Friday 26 October 2012

KETUPAT PALAS - KETUPAT DAUN PALAS

Ketupat daun palas - Hari Raya Puasa atau Hari Raya Haji di rumah-rumah orang utara wajib ada ketupat ini, segi tiga... Cucu sedara saya, Aqief dan AydeN panggil ketupat palas ini "triangle".


Ketupat yang sedap


Di negeri-negeri utara ketupat ini biasanya orang utara guna pulut susu, maklumlah dekat sempadan, boleh beli di Siam. Gerenti sedap ! Ketupat palas asli tak letak gula. Kadang-kadang ada juga yang suka letak kacang atau jagung. Kak Amnah & Abang Zizan suka sangat kalau ketupat ni ada kacang...




Pulut Susu

Untuk kelainan, ada yang guna beras pulut hitam, tapi campur sikit dengan pulut susu @ pulut putih supaya ia tak berderai.

Satu lagi, kalau orang utara, ketupat daun palas ini dimakan, dicicah dengan gulai daging pekat (kari daging).



Daun palas perlu dibuka & dibersihkan





Kelongsong ketupat yang sudah siap




Pulut yang siap ditanak 3/4 masak 


Bahan-bahan:

1 kg beras pulut susu 
1/2 kg santan pekat ( tambah 1 liter air)
2 helai daun pandan 
garam secukup rasa
daun palas - dibuka dan dijadikan kelongsong ketupat 

Cara-cara:

1. Masakkan santan, daun pandan, garam secukup rasa  sehingga mendidih.

2. Bila mendidih, masukkan beras pulut yang sudah dibersihkan .
3. Tanak pulut sehingga 3/4 masak. Angkat dan balutkan dengan daun palas.
4. Selesai balut semua ketupat, rebuskan dengan 2 cawan air sehingga kering.
5. Angkat dan toskan.



Kelongsong daun palas dibentuk seperti kon




Isikan pulut ke dalam kelongsong




Lipatkan daun palas mengikut bentuk segitiga




Terbalikkan dan tarik daun palas ke atas



Siap !


Ikat @ Simpulkan supaya kemas dan tidak masuk air bila direbus!



 Nota: Semasa tanak pulut, pastikan secukup rasa garamnya dan sebaik-baiknya  paras santan tadi satu inci dari beras pulut. Kakak kita, Kak Chaq pesan... santannya biar "Chap-chap" aja!!





Siap direbus & Toskan


Mai Sepinggan !!
"Sebab Pulut Santan Binasa"  

                                  - Pepatah Melayu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...