Saturday, 15 December 2012

CURRY PUFF - KARIPAP - CURRY PUFF



Menu minum petang hari ini ialah dengan Karipap....... pakar buat karipap ini dulunya ialah dik Na. Dia buat karipap untuk jualan.... karipap yang dia buat rangup dan banyak inti. Biasanya kalau kami balik kampung, sarapan pagi dengan karipap dan kueh-mueh yang dibuat dik Na.

Anak aku pulak pelik sikit, minta buat karipap yang tak letak inti (?)... Kalau ada inti,  dia akan korek semua inti dan makan kulit nya saja... adui!!


Pilihla je nak inti apa, daging? ayam? telur? kentang..?




Karipap inti daging

Jom buat karipap!

Bahan-bahan:


Kulit karipap


(A)
1/2 kilo tepung gandum
50 g tepung beras (anggaran dalam satu senduk penuh nasi)
50 g tepung ubi (anggaran dalam satu senduk penuh nasi)

(B)
2 - 4 Sudu makan marjerin atau butter juga boleh digunakan - dicairkan
1/4 cawan minyak masak

Garam secukup rasa
Air suam untuk menguli - yang telah dicampur garam diatas

Cara-caranya:

  1. Ayakkan kesemua bahan A ke dalam mangkuk  adunan.
  2. Masukkan bahan (B) dan digaul rata/sebati sehingga menjadi seperti serbuk roti yang halus.
  3. Uli adunan serbuk roti tadi,  masukkan sedikit demi sedikit air suam yang bercampur garam ke dalam adunan sehingga menjadi doh lembut dan kenyal. 
  4. Pastikan ianya tidak melekit di tangan dan dinding bekas adunan, jika melekit tambah sedikit tepung dan diuli sedikit.
  5. Rehatkan doh tadi selama lebih kurang 1/2 jam dengan menutup bekas dengan kain maslin.
  6. Keluarkan adunan uli sekejab,  terapkan.
  7. Letakkan inti dan goreng dengan api sederhana.


Intinya:



100 gm daging @ ayam @ udang - basuh, cincang dan perasakan 

2 biji kentang - potong dadu
2 sudu besar serbuk kari daging - bancuh dengan sedikit air menjadi pes
1 ulas bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang merah - mayang / tumbuk
1 tangkai daun kari
2 sudu besar minyak masak
1/4 cawan air sejuk 
garam secukup rasa





Caranya:


  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah sehinggga kekuningan.
  2. Masukkan daging, kentang dan air, masak   sehingga empuk.
  3. Masukkan daun kari dan pes kari dan kacau sehingga masak.
  4. Angkat dan sejukkan. 

Nota: 

Semasa menggoreng pastikan minyak tidak terlalu panas kerana ia akan menjadikan kulit karipap menggelembong & tidak cantik. 




Mai Sepinggan !!

Selamat Mencuba & Jangan Putus Asa...

BURUNG PUYUH GORENG KUNYIT

Hai... hari ini nak masak apa pula ya?? Pagi-pagi tadi pergi  pasar tani nampak orang jual burung puyuh.... gemuk-gemuk juga  fresh - bukan frozen punya!! Tiga ekor RM12.... 



3 ekor RM12 siap disembelih

Orang kata burung puyuh ni sangat berkhasiat kerana ianya kurang lemak dan rendah kolestrol. Dagingnya juga halus dan manis... Nak masak apa dengan burung puyuh ni??? Tak payah  susah-susah.... goreng kunyit pun dah cukup sedap.... 


Daging puyuh goreng berkunyit

Jom kita buat goreng burung puyuh berkunyit hari ini ..

Bahan- bahannya:-

4 ekor burung puyuh - potong 4 & bersihkan
garam secukup rasa
1 1/2 sudu besar  serbuk kunyit 
1 sudu teh jintan manis - tumbuk 
2 labu bawang besar - potong bulat
2 biji chili besar merah - potong serong
minyak untuk menggoreng 

Cara memasaknya:-
  1. Perapkan daging burung puyuh dengan garam, kunyit dan serbuk jintan manis.
  2. Panaskan minyak dalam kuali & goreng sehingga kekuningan.
  3. Gorengkan bawang besar  & cili besar.
  4. Angkat & hidangkan.

Mudah & lazat 

Mai Sepinggan !!


 Burung puyuh burung taktibau 
Terbang tinggi  si burung bayan,
Di dalam kilat ada kilau,
Rupanya awan  mengandung hujan..

                                                              - Pantun Melayu

Friday, 14 December 2012

SAMBAL BELACAN & ULAM @ ULAMAN

Sambal Belacan ! Sambal belacan sedap dimakan jika bersama ulam-ulaman. 
Ulam - merupakan  juadah yang dimakan bersama nasi berserta  sambal samada sambal belacan, budu, sambal tempoyak, cencaluk  atau apa-apa sambal mengikut selera masing-masing.

Biasanya ulam-ulam ini diambil  dari pucuk-pucuk kayu, daun, batang, umbut, biji, buah dan bunga. Ulam-ulam ini boleh dimakan mentah atau direbus, direbus, dicelur, distim.

Kalau zaman dulu,  ulam-ulaman ini mudah didapati di kampung-kampung tapi  zaman la ni, kat semua pasar tani di bandar-bandar pun senang nak dapat ulam-ulam ni.. Sebut ja, nak apa - dari timun, kacang botol, petai, jering, daun selom, pucuk gajus, pucuk ubi, lempun... semuanya ada...

Malah kat Birmingham pun ada buah kedondong ( buah mera), Masa aku jalan-jalan kat San Diego buah petai  pun ada... 


Buah Petai - boleh dibakar @ rebus @ ulam mentah 


Ulam mentah- timun, daun selom,
 pucuk pegaga & umbut lempun


Kacang kelisa/botol, pucuk putat,
daun turi, chili padi, cili putih (lada putih)



Timun, tomato, daun salad, cili hijau 



Sambal Belacan & Sambal kuinin @ bachang 
Jom Bersambal - Sambal Belacan & Sambal Kuini.


Bahan- Bahan:

4 biji cili besar merah
5 biji cili padi
garam secukup rasa
jus air asam jawa @ jus limau nipis

Cara:1. Bakar belacan & buang biji cili.
2. Tumbuk cili dan belacan hingga lumat
3. Gaulkan dengan jus limau @ jus asam jawa , garam.
4. Hidangkan bersama ulam-ulaman.


Nota:

Kita boleh pelbagaikan sambal ini dengan letakkan buah kuini @ bacang @ belimbing buluh @ mangga muda bersama sambal ini.

Caranya - mudah saja, cincang atau parut buah-buah yang masam dan digaul dengan sambal tadi.



Mai Sepinggan!
Tersiut-siut pedas  Sambal Belacan....








SIPUT MENTARANG - SAYUR MANIS MENTARANG

Hi... apa khabar semua? Agak lama tak bercerita pasal masak-memasak.  Sementara tak ada kerja sepanjang November dan Disember ini, ke Perlis la kita, apa lagi??

Sampai saja Perlis, tumpuan utama mestilah pi ke NAT. Ada banyak NAT di Perlis seperti Nat pokok Getah Pauh (Ahad), Nat Simpang Empat (Selasa & Khamis), Nat Arau (Isnin), Nat Jejawi (Sabtu), Nat Wang Klian (Ahad), Nat Mata Air dan,  pi lah ke pekan-pekan  di Perlis mesti ada NAT.

He he he.. apa dia NAT? Nat King Cole pulakk.... Sebenarnya NAT ini ialah pasar pagi... Atau kalau kat Sabah depa kata Tamu.  Di Nat ni orang-orang kampung, peniaga semua keluar bawa barang-barang jualan depa untuk dijual - semuanya fresh - segar bugar & harganya murah....

Di Nat Pokok Getah, Pauh ni aku berjumpa dengan siput MENTARANG, sekilo empat ringgit saja.... besar! Ramai orang tak kenai siput mentarang ni. 




Sepinggan RM4 @ sekilo
Mentarang ini siput yang hidup di kawasan pantai berlumpur (selut) seperti di Perlis atau Sabak Bernam. Orang pungut mentarang ni biasanya waktu air laut surut. 

Siput Mentarang ni biasanya kita masak rebus saja atau bakar... sedap tau! 



Bersihkan - Belahkannya & basuh

Jom kita masak Sayur Manis Siput Mentarang dengan Bayam!



Bahan-bahannya:

1 kilo Siput Mentarang - bersihkan
1 ikat bayam - disiangkan 
1 biji petola - disiang & dipotong
2 ulas bawang merah - dimayang 
1 batang serai - diketuk 
500 liter air
garam secukup rasa





Cara-cara:

1.  Masukkan siput mentarang yang telah dibersihkan kedalam periuk.
2.  Masukkan air, petula, bawang, serai  dan bayam serta garam secukup rasa.
3.  Apabila  mendidih dan semua sayur masak atau lembut tutup api.
4. Angkat dan hidangkan.








Mai Sepinggan !!

Thursday, 6 December 2012

BAKED COD



Switching away from MALAYSIAN DISH  is mind boggling how an

 Alaskan White Cod can tease your taste bud.  

Although plain looking , steam or bake with young ginger, garlic,  pepper and 

salt - this can turn into the  conversation piece in your dining hall for a week. 

Have it the  Malay's way with Kicap Kipas Udang and chilli padi!
Habhal's Kicap Cap Kipas Udang @ Sweet Soy Sauce)  


Cod Steak & Fillet

Baked Alaskan Cod

Cod fillets - about 1-inch thick at top

About 2 tbsp oil - extra virgin olive oil is always the best/ palm oil 

Salt & pepper to taste

2 large cloves garlic, pressed or minced

2 tsp butter


How to cook:
  1. Brush cod with oil on both sides and sprinkle with salt and pepper & garlic. Place on rimmed baking sheet lined with parchment.
  2. Dot cubes of butter over cod.
  3. Bake on rack above centre in preheated 180'C oven until fish barely flakes with fork, 8 to 9 minutes for an inch of thickness.
  4. Place under broiler 1 minute to crisp topping slightly. Do not overcook. 



Oven baked cod





Mai sepinggan !!

Yummy :)



Sunday, 2 December 2012

CREAMY POTATO GRATIN

Hi... Potato Gratin - benda apa pula "gratin" ni????


Potato Gratin


Apa-apa makanan yang topping di atasnya dengan cheese atau breadcrumbs, dan dimasak sampai kecoklat-coklatan...dipanggil gratin.

Macam-macam cara masak "gratin", ada yang berkrim, kadangkala kurang berkrim. Kita boleh guna apa-apa jenis kentang tapi best juga kalau kentang diselang-selikan dengan keledek.

Kentang adalah kegemaran Aieshah dan apa-apa yang berkentang, kira laku....  Kita masak Potato Gratin berkrim hari ini...

Jom kita ber- potato gratin Berkrim!



Bawang  untuk Potato Gratin

Bahan-bahan:
30 g butter
1 biji bawang holland - dihiris nipis bulat-bulat
700 g potato -kentang dikupas dan di potong nipis
1 cawan keju Cheddar- diparut
2 sudu teh lada hitam-   ditumbuk kasar
garam secukup rasa
1 1/2 cawan krim




Cara: 
  1. Panaskan butter dalam kuali dan goreng bawang selama 5 minit atau sampai masak.
  2. Susunkan kentang bertindih satu demi satu dalam kaserol yang telah digriskan dengan butter.
  3. Taburkan bawang di atas kentang dan diikuti dengan keju.
  4. Susunkan kentang, bawang dan keju ini sampai habis.
  5. Perisakan krim dengan garam dan lada hitam sampai sebati dan curahkan di atas kentang tadi.
  6. Bakar selama 40 minit atau sehingga keju cair, kentang lembut serta kuning kecoklatan.


Kentang dihiris nipis & disusun


Potato Gratin yang creamy, cheezy & nyummy..








Mai Sepinggan!!




Saturday, 1 December 2012

MASALAVADEI - VADEI


VADEI - kegemaran kami sekeluarga untuk minum petang....

Masala vadei 
Vadei - merupakan makanan orang India Selatan. Kalau nak makan vadei yang sedap, carilah  dekat Jalan Masjid India... aduhh... rangup, pedas, lemak secukup rasa... dah la tu tak berminyak...

Masalahnya kalau nak pergi Jalan Masjid India sekadar nak beli vadei, macam tak berbaloi..... maklumlah kesesakan yang tidak terkira, apatah lagi pada masa-masa kemuncak, orang keluar lunch atau lepas office... atau MUSIM JUAL MURAH !

Untuk menghilangkan ketagihan vadei, kenalah masak sendiri. Sebenarnya vedei ini tak susah pun nak buatnya... buku masak SRT zaman sekolah dulu (Seni Rumah Tangga) pun ada resepinya.  Aku ikut saja resepi tu..

Jom buat masala vadei untuk minum petang hari ini....


Dhal untuk Vadei -Blend..kasar-kasar sikit..
Bahan-bahan :

300 gm dhal - direndam selama 4 jam
1/2 sudu teh jintan manis
1 labu bawang besar - potong dadu
2 biji cili hijau ( boleh guna biji cili padi kalau suka pedas) - potong dadu
1 tangkai daun kari - dipotong
garam mengikut rasa
minyak untuk menggoreng (banyak)
daun pisang / plastik untuk membentuk vadai

Cara-cara:
  1. Basuh & toskan dhal - mesin/ blend sehingga 3/4 halus.
  2. Campurkan jintan manis, bawang besar, cili hijau, daun kari dan garam secukup rasa.
  3. Jemput adunan dan bentukkan bulat sebesar 5 cm dan leperkan, Bahagian tengah tebal 2 cm.
  4. Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan. 
  5. Angkat dan toskan di atas kertas serap.
  6.  Hidangkan panas!

Kalau buat vadei sendiri, minyak gorengan lebih bersih!

Vadei 
Rangup di luar lembut di dalam.



Mai Sepinggan !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...