Terima kasih Puan Jaspal kerana menjadikan impian ku untuk makan capati yang sedap buatan sendiri menjadi kenyataan....
Jom buat Chapati...
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung Atta
1 cawan air suam
1/2 sudu teh garam
sedikit minyak sapi untuk disapukan pada chapati yang sudah siap
Cara menyediakannya:
- Masukkan tepung dan garam ke dalam mangkuk adunan.
- Masukkan air suam sedikit demi sedikit.
- Ulikan sehingga doh sebati dan lembut.
- Tutupkan dengan tuala /kain maslin selama 20 minit.
- Ulikan dan bentukkan bulat-bulat dan canaikan.
- Panaskan kuali dan bakar.
Doh siap untuk dicanai |
Canaikan |
Masakkan di atas kuali yang rata |
Mai Sepinggan !!