Ha ha ha... pening juga kepala kerana bukan senang nak modify resepi.
Selepas beberapa percubaan, akhirnya aku dapat satu resepi yang perfek!!
Puding Cendol yang sedap |
Untuk Lapisan Bawah (Gula Merah)
800 ml air
300 gm gula merah
400 ml santan pekat
15 gm agar-agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam
Cara menyediakannya:
- Masakkan gula merah dengan sedikit air ( gunakan 300ml daripada 800ml)
- Apabila hancur, angkat dan tapiskan air gula.
- Masukkan air gula merah, baki air dan agar-agar ke dalam periuk.
- Masakkan hingga mendidih.
- Pukul kuning telur di dalam santan.
- Tuangkan santan ke dalam adunan, masukkan garam.
- Biarkan mendidih sekejab, angkat dan tuangkan kedalam loyang 10x10".
- Sejukkan.
500 ml air
180 gm gula pasir
300 ml santan pekat
10 gm agar-agar powder
500 gm cendol
sedikit garam
Cara menyediakannya:
- Masakkan air, agar-agar powder dan gula pasir sehingga mendidih.
- Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
- Masukkan cendol. Kacau perlahan-lahan selama 2/3 minit.
- Angkat. Tuangkan adunan di atas lapisan gula merah dan sejukkan.
- Apabila beku dan sejukkan di dalam peti ais.
- Keluarkan, potongkan dan hidangkan sejuk-sejuk.
Nyum..Nyum.. |
Mai sepinggan !!
Minta izin nak resepi puding cendol....:-P
ReplyDelete:) silakan
Delete