Ada dua jenis lepat ini... satu yang berinti kelapa dan satu jenis lagi yang tak berinti. Terpulang kepada selera masing-masing.
Lepat pisang |
Bahan-bahannya:
15 biji pisang awak yang masak ranum dilecek
1 cawan tepung gandum (jika suka keras tambah lagi tepung)
1 sudu gula (jika suka manis)
garam secukup rasa
2 cawan kelapa putih untuk inti di gaul dengan garam secukup rasa
7" x 6" daun pisang untuk membungkus secukupnya
Cara menyediakannya:
- Adunkan pisang yang dilecek, gula, tepung dan garam hingga sebati.
- Sendukkan adunan dan letakkan di atas daun pisang.
- Letakkan kelapa putih sebagai inti di tengah.
- Balutkannya dan susun dalam pengukus.
- Kukus selama 15 hingga 20 minit sehingga masak.
- Angkat, sejukkan dan hidangkan.
Letakkan inti kelapa |
Susun dalam pengukus |
Mai Sepinggan !!
No comments:
Post a Comment