Owhhhhh ... sangat la cantik dan trifle merupakan antara dessert yang paling aku suka buat.
Kalau suka kiwi atau strawberry atau pilihlah buah-buah tempatan yang disukai..
Aku suka guna jelly strawberry atau raspberry kerana warnanya yang terang !!
Bila nak decorate trifle ini, aku suka gunakan buah-buahan segar yang berwarna-warni. Strawberry, peach, mangga, limau, kiwi... dan apa-apa je buah...rambutan pun ok. Untuk keknya aku suka guna swissroll strawberry sebab warna merahnya yang cantik..
Susun dengan rapi dan lapiskan...
Jom, kita buat trifle...
Bahan-bahannya:
1 biji swissroll - dipotong-potong 1cm (aku suka perasa strawberry )
1 tin Nestle krim
1 tin buah peach
2 paket jelly
Untuk kastad:
1/2 cawan gula - jika suka manis boleh tambah
1 tin susu ideal (lebih kurang 2 cawan)
1 cawan juice peach
2 1/2 cawan air
Cara menyediakannya:
- Susunkan kek dalam bekas/ kaserol yang polos.
- Sediakan kastad- campurkan semua bahan untuk kastad dan masak sehingga pekat - ketepikan.
- Tuangkan kastad ke atas kek dan biarkan beku sebentar.
- Masakkan jelly tadi dengan 3 cawan air dan tuangkan ke atas kastad.
- Apabila beku, sapukan di atas jelly dengan dengan krim Nestle.
- Susun buah peach di atas krim tadi dengan cantik dan kemas.
- Sejukkan di dalam peti ais.
- Apabila sejuk keluarkan dan hidangkan.
Mudah sangat.... hari ini aku buat trifle ini untuk sambutan hari MERDEKA!!!
Mai Sepinggan !!