Wednesday 10 October 2012

AYAM MASAK KICAP

AYAM MASAK KICAP

Sekali dengar, bunyinya macam biasa saja .. ayam masak kicap.
Walau bagaimana pun ini adalah ayam masak kicap yang paling special untuk kami khususnya keluarga Rahmani kerana resepi ayam masak kicap ini diwarisi oleh semua ahli keluarga. SIMPLE TAPI SANGAT SEDAP. 

Masih teringat-ingat Allahyarhamah emak selalu masakkan ayam masak kicap ini bila kami ada lawatan sambil belajar bersama sekolah atau bila kami "travel" jauh-jauh....

Ayam masak kicap
Bahan:
Satu ekor ayam potong 12
3 biji bawang besar potong bulat
3 biji kentang (potong wedges)
3 ulas bawang merah - tumbuk
4 ulas bawang putih - tumbuk 
3 biji cili besar
garam, kunyit
4 sudu air asam jawa
1 cawan kicap pekat lemak manis
Minyak untuk goreng ayam. 

Cara:
1. Bersih ayam & garam kunyit (kalau suka boleh letak jintan manis)
2. Panaskan kuali, masukkan minyak & goreng ayam sehingga hampir masak (jangan kering sangat).
3. Kemudian gorengkan kentang sehingga lembut.
4. Panaskan kuali dan letakkan 4 sudu minyak dan tumis  bawang merah dan putih sehingga kuning.
5. Masukkan  bawang besar, cili besar dan air asam jawa.
6. Masukkan kicap, ayam goreng dan kentang dan kacau sehingga semua sebati.
7. Tutup api dan hidangkan.




Ibu oh Ibu... dikaulah RATU hatiku !!

Mai Sepinggan!
10/10/2012

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...