengkuas, bawang besar dan bawang putih sehingga halus.
  3. Pijarkan minyak dalam periuk dan tumiskan serai rempah kari dan kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan cili mesin, bawang, halia dan lengkuas ~ kacau sehingga masak.
  5. Masukkan isi ikan, pes udang dan udang kering.
  6. Masukkan kerisik, santan pekat dan kacau.
  7. Masukkan asam keping dan garam.
* Jika kuahnya terlalu pekat, tambahkan air panas. (Kuah laksa Johor sepatutnya agak pekat)

Kuah yang ditumis ~ masak sehingga naik minyak

Kerisik ~  jangan lupa masukkan ke dalam kuah 


Masukkan santan dan kacau sehingga masak!

Ulamannya/ Ganish:

1biji timun - dipotong nipis
1 ikat daun kesum - dihiris
100 gm taugeh - dibersihkan dan buang ekornya
2 labu bawang besar - dihiris nipis
100 gm kacang panjang - dihiris
1 kuntum bunga kantan dihiris nipis-nipis
5 biji limau kasturi - dibelah dua dan buang bijinya


Ulam-ulam

Ulam-ulaman yang siap dihiris

Sambal cili:

5 biji cili kering 
1 inci belacan
sedikit garam 

* dimesinkan/ ditumbuk menjadi sambal

sambal
Laksa:
1 paket spaghetti - direbus sehingga lembut, angkat, toskan dan simpulkan.


Toskan speghetti yang sudah direbus

Simpulkan

Susunkan dalam bekas untuk hidangan 

Untuk menghidangkannya:

Hidangkan speghetti  dalam mangkok, letakkan ulam-ulaman, letakkan kuahnya dan jika suka pedas, tambahkan cili serta limau jika suka lebih masam!


Mai Sepinggan!!


Friday, 30 August 2013

TRIFLE

TRIFLE - pemanis mulut / dessert yang digemari dan sangat ku suka kerana kesedapannya dan kecantikannya. Lapis dan lapis kek, kastad, krim , jelly dan buah....


Owhhhhh ... sangat la cantik dan trifle merupakan antara dessert yang paling aku suka buat.


Kalau suka kiwi atau strawberry atau pilihlah buah-buah tempatan yang disukai..


Aku suka guna jelly strawberry atau raspberry kerana warnanya yang terang !!


Bila nak decorate trifle ini, aku suka gunakan buah-buahan segar yang berwarna-warni. Strawberry, peach, mangga, limau, kiwi... dan apa-apa je buah...rambutan pun ok. Untuk keknya aku suka guna swissroll strawberry sebab warna merahnya yang cantik..


Susun dengan rapi dan lapiskan...

Jom, kita buat trifle...

Bahan-bahannya:

1 biji swissroll - dipotong-potong 1cm (aku suka perasa strawberry )
1 tin Nestle krim
1 tin buah peach
2 paket jelly

Untuk kastad:
1/2 cawan gula - jika suka manis boleh tambah
1 tin susu ideal (lebih kurang 2 cawan)
1 cawan juice peach
2 1/2  cawan air

Cara menyediakannya: 

  1. Susunkan kek dalam bekas/ kaserol yang polos.
  2. Sediakan kastad- campurkan semua bahan untuk kastad dan masak sehingga pekat  - ketepikan.
  3. Tuangkan kastad ke atas kek dan biarkan beku sebentar.
  4. Masakkan jelly tadi  dengan 3 cawan air dan tuangkan ke atas kastad.
  5. Apabila beku, sapukan di atas jelly dengan dengan krim Nestle.
  6. Susun buah peach di atas krim tadi dengan cantik dan kemas.
  7. Sejukkan di dalam peti ais.
  8. Apabila  sejuk keluarkan dan hidangkan.
Mudah sangat.... hari ini aku buat trifle ini untuk sambutan hari MERDEKA!!!


Mai Sepinggan !!




Wednesday, 14 August 2013

KERABU MANGGA (THAI)

Kerabu mangga! Ada macam-macam cara buat kerabu mangga dan yang paling mudah ialah kerabu mangga stail Siam. Kalau jadi orang "sempadan" mesti kena tahu cara nak buat kerabu mangga ni. Kadang-kadang dipanggil kerabu darat.


Kerabu mangga
Jom buat kerabu mangga.

Bahan-bahannya:

1 biji mangga muda - dikupas dan diparut
1 sudu besar udang kering - digoreng dan ditumbuk
1 kuntum bunga kantan - dihiris halus
1 batang serai - dihiris halus
1/2 labu bawang besar di potong nipis
1 helai daun limau purut - dihiris halus
5 biji cili padi - jika takut pedas  gunakan cili besar
2 sudu besar kacang tanah - digoreng 
* jus limau nipis jika mangga kurang masam

Cara menyediakannya:

  1. Masukkan mangga yang diparut dalam mangkuk adunan.
  2. Masukkan bunga kantan, serai, udang kering, bawang , daun limau purut.
  3. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan kacang dan cili padi.
  5. Hidangkan.

Kalau tak cukup masam, perahkan air limau nipis




Mai Sepinggan !!


Tuesday, 30 July 2013

FLORENTINE

Florentine ... mmm, diperkenalkan dalam kelas baking tahun lepas, tapi malas nak buat.. tetiba nak raya dapat mood baru untuk buat sendiri.

Aku beli premix ni di Bagus dan sangatlah senang nak buatnya.

Percayalah, ianya senang sangat !!

Premix ni dulu RM20 dah jadi RM26.90 
Jom ber- Florentine!! 

Bahan-bahannya:

150 gm Bienetta 
100 gm almond
20 gm biji bunga matahari
20 gm biji labu
1 sudu bijan putih & bijan nitam

Cara menyediakannya:
  1. Campur semua bahan di atas.
  2. Taburkan dengan rata dan nipis di atas tray pembakar yang berlapik.
  3. Bakar pada suhu 180' selama 10 minit.
  4. Angkat dan potong semasa ianya panas.
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Senangkan? 

Dipotong dan disimpan dalam bekas kedap udara 

segi empat atau bulat atau panjang  ikut cita rasa

Crispy and Yummy!

sekeping tak Cukup!!
3 keping pun tak mungkin cukup !!

Mai minum dengan nescafe panas !

Enak dimakan depan tv !!!


Pelbagaikan : Boleh juga gunakan apa-apa kacang yang kita suka, hazel pun okey, juga boleh tambah Chia seeds..


Mai Sepinggan !!




Monday, 29 July 2013

KUEY TEOW GORENG

Kuey Teow goreng - kegemaran keluarga.... alangkah puasnya hati jika dapat masak kuey teow untuk keluarga. Resepi turun temurun, biasanya tak ada pantang larang apa pun kuey teow ni.. makan pagi, makan tengah hari, makan malam.....

Ini adalah resepi kuey teow goreng pilihan keluarga ku...



Kuey Teow Goreng 


Bahan-bahannya: 

350 kuey teow goreng - dileraikan 
2 batang sawi - dipotong
5 batang kucai
6 ekor udang basah (aku guna saiz sederhana)
50 gm kerang
1 keping fish kek
1/2 cawan taugeh
2 sudu cili kering yang ditumis menjadi pes
2 biji telur
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk 
2  sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
4 sudu besar kacang tanah yang ditumbuk halus

Cara menyediakannya:

  1. Panaskan kuali, tumis bawang yang sudah ditumbuk sehingga kuning.
  2. Masukkan pes cili, udang dan kerang, kacau hingga masak.
  3. Masukkan kuey teow dan sawi dan kacau.
  4. Perasakan kicap pekat dan kicap cair.
  5. Masukkan telur dan kacau.
  6. Masukkan kacang tanah, taugeh dan sawi. 
  7. Kacau hingga sebati.
  8. Angkat hidangkan  hidangkan panas-panas...


Mai Sepinggan !!




Monday, 22 July 2013

SUSHI

Nak cari sushi halal memang susah... cari punya cari di Mid Valley, nampak sos dan tahunya yang dijual di Jusco Mid Valley ada tanda halal JAKIM. Hah, apa lagi, bila balik rumah sehari semalam meng "google" mencari resepi yang mudah dan senang diikut...rupa-rupanya kat kampit beras dah ada tertera resepinya!

Akhirnya... terciptalah sejarah membuat sushi buat pertama kali di16P4...

Beginilah resepinya yang aku ikut daripada beras cap Sumo (Calrose Rice)


Beras Jepun 
Bahan-bahannya:

1 cawan beras Sumo Calrose 
2 cawan air

* Masakkan dalam Rice cooker dan apabila masak, biarkan selama 10 minit.

Sumo calrose rice

Cara menyediakan Hand-rolled Sushi:


1. Campurkan 3 cawan nasi beras Jepun dengan sos perasa (cuka dicampur gula)

2. Sendukkan nasi dan ratakan di atas kepingan nori
3. Letakkan kepingan salmon, zuchini atau apa-apa sayuran yang digemari

4. Gulungkan sushi menjadi bentuk selinder

5. Potong sehingga selesai 
Sedap!


Cantik 


5. Isikan nasi Calrose ke dalam tahu Jepun dan letakkan salmon atau telur dadar

Susun dan hidangkan 

Hidangkan bersama sos sashimi

Sos sashimi, wasabi dan jeruk halia



Mai Sepinggan !!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...