Kalau orang utara panggil cucoq .. ada cucoq jemput-jemput pisang... ada jemput-jemput manis @ tepung atau kadang-kadang orang panggil cucoq bom.
Kalau nak buat cucoq, paling pandai kak CHAQ la... memang bagus punya.
Minggu lepas dia mai ke 16P4 sambil bersembang dok tak dok, tengok-tengok siap dah cucoq ini..
Jemput-jemput manis |
6 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 bungkus yis mauripan
1/2 cawan air suam untuk melarutkan yis
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
Cara menyediakannya:
- Larutkan yis dengan air suam.
- Ayakkan tepung gandum, masukkan gula dan garam secukupnya.
- Masukkan larutan yis dan sedikit air sehingga menjadi adunan yang pekat.
- Perapkan setengah jam sehingga adunan naik.
- Gorengkan dalam minyak banyak.
- Angkat, toskan dan hidangkan ....
Adunan tepung yang siap untuk digoreng |
Minyak yang bersih aromanya sedap... |
Toskan untuk menghilangkan lebihan minyak |
Mai sepinggan !!
No comments:
Post a Comment