Monday, 25 March 2013

IKAN PARI MASAK ASAM PEDAS TUMIS

Asam Pedas !!
Kalau di utara  semenanjung asam pedas biasanya direbus. Di selatan semenanjung pula asam pedas ditumis.  Bila cerita tentang asam pedas tumis, yang paling popular tidak lain dan tidak bukan ASAM PEDAS MELAKA. 

Terdapat berbagai-bagai cara orang masak asam pedas tumis ini. Ada yang masukkan bunga kantan - daun kesom, jintan manis..... berbagai-bagai! Bila aku bercerita dengan kawan dari Melaka, Haslina, dia kata kalau ikut resepi emaknya, tak ada dimasukkan bunga kantan atau daun kesom.

daripada pelbagai resepi yang aku cuba, akhirnya aku buat kesimpulan - aku olah semua dan jadikan nya mengikut citarasa aku ... terbaik !!

Jom masak Ikan Pari masak Asam Pedas...



Ikan pari masak asam pedas
Bahan-bahannya:

500 gm ikan pari - dibersihkan & dipotong
3 sudu besar minyak untuk menumis
700 ml air @ jika mau  pekat kurangkan  
1 batang serai - diketuk
2 sudu besar air asam jawa
garam & gula secukup rasa
6 ulas bawang - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 cm halia - tumbuk
1 cm belacan -tumbuk
2 cawan cili kering mesin
7 biji kacang bendi 
Daun kesum & bunga kantan jika suka

Cara-cara memasaknya :

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga kekuningan.
  2. Masukkan cili dan kacau hingga naik minyak.
  3. Masukkan serai dan air, air asam jawa dan ikan pari.
  4. Masukkan garam & gula secukup rasa.
  5. Masukkan kacang bendi, daun kesum & bunga kantan jika suka.
  6. Masak sehingga mendidih dan pekat.
  7. Angkat dan hidangkan.

Masak jangan sampai bendi hancur

Mai Sepinggan !!


10 comments:

  1. sy dok melaka pun pantang dengau mana2 restoran asam pds best..trus terjah... asam pds mmg best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL !!!Asam Pedas Melaka memang best!

      Delete
  2. BERAIR MULUT DEN NI POSE POSE HUHUHU

    ReplyDelete
  3. Yeah! Menu berbuka hari nie asam pedas ikan pari resepi blog nie. Nie tugasan dari mak mertua sblm dia berangkat balik beraya di kelantan. Dia bg ikan pari dua ketul besar suh masak hr isnin sbb gua cuti. dah siap masak boleh pas seketul pada kakak ipar yg tinggal x jauh dari rumah gua... wahhhhh hebat menantu lelaki Ma neh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah yang emak mertua sayang sangat2 tu :)

      Delete
  4. Boleh dicoba nih, keep sharing :)

    ReplyDelete
  5. Asam pedas ni diantara makanan kegemaran saya.. Klu di campur dgn daun limau purut pn sedap.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...