Google+ Followers

Thursday, 20 September 2012

SHEPHERD'S PIE

Shepherd's Pie.. merupakan makanan asalnya orang Inggeris. Biasanya lebihan kambing panggang kemarin, maka depa simpan dan masak untuk esok. Rupanya lebih kurang sama dengan Cottage Pie, cuma kalau Cottage Pie depa kata lebihan daging lembu atau apa-apa je yang ada di sekeliling "cottage".

Disebabkan anak & suami tersangat suka dengan kentang, maka terpaksa aku cari resepi untuk pelbagaikan makanan dari kentang, maka terjumpa resepi ini dan diubahsuai mengikut selera sendiri & ternyata mereka amat suka...Namun aku gantikan dengan lamb @ daging lembu segar - lebih sedap!



Topping: 750 g kentang - kupas/rebus sampai empuk & dilenyekkan
3/4 sudu kecil garam
1 sudu besar lada hitam(tumbuk)
1 biji telor merah
2 sudu besar butter
250 ml susu segar (ikut suka- nak lebih pun tak pa)
Base:
3 sudu minyak
2 ulas bawang putih
8 biji cendawan butang
1 cawan karot didadukan
500gm daging kambing cincang (sedapnya jika daging segar)
60 gm kacang pea
2 sudu besar kicap cair
1 sudu oyster sos
1 sudu teh gula
1 camca besar lada hitam (tumbuk)
1 biji telur ( dipukul)

  Topping:
1. Campur semua bahan untuk topping sehingga mendapat tekstur yang disukai - lembut dan berkrim.
2. Panaskan kuali. tumiskan bawang putih & masukkan daging.
3. Masukkan karot, sendawan,kacang pea.
4. Masukkan air, kicap, oyster sos, gula, garam, lada hitam.
5. Biarkan mendidih dan sampai semua bahan secukup rasa & masak.
6. Sediakan casserole, masukkan daging tadi, tekan biar rata.
7. Tutupkan dengan topping, ratakan &  criss-crosskannya dengan garpu serta sapukan dengan telor.
 8. Masakkan dalam oven 30 minit.



       Tiada masalah mencuba... 
                                                      

     mai sepinggan! 
 20/9/2012

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...