Helo-helo, lama tak update cerita. apa tidaknya, semenjak dua-menjak KokChik sangatlah sibuk. Masak pun ala-ala cukup masa je. Hari ini saja-saja nak up kan cerita gulai ikan puyu yang mana orang lain daripada Perlis, Kedah dan Perak Utara depa kata kari.
Gulai (kari) ikan puyu memang sedap. Apatah lagi kalau gunya ialah ubi keledek lemak manis... Caranya sama je kari-kari biasa cuma kita selalu guna rempah cap O.
Bahan-bahannya:
1 peket 25gm rempah O - bancuh dengan 5 sudu air sejuk
7 ekor ikan puyu
750 liter santan
2 ulas bawang merah - mayang
2 ulas bawang putih - mayang
1- 2 ketul ubi keledek
1 sudu teh halba campur
1 tangkai daun kari
Air asam jawa secukup rasa
garam secukup rasa
minyak masak 4 sudu besar untuk menumis
Rempah O ini boleh didapati dikedai-kedai runcit sekitar utara Kedah dan Perlis
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumiskan bawang, masukkan halba campur. Kacau sampai kekuningan.
2. Masukkan pes rempah kari dan daun kari. kacau sampai naik minyak.
3. Masukkan santan, ubi keledek dan ikan sehingga ubi empuk dan ikan masak.
4. Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa.
5. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Yummy.....
No comments:
Post a Comment