Strawberry tart |
1.Sweet dough/ pastri :
Butter (unsalted) 200 gm
Gula icing 100 gm
Telor/egg 30gm
Tepung 300 gm
sedikit garam
2. Caranya:
- Butter, garam, gula icing diadun sampai lembut.
- Masukkan telor & gula - sehingga sebati.
- Masukkan dalam cling wrap & chill.
- Terap & masuk dalam acuan pastri tart/tartlet
- Cucuk dasar pastri dengan garpu & bakar dengan "bake bean". Bila separuh masak, keluarkan bake bean dan bakar sehingga masak.
- Angkat & sejukkan
* susu segar 1/2 liter,
* gula castor 65 gm,
* telor kuning 100 gm,
* tepung kastad 25 gm,
* tepung gandum 25 gm,
* butter 15 gm.
Caranya:
1. Pukul telur & gula castor + tepung kastad
2. Masakkan susu dan sehingga mendidih
3. Masukkan tepung kastad yang dicamput telur & gula sehingga bercampur dan pekat + butter
4. Isikan pastri tartlet / tart tadi - buat cermat-cermat agar cantik
5. Bila selesai, hiaskan/ aturkan buah-buahan yang disukai....
6. Glazekannya dengan jelfix & sejukkan dalam peti ais sekejap...
Boleh terap dalam acuan tartlet |
Kadang-kadang tak larat nak terap kecil-kecil, inilah jadinya..
Musim strawberry manis yang murah - sekarang ni kat pasar malam pun ada jual...
Kadang-kadang bila kiwi ada, elok juga, nak guna mangga masak pun boleh, rambutan, laici, mata kucing, betik, peach, anggur, limau mandrin.... pendek kata apa saja yang kita suka.
Buah-buahan tempatan atau import sama saja sedap cuma saya suka lah kalau warna striking seperti strawberry ....
Bila rajin, terap dalam acuan tartlet kecil-kecil macam ni comel !!
Tak rugi kalau mencuba..
mai sepinggan !