Sampai saja Perlis, tumpuan utama mestilah pi ke NAT. Ada banyak NAT di Perlis seperti Nat pokok Getah Pauh (Ahad), Nat Simpang Empat (Selasa & Khamis), Nat Arau (Isnin), Nat Jejawi (Sabtu), Nat Wang Klian (Ahad), Nat Mata Air dan, pi lah ke pekan-pekan di Perlis mesti ada NAT.
He he he.. apa dia NAT? Nat King Cole pulakk.... Sebenarnya NAT ini ialah pasar pagi... Atau kalau kat Sabah depa kata Tamu. Di Nat ni orang-orang kampung, peniaga semua keluar bawa barang-barang jualan depa untuk dijual - semuanya fresh - segar bugar & harganya murah....
Di Nat Pokok Getah, Pauh ni aku berjumpa dengan siput MENTARANG, sekilo empat ringgit saja.... besar! Ramai orang tak kenai siput mentarang ni.
Sepinggan RM4 @ sekilo |
Siput Mentarang ni biasanya kita masak rebus saja atau bakar... sedap tau!
Bersihkan - Belahkannya & basuh |
Jom kita masak Sayur Manis Siput Mentarang dengan Bayam!
Bahan-bahannya:
1 kilo Siput Mentarang - bersihkan
1 ikat bayam - disiangkan
1 biji petola - disiang & dipotong
2 ulas bawang merah - dimayang
1 batang serai - diketuk
500 liter air
garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Masukkan siput mentarang yang telah dibersihkan kedalam periuk.
2. Masukkan air, petula, bawang, serai dan bayam serta garam secukup rasa.
3. Apabila mendidih dan semua sayur masak atau lembut tutup api.
4. Angkat dan hidangkan.
Mai Sepinggan !!
No comments:
Post a Comment