tenderloin steak |
Bahan-bahannya:
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu teh garam
1 sudu besar rosemary incang kasar
2 ulas bawang putih - cincang
1 sudu besar kulit lemon diparut
1 keping daging tenderloin (300 gm)
boleh juga guna ribeye
Cara Menyediakannya:
- Campurkan semua bahan, lumurkan dan perapkan daging dengan campuran di atas selama sejam.
- Panaskan skillet cast-iron dengan api sederhana.
- Ambil daging sahaja dan tanggalkan bahan marinate.
- Letakkan dalam skillet dan bakar sehingga dua minit.
- Terbalikkan steak dan bakar dua minit lagi.
- Terbalikkan semula ke dua-dua belah untuk mendapat kesan bakar selama dua minit sebelah lagi sehingga masak. Biar kan selama lima minit.
- Angkat dan hidangkan dengan tomato, jagung, tomato dan juga sayuran yang disukai.
Mai Sepinggan !!
No comments:
Post a Comment