Monday, 25 March 2013

IKAN PARI MASAK ASAM PEDAS TUMIS

Asam Pedas !!
Kalau di utara  semenanjung asam pedas biasanya direbus. Di selatan semenanjung pula asam pedas ditumis.  Bila cerita tentang asam pedas tumis, yang paling popular tidak lain dan tidak bukan ASAM PEDAS MELAKA. 

Terdapat berbagai-bagai cara orang masak asam pedas tumis ini. Ada yang masukkan bunga kantan - daun kesom, jintan manis..... berbagai-bagai! Bila aku bercerita dengan kawan dari Melaka, Haslina, dia kata kalau ikut resepi emaknya, tak ada dimasukkan bunga kantan atau daun kesom.

daripada pelbagai resepi yang aku cuba, akhirnya aku buat kesimpulan - aku olah semua dan jadikan nya mengikut citarasa aku ... terbaik !!

Jom masak Ikan Pari masak Asam Pedas...



Ikan pari masak asam pedas
Bahan-bahannya:

500 gm ikan pari - dibersihkan & dipotong
3 sudu besar minyak untuk menumis
700 ml air @ jika mau  pekat kurangkan  
1 batang serai - diketuk
2 sudu besar air asam jawa
garam & gula secukup rasa
6 ulas bawang - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 cm halia - tumbuk
1 cm belacan -tumbuk
2 cawan cili kering mesin
7 biji kacang bendi 
Daun kesum & bunga kantan jika suka

Cara-cara memasaknya :

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga kekuningan.
  2. Masukkan cili dan kacau hingga naik minyak.
  3. Masukkan serai dan air, air asam jawa dan ikan pari.
  4. Masukkan garam & gula secukup rasa.
  5. Masukkan kacang bendi, daun kesum & bunga kantan jika suka.
  6. Masak sehingga mendidih dan pekat.
  7. Angkat dan hidangkan.

Masak jangan sampai bendi hancur

Mai Sepinggan !!


OVEN BAKE RIBS

Hah... nak BBQ, tanpa perlu pergi ke  Bubba Gum atau  Tommy Roma's & tapi rasa yang sehebat di tempat-tempat tersebut ...
Untuk BBQ, yang paling utama ialah sos BBQnya . Aku guna sos yang digubah sendiri....  Terbaek!!! Dengan bantuan Aieshah....

Baban-bahannya:

4 set back rib atau tulang rusuk


Perapkan dengan sos BBQ semalaman

4 cawan barbecue sos - caranya:

1 tin mushroom sup
1/2 cawan lada hitam
1 cawan tomato sos
1 cawan gula pasir
1/2 cawan madu 
1 sudu kulit kayu manis
garam secukup rasa

* Campur semua sekali bahan di atas & kacau sampai sebati & pekat.

Cara menyediakannya:


  1. Perapkan rib / tulang rusuk semalaman.
  2. Panaskan oven ke 180 degree.
  3. Letakkan rib dalam dulang pembakar.
  4. Tutupkan dengan aluminium foil & masukkan dalam oven.
  5. Bakar selama 3 jam & balikkan serta sapukan sos barbecue 
  6. Sapukan lagi barbecue sos, buka pembalut , bakar lagi sehingga keperang-perangan.
  7. Keluarkan dari oven dan hidangkan  bersama kentang bakar.





Well done



Hiris & hidang


soft  & succulent. 



Mai Sepinggan !!



Tuesday, 12 March 2013

PACERI NANAS

Kadang-kadang orang panggil pajeri.  Hidangan yang wajib ada semasa kenduri-kendara di kampung saya zaman dulu.

Paceri nanas

Kalau resepi paceri ini kita boleh guna buah nanas, buah mempelam telor, buah amra @ kedondong, buah gajus, buah terung panjang atau rebung madu pun sedap dibuat paceri.

Peristiwa yang tak dapat dilupakan bila  aku masak paceri nanas ini....  suatu hari selepas siap masak paceri ini, aku bawakan sedikit untuk si dia yang suka makan paceri nanas....Sesuap, dua suap nasi bersama paceri nanas, aku perasan matanya terpejam-pejam...aku ingatkan bala apa pulak yang menimpa ni.... rupa-rupanya, dia beritahu,  terlalu sedap dan suka akan paceri nanas ni sampai terpejam-pejam  matanya menikmati .... nyum-nyum :)

Hmmm... jom kita masak paceri nanas...

Bahan-bahannya:

1 biji nanas yang masak
3 cawan santan kelapa
6 sudu besar rempah kari daging - campurkan  air dan jadikan pes
1 tangkai daun kari
2 camca besar gula merah
2 cm halia
2 cm kulit kayu manis
2 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sudu besar kerisik

Cara memasaknya:
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang dan halis.
  2. Masukkan kulit kayu manis, daun kari, kerisik dan rempah kari
  3.  Kacau hingga naik minyak, masukkan nanas dan biarkan nanas masak.
  4. Masukkan santan, gula merah dan garam secukup rasa.
  5. Masak hingga pekat dan naik minyak.
  6. Angkat dan hidangkan.

Sedapnya !



Mai Sepinggan !!



Monday, 11 March 2013

TELUR DADAR

Emmmm, kalau tomyam dihidangkan..kawannya biarlah telor dadar... simple, cepat & makan dengan nasi panas.....

Bahan-bahan:

3  biji telur ayam (aku suka telor ayam kampung)
1 ulas bawang merah - dihiris 
2 biji cili padi - dipotong kecil 
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng.

Cara-cara:
  1. Pecahkan telor & pukul. Masukkan bawang cili padi dan garam.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Masukkan telor yang sudak dipukul dan masak.
  4. Terbalikkan dan dan masakkan kedua-dua belah.
  5. Angkat dan hidangkan.

Sedapnya ...



Mai Sepinggan !!


TOMYAM & TOMYAM

Balik kerja.... memikirkan apa yang aku nak masak untuk hari ini??

Kalau boleh, biarlah yang cepat dimasak & sedap dimakan.... dalam hal ini aku rasa baiklah masak tomyam saja... semua boleh dimasukkan sekali dalam periuk...& yang penting ia juga hot & spicy!!

TOMYAM !!!!!!!!!!!!!!


Tomyam.. biar pedas , nyum ! nyum!
Jom masak tom yam !!

Bahan-bahan:

4 sudu tom yam paste ( ikut selera, mau hot & spicy - lebihkan)
1 liter air
6 ekor udang basah (bersihkan)
2 ekor sotong basah (bersihkan dan potong)
1 ketul isi ayam (bahagian dada - bersihkan dan potong nipis)
50 gm daging daging (bersih dan potong nipis)ji jagung kecil
50 gm bunga kobis - potong kecil
50 gm karot - potong kecil
2 biji jagung kecil - potong kecil
1 batang celeri - potong
1 labu bawang besar- potong kecil
7 biji cili padi ketuk
1 biji limau nipis - ambil jus
2 helai daun limau purut - bersihkan 
50 gm kobis -potong nipis
1 biji tomato - potong empat
1 batang bunga kantan 
* apa-apa saja  sayuran yang anda minati
garam secukup rasa


Cara masak:
  1. Masakkan air sehingga mendidih.
  2. Masukkan daging, ayam, udang, karot dan bunga kobis - biarkan sebentar.
  3. Masukkan tomyam paste dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan semua sayuran lain, cili padi, garam secukup rasa.
  5. Angkat & hidangkan.
Bahan-bahan tomyam paste:

1 cawan cili kering yang dikisar halus
1/2 cawanl minyak untuk menumis
2 sudu bawang putih dikisar halus
3 sudu bawang merah dikisar halus
1 batang serai dikisar halus
1/2 inci halia dikisar halus
1/2 inci lengkuas dikisar halus
jus limau nipis secukup rasa
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara menyediakan tomyam paste:
  1. Panaskan minyak didalam kuali.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah, lengkua,  halia dan serai.
  3. Masukkan cili kering yang sudah dimesin dan kacau hingga naik minyak.
  4. Masukkan garam, gula dan jus limau nipis secukup rasa.


tomyam paste



Mai Sepinggan!!

Tuesday, 5 March 2013

ORANGE MUFFINS

Muffin lagi... mmmm yang ini aku jumpa resepi dari Star newspaper 2 March 2013...  
Adoi... wanginya..


Orange Muffins

Aku ambil gambar terus tak payah nak taip... senang kerja !



Serve warm!
Eh.. eh tak boleh nampak pulak dah... never mind, aku tuliskan ok....

Ingredients:
220 g selfself-raising flour, sifted
1 1/2 teaspoon baking powder, sifted
A pinch of salt
80 g castor sugar
125 ml orange juice
125 ml milk
1 tablespoon orange zest
100 g butter, melted and cooled
2 large eggs, beaten

Method:
  1. Preheat oven to 200'C. Line muffin pan with paper cup
  2. Combine the sifted ingredients, salt, sugar in mixing bowl.
  3. In a seperate bowl, combine remaining ingredients.
  4. Pour into dry ingredients and stir quickly to just combine with a wooden spoon.
  5. Devide the batter among the muffin cups. 
  6. Bake for 25 minutes or until golden brown.
  7. remove from oven. Cool on the wire rack.



moist & perfect



 Mai Sepinggan !!



Monday, 4 March 2013

CHICKEN PIE

Hari ini bertukar selera sikit.... aku mengidam Chicken Pie.. 

Huh, kalau dalam oven...aroma pastrinya sungguh menyelerakan.... Bila dah keluar oven, tengok teksturnya......aduhai rangup dengan warna keemasannya...

Chicken Pie - dua perkara kena ada... kulit @ pastrinya & inti.... pastri adalah segala-galanya! 
Bahan untuk inti:
300 gm daging ayam
1 cawan karot dipotong dadu
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 biji kentang
3 sudu kacang pea
3 sudu besar mayonese
garam, lada sulah secukup rasa
minyak untuk menumis
sedikit air
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali & tumiskan bawang.
  2. Masukkan karot, kentang, air  dan kacau hingga lembut.
  3. Masukkan ayam dan kacau hingga masak.
  4. Masukkan kacang pea, garam, lada sulah secukup rasa.
  5. Tutup api dan masukkan mayonese dan kacau sehingga sebati.
  6. Angkat & sejukkan.
Bahan untuk Pastri Paf: 
Bahan A
400 g tepung
50 g butter
1/8 sudu teh garam
220 gm air

Bahan B
300 gm butter pastri
Cara-cara:
  1. Adunkan A supaya jadi doh yang licin. Rehatkan selama 15 minit.
  2. Canaikan doh. bentukkan palang di bahagian tengah menjadi tebal makala di bahagian kaki palang lebih nipis.
  3. Letakkan butter pastri di tengah & balutkan.
  4. Canaikan doh menjadi 10mm tebal dan lipat sekali lagi.
  5. Biarkan sebentar (15 minit)
  6. Pusing doh 90' pepenjuru dan canai lagi seperti di no.4 sebanyak 4 kali lagi.
  7. Canaikan doh setebal 3mm dan potong mengikut bentuk yang disukai.
  8. Isikan inti & tutupkan Pai .
  9. Bakar dengan 200'C  selama 15 ke 20  minit atau keperang-perangan.
Canaikan mengikut kesukaan

Cucukkan untuk keluarkan udara & kelembapan 
Wow !

Bakar 





Mai Sepinggan !!


Note:
kita tak sempat nak ambik gambar intinya... tunggu besok pagi la ekkk bila kita makan, tunjuk kan inti :)



















Saturday, 2 March 2013

CENCARU SUMBAT

Ikan cencaru sumbat inti kelapa... my feveret la.... sama ada dipanggang atau digoreng , sangatlah menyelerakan.... Kalau kat kampung dulu bila nak panggang senang saja.... sepitkan dengan buluh.

Jom la buat cencaru sumbat untuk makan tengah hari ini.....



Cencaru sumbat berintikan kelapa

Bahan-bahannya:


6 biji cili kering 
1/2 biji kelapa parut (putih sahaja)
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh kunyit 
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara membuatnya:

  1. Tumbukkan @ mesin  cili kering dan  jintan putih
  2. Masukkan  bawang merah, bawang putih dan  serai sehingga halus. 
  3. Masukkan kelapa parut, serbuk kunyit, garam dan gula secukup rasa. 
  4. Masukkan semua bahan kedalam kuali, goreng tanpa minyak sehingga kering airnya.
  5. Angkat dan sejukkan & masukkan ke dalam pulut serta bungkus.
  6. Bersihkan ikan cencaru dan belah belakang.
  7. Sendukkan inti tadi dan sumbatkan kedalam ikan cencaru dan sematkan dengan lidi.
  8. Panggang  atau goreng sehingga masak.
  9. Angkat dan hidangkan.
Panggang atau goreng? Ikut cita rasa...



Mai sepinggan !!







Friday, 1 March 2013

PASEMBOR KODIANG @ ROJAK MAMAK

Teringat Pasembor Kodiang..... mana boleh cari kat Kuala Lumpur. Kena balik pi Kodiang. Kodiang adalah sebuah pekan kecil di daerah Kubang pasu, Utara Alor Setar, bersempadan dengan Perlis. 

Zaman dulu-dulu kalau  nak ke Kodiang mesti pergi hari Sabtu. Hari sabtu boleh keluar asrama SMDSA. hari Sabtu juga ada NAT KODIANG.

Bestnya pasembor Kodiang sebab ada cucur udang, cucur ketam, sayurnya segar dan kuahnya mm... enak sekali... tapi hari ini masih adakah pasembor kodiang???

Jom buat pasembor Kodiang:


Pasembor @ Rojak mamak 


Tahu di goreng  & di potong 


Cucur kelapa


Taugeh dicelur, sengkuang dan timun di potong halus


Cucur Udang & Cucur ketam


Beehoon di rendam kunyit dan di celur



Opppsss jangan lupa letak telur & makan bersama kuahnya !!

Bahan-bahan Kuah  Pasembor:

1 kg kacang tanah - digoreng  & dikisar (1/2 kasar & 1/2 halus)
10 ulas bawang merah - dikisar (2 senduk)
5 ulas bawang putih - dikisar (3/4 senduk)
5 cm halia & lengkuas - dikisar 
1 senduk cili kering - dikisar
1 inci belacan - dikisar
3 sudu udang kering yg sudah diblender 
1 cawan gula merah
2 cawan gula putih
tepung jagung ikut kepekatan @ biskut marie
garam secukup rasa @ 4 keping asam gelugor
asam jawa secukup rasa
air putih 1500ml
1 1/2 senduk minyak

Cara Menyediakannya:


  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, belacan, serai, udang kering sampai garing.
  2. Masukkan halis, lengkuas dan cili kering & kacau hingga naik minyak.
  3. Masukkan kacang tanah, air, asam keping, gula, garam, gula merah.
  4. Bila mengelegak baru letak tepung jagung - bancuh dulu.
  5. Kecilkan api dan masak hingga naik minyak.
  6. Angkat dan dan hidangkan.
* potong semua cucur, tahu & sayuran dan sendukkan kuah ke atas cucur tadi.





Mai Sepinggan!


BUAH MELAKA

Buah Melaka ??? Buah Melaka bukan dari Melaka... jadi kenapa dinamakan buah Melaka???
Kalau pergi ke  Melaka pun orang sana tak panggil buah Melaka, tapi Onde-Onde. Orang Johor dan Kelantan pun panggil Onde-Onde. Tetapi ada juga yang panggil "Kelepon". 

Teori aku ialah mungkin dalam kueh ini ada menggunakan gula Melaka.

Buah Melaka boleh dimakan bila-bila masa...masa kami kecil-kecil dulu, emak buat buah melaka ini hanya di bulan puasa - juadah berbuka puasa. Penggunaan daun pandan sebagai pewarna menjadikan buah melaka ini wangi..... berbeza dengan buah melaka yang dijual di kedai-kedai atau warung-warung  yang kebanyakkannya hanya menggunakan pewarna hijau... mmmm tak baguskan ??

Jom kita buat buah melaka..

Bahan-bahannya:

300 gm tepung pulut
150 gm gula kabung/ gula melaka/ gula gerek
1 camca besar air kapu
10 helai daun pandan
1/2 biji kelapa
garam secukup rasa

Cara menyediakannya:


  1. Mesinkan daun pandan dengan 3 cawan air.
  2. Racik gula melaka/ kabung sebesar hujung jari kelingking.
  3. Bancuh tepung pulut dengan air daun pandan, air kapur dan garam.
  4. Uli adunan sehingga rata. Ambil sejemput adunan dan leperkan.
  5. Masukkan gula kabung ditengah-tengah sebagai inti dan bulatkan adunan seperti guli.
  6. Masak air di dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan buah melaka mentah sebiji demi sebiji.
  7. Apabila buah melaka timbul, angkat dan toskan.
  8. Golekkan di atas kelapa parut yang diletakkan garam secukup rata.
  9. Hidangkan..

Buah Melaka




Mai Sepinggan !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...