Yeahhhhh.... pembuka maisepinggan untuk tahun 2015 ialah MOCHI...... rupanya yang bersih, lembut memang menggamit selera. Dengar nama sudah tahu bahawa ia makanan dari Jepun.
Bahan utamanya tepung pulut... mula-mula rasa Mochi ialah semasa berkunjung ke Yokohama dan Tokyo dan rasanya hmmmm ala-ala Kueh Tepong Gombak... tapi Tepung Gombak agak keras manakala Mochi ini teksturnya lembut dan halus..
.jpg) |
Ini lah rupanya si MOCHI |
Jom buat MOCHI....
Bahan-bahannya:
220 gm tepung beras pulut
110 gm gula pasir
200 ml santan
2 sudu teh serbuk vanila
tepung beras pulut secukupnya untuk menyalut
sedikit pewarna merah dan hijau
Intinya : Kacang merah, kacang hijau
Cara-Cara menyediakannya:
- Campurkan tepung beras pulut, gula dan serbuk vanila kedalam mangkuk adunan.
- Masukkan santan sedikit demi sedikit dan kacau sehingga licin
- Masukkan adunan yang sudan diadun ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.
- Pastikan adunan masak dengan baik (tidak melekat)
- Angkat dan sejukkan.
- Apabila telah sejuk, bahagikan adunan kepada 12 bahagian bulat dan leper.
- Bulatkan dan masukkan inti, bentukkan seperti bebola kecil.
- Salutkan Mochi ini dengan tepung pulut yang digoreng tanpa minyak.
- Dinginkan sebelum dihidangkan.
.jpg) |
Teksturnya yang lembut dan enak jika dihidang dingin |
.jpg) |
Inti - ku suka lotus paste |
Variasi:
1. Inti - kita boleh guna apa saja inti yang kita suka
2. Warna - warnakan dengan warna merah, hijau, putih mengikut citarasa
Mai Sepinggan!!