Thursday, 11 October 2012

LOBSTER !

Sukanya aku dengan Lobster. Sesekali jumpa Lobster di pasar, kaki tak boleh berjalan ! Kalau ada kawan-kawan nak sangat boleh pesan dengan aku ya...

 Masa pergi Kota Belud alahai murahnya boleh dapat 2 ekor     dengan harga RM20.00. 
Di kotaraya ni harganya menjangkau sehingga RM95.00 mengikut berat dan musim.
Semua suka Lobster.... Tillah, Aieshah, Gina - tapi kolestrol nya tinggi.

Biasanya Lobster ini kita stim atau  bake. 

Masa jalan-jalan di San Francisco, sempat juga merasa Lobster dan King Crab yang dijual ditepi jalan dekat Fisherman's WharfCara masaknya amat simple iaitu, masukkan dalam air mendidih sekejab dan angkat. Makan dengan sos  putih.  Harganya pun boleh boleh dikatakan murah berbanding dengan kat sini.

Semasa berjalan-jalan di New Zealand juga, aku tak lepas peluang merasa Lobster . Di jual di tepi jalan juga  sepanjang deretan kedai tepi pantai di Kaikorua.  Cara masaknya di Stim dan makan dengan white sos gitu ... Harganya juga murah...


Fresh Lobster & 1.6 kg each !!
Bahannya:

1 ekor Lobster  500gm @ 
5 biji cendawan fresh  dipotong
 2 sudu besar  Parmesan  cheese yang diparut
4 ulas bawang putih diketuk
1 sudu besar butter   
bunga kobis, brocolli, carrot, lada hitam, lemon  & sos becamel
sedikit thyme

Cara memasak isi udang

1. Bersihkan lobster dan belah dibahagian atas dari kepala hingga ke hujung .
2. Perapkan sedikit garam, bakar selama 30 minit dengan suhu 180'.
3. Keluarkan dari oven dan masukkan semua sayuran. 
4. Letakkan butter dan cheese. Bakar lagi selama 10 minit sehingga masak.



Lobster boleh di Stim juga !!
Bake pun ok ...Juicy & Yummy


Note : masak lobster kena hati2 .. jangan termentah - nanti  "messy" dan jangan terlalu masak ....nanti keras , macam plastik!!







Mai Sepinggan !!







KARI REBUNG MADU IKAN TENGGIRI (GULAI)

Rebung Madu !

Kalau orang Perlis atau Kedah  rebung boleh dibuat kari. Rebung kecil atau rebung madu. Biasanya di negeri-negeri utara kari ialah GULAI. Rebung ini boleh dikari bersama ikan puyu, ikan tenggiri, tulang, daging atau ayam kampung.

Rebung Madu
Bahan-bahannya:


5 keping ikan tenggiri
10 ketul rebung madu
5 sudu besar rempah kari ikan - jadikan pes pekat denngan campurkan 1/2 cawan air
1 tangkai daun kari
3 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 sudu ten halba campur
4 sudu besar air asam jawa pekat
garam secukup rasa
600 ml  santan sederhana pekat
6 sudu besar minyak masak

Cara:

1. Panaskan minyak dalam periuk  tumiskan bawang  dan halba campur sampai kuning.
2. Masuk rempah kari, daun kari dan kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan santan, rebung dan ikan.
4. Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa.
5. Pastikan ikan, rebung masak. Tutup api.
(pastikan santan tidak pecah minyak)


Kari Ikan Tenggiri dengan Rebung Madu 
BEST!!




          Mai Sepinggan !!



Wednesday, 10 October 2012

AYAM MASAK KICAP

AYAM MASAK KICAP

Sekali dengar, bunyinya macam biasa saja .. ayam masak kicap.
Walau bagaimana pun ini adalah ayam masak kicap yang paling special untuk kami khususnya keluarga Rahmani kerana resepi ayam masak kicap ini diwarisi oleh semua ahli keluarga. SIMPLE TAPI SANGAT SEDAP. 

Masih teringat-ingat Allahyarhamah emak selalu masakkan ayam masak kicap ini bila kami ada lawatan sambil belajar bersama sekolah atau bila kami "travel" jauh-jauh....

Ayam masak kicap
Bahan:
Satu ekor ayam potong 12
3 biji bawang besar potong bulat
3 biji kentang (potong wedges)
3 ulas bawang merah - tumbuk
4 ulas bawang putih - tumbuk 
3 biji cili besar
garam, kunyit
4 sudu air asam jawa
1 cawan kicap pekat lemak manis
Minyak untuk goreng ayam. 

Cara:
1. Bersih ayam & garam kunyit (kalau suka boleh letak jintan manis)
2. Panaskan kuali, masukkan minyak & goreng ayam sehingga hampir masak (jangan kering sangat).
3. Kemudian gorengkan kentang sehingga lembut.
4. Panaskan kuali dan letakkan 4 sudu minyak dan tumis  bawang merah dan putih sehingga kuning.
5. Masukkan  bawang besar, cili besar dan air asam jawa.
6. Masukkan kicap, ayam goreng dan kentang dan kacau sehingga semua sebati.
7. Tutup api dan hidangkan.




Ibu oh Ibu... dikaulah RATU hatiku !!

Mai Sepinggan!
10/10/2012

Saturday, 6 October 2012

CHEE CHEONG FUN @ RICE NOODLE

CHEE CHONG FUN !

Oppss... chee cheong fun  & vege + sengkuang + carrot! 

Enak .. untuk breakfast @ lunch ... atau bila- bila lapar ...
Setengah orang kata kue teow or rice noodles roll or steamed rice roll. Normally round shape. Tapi kadang-kadang ada juga dalam bentuk square thin pieces. 

Dulu-dulu zaman Christopher uruskan kantin dia selalu jual dan kawan-kawan Cina suka makan. Ainuddin Wong Tai kat rumah ni yang separuh Cina suka minta  buat dan Aieshah yang 1/4 Cina pun 2x5 juga suka CCF.

Macamana nak buat...hari-hari pujuk Christopher supaya ajar dan pada masa yang sama 
 cari-cari dalam buku Chinese Cooking & boleh try lah...

It is not as difficult as i thought it might be...
Huh !! Agak  OK juge ! But ... I  need to improved on my rolling skills.....
Kalau korang  tak ada masa,  beli saja lah  kulitnya & letakkan  dengan inti. Intinya yang paling I suka ialah  sengkuang, carrot dan udang kering. 


Breakfast ? lunch? dinner?

yUmmY!!
Bahan-bahannya (10 gulung):

80g tepung gandum
1  sudu besar  tepung gandum kanji (Wheat starch)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar minyak masak 
330 ml air 
sedikit garam 

Cara menyediakannya:

1. Campurkan semua tepung dalam mangkuk adunan.
2. Campurkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan minyak dan garam dan peramkan selama satu jam.
4. Panaskan air dalam pengukus, sapukan dulang pengukus dengan sedikit minyak.
5. Kukuskan selama 2 minit dan  angkat - sejukkan.
6. Ulang sampai habis & hati-hati agar kita boleh dapat kulit yang nipis dan sekata.
7. Bila sejuk, letakkan salad, inti dan gulungkannya.

Intinya;

2 cawan sengkuang yang  diparut
1 cawan carrot yang diparut
2 sudu udang kering (tumbuk)
1 ulas bawang putih 
1 sudu besar minyak masak 
sedikit gula
Daun salad,  kuah taucu, bawang putih  cincang , goreng bersama minyak bijan.
daun bawang potong halus

Cara:
1. Tumis bawang putih, masukkan udang kering. 
2. Masukkan carrot, sengkuang dan gula.
3. Sejukkan.
4. Ambil kulit CCF, lapiskan daun salad, intinya dan gulung.
5. Sapukan kuah taucu , taburkan bawang putih goreng  dan daun bawang.



ayam atau udang masin?

Kalau tak letak ganishing, tak cantik dan tak sedap !!

Ahaaa... kan sedap...
Chee Cheong Fun gaya Ainuddin Wong TAi
Fuhhh!!! Sedappp!!!

Seperkara untuk pengetahuan...... jangan translate CHEE CHEONG FUN ke Bahasa Melayu.....nanti korang tekejut pulak.... kah kah kah....


Mai Sepinggan!
6/10/2010



Thursday, 27 September 2012

TART & TARTLET

Tart/ Tartlet & serupa dengannya. Tak jemu mata memandang & enak rasanya. Cantik  dipandang kalau pandai hias. Puas hati bila semua orang suka....

Strawberry tart

1.Sweet dough/ pastri :

Butter (unsalted)    200 gm
Gula icing              100 gm
Telor/egg                30gm
Tepung                 300 gm
sedikit garam

2. Caranya:
  • Butter, garam, gula icing diadun sampai lembut.
  • Masukkan telor & gula - sehingga sebati.
  • Masukkan dalam cling wrap & chill.
  • Terap & masuk dalam acuan pastri tart/tartlet
  • Cucuk dasar pastri dengan garpu & bakar dengan "bake bean". Bila separuh masak, keluarkan bake bean dan bakar sehingga masak. 
  • Angkat & sejukkan 
Pilihan buah untuk topping ikut cita rasa..
                      


Custard cream my style:
*  susu segar 1/2 liter,
* gula castor 65 gm,
* telor kuning 100 gm,
* tepung kastad 25 gm,
* tepung gandum 25 gm,
* butter 15 gm.

Caranya:

1.  Pukul telur & gula castor + tepung    kastad
2.  Masakkan susu dan sehingga mendidih
3. Masukkan tepung kastad yang dicamput telur & gula sehingga bercampur dan pekat + butter
4. Isikan pastri tartlet / tart tadi - buat cermat-cermat  agar cantik
5. Bila selesai, hiaskan/ aturkan buah-buahan yang disukai....
6. Glazekannya dengan jelfix & sejukkan dalam peti ais sekejap...


Boleh terap dalam acuan tartlet


Kadang-kadang tak larat nak terap kecil-kecil, inilah jadinya..






Musim strawberry manis yang murah - sekarang ni kat pasar malam pun ada jual...
Kadang-kadang bila kiwi ada, elok juga, nak guna mangga masak pun boleh, rambutan, laici, mata kucing, betik, peach, anggur, limau mandrin.... pendek kata apa saja yang kita suka. 

Buah-buahan tempatan atau import sama saja sedap cuma saya suka lah kalau warna striking seperti strawberry ....




Bila rajin, terap dalam acuan tartlet  kecil-kecil macam ni comel !!











Tak rugi kalau mencuba..



 mai sepinggan !









Thursday, 20 September 2012

SHEPHERD'S PIE

Shepherd's Pie.. merupakan makanan asalnya orang Inggeris. Biasanya lebihan kambing panggang kemarin, maka depa simpan dan masak untuk esok. Rupanya lebih kurang sama dengan Cottage Pie, cuma kalau Cottage Pie depa kata lebihan daging lembu atau apa-apa je yang ada di sekeliling "cottage".

Disebabkan anak & suami tersangat suka dengan kentang, maka terpaksa aku cari resepi untuk pelbagaikan makanan dari kentang, maka terjumpa resepi ini dan diubahsuai mengikut selera sendiri & ternyata mereka amat suka...Namun aku gantikan dengan lamb @ daging lembu segar - lebih sedap!



Topping: 750 g kentang - kupas/rebus sampai empuk & dilenyekkan
3/4 sudu kecil garam
1 sudu besar lada hitam(tumbuk)
1 biji telor merah
2 sudu besar butter
250 ml susu segar (ikut suka- nak lebih pun tak pa)
Base:
3 sudu minyak
2 ulas bawang putih
8 biji cendawan butang
1 cawan karot didadukan
500gm daging kambing cincang (sedapnya jika daging segar)
60 gm kacang pea
2 sudu besar kicap cair
1 sudu oyster sos
1 sudu teh gula
1 camca besar lada hitam (tumbuk)
1 biji telur ( dipukul)

  Topping:
1. Campur semua bahan untuk topping sehingga mendapat tekstur yang disukai - lembut dan berkrim.
2. Panaskan kuali. tumiskan bawang putih & masukkan daging.
3. Masukkan karot, sendawan,kacang pea.
4. Masukkan air, kicap, oyster sos, gula, garam, lada hitam.
5. Biarkan mendidih dan sampai semua bahan secukup rasa & masak.
6. Sediakan casserole, masukkan daging tadi, tekan biar rata.
7. Tutupkan dengan topping, ratakan &  criss-crosskannya dengan garpu serta sapukan dengan telor.
 8. Masakkan dalam oven 30 minit.



       Tiada masalah mencuba... 
                                                      

     mai sepinggan! 
 20/9/2012

Thursday, 13 September 2012

CHILIES & CILI/ Cabai

Hi, disebabkan terlalu sibuk dengan tugas setiap hari, tak dapat aku mengarang cerita tentang masak-memasak. Walau bagaimana pun sempat juga "menuai" cili api atau chili padi atau setengah orang panggil chili burung dan orang utara panggil cabai melaka. 


Untuk sepanjang tahun 2012 ini memanglah tak beli cili padi dari pasar. Tanam sendiri & makan sendiri. Lebih-lebih tu aku sedekahkan kawan-kawan dan jiran-jiran.


Macam-macam warna  CHILI PADI
Yang berwarna putih tu, benihnya ku dapat dari Sabah. Beli beli benihnya di Tamu Kota Belud, Sabah. 

CHILI PADI ( CHILI HIJAU  DAN PUTIH)
The chilies may also be referred to as cili padi  in parts of Malaysia because their small size reminds people of the small grained rice  eaten as a staple in the region. In the northern parts of Malaysia, this chili is known as cabai melaka or cabai burung or bird chili as birds like to eat this variety of chili.

Chili padi ni sangat popular di seluruh Asia Tenggara dan sangat pedas! Ia boleh dibuat sambal belacan, dijeruk, dimakan sebagai sayur mentah (salad) dibuat kerabu, ulam-ulaman dalam laksa dan sebagainya, boleh juga dibiarkan masak ranum kemudiannya dikeringkan dan dijadikan serbuk cili., kak Chaq rajin buat cili serbuk ni dan boleh makan dengan pizza!



"Siapa yang makan chili dialah yang rasa pedasnya"
                                                                                                                                  -peribahasa Melayu



Mai sepinggan 
13092012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...