Ulam - merupakan juadah yang dimakan bersama nasi berserta sambal samada sambal belacan, budu, sambal tempoyak, cencaluk atau apa-apa sambal mengikut selera masing-masing.
Biasanya ulam-ulam ini diambil dari pucuk-pucuk kayu, daun, batang, umbut, biji, buah dan bunga. Ulam-ulam ini boleh dimakan mentah atau direbus, direbus, dicelur, distim.
Kalau zaman dulu, ulam-ulaman ini mudah didapati di kampung-kampung tapi zaman la ni, kat semua pasar tani di bandar-bandar pun senang nak dapat ulam-ulam ni.. Sebut ja, nak apa - dari timun, kacang botol, petai, jering, daun selom, pucuk gajus, pucuk ubi, lempun... semuanya ada...
Malah kat Birmingham pun ada buah kedondong ( buah mera), Masa aku jalan-jalan kat San Diego buah petai pun ada...
Buah Petai - boleh dibakar @ rebus @ ulam mentah |
Ulam mentah- timun, daun selom, pucuk pegaga & umbut lempun |
Kacang kelisa/botol, pucuk putat, daun turi, chili padi, cili putih (lada putih) |
Timun, tomato, daun salad, cili hijau |
Sambal Belacan & Sambal kuinin @ bachang |
Bahan- Bahan:
4 biji cili besar merah
5 biji cili padi
garam secukup rasa
jus air asam jawa @ jus limau nipis
Cara:1. Bakar belacan & buang biji cili.
2. Tumbuk cili dan belacan hingga lumat
3. Gaulkan dengan jus limau @ jus asam jawa , garam.
4. Hidangkan bersama ulam-ulaman.
Nota:
Kita boleh pelbagaikan sambal ini dengan letakkan buah kuini @ bacang @ belimbing buluh @ mangga muda bersama sambal ini.
Caranya - mudah saja, cincang atau parut buah-buah yang masam dan digaul dengan sambal tadi.
Mai Sepinggan!
Tersiut-siut pedas Sambal Belacan....
No comments:
Post a Comment