3 ekor RM12 siap disembelih |
Orang kata burung puyuh ni sangat berkhasiat kerana ianya kurang lemak dan rendah kolestrol. Dagingnya juga halus dan manis... Nak masak apa dengan burung puyuh ni??? Tak payah susah-susah.... goreng kunyit pun dah cukup sedap....
Daging puyuh goreng berkunyit |
Jom kita buat goreng burung puyuh berkunyit hari ini ..
Bahan- bahannya:-
4 ekor burung puyuh - potong 4 & bersihkan
garam secukup rasa
1 1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu teh jintan manis - tumbuk
2 labu bawang besar - potong bulat
2 biji chili besar merah - potong serong
minyak untuk menggoreng
Cara memasaknya:-
- Perapkan daging burung puyuh dengan garam, kunyit dan serbuk jintan manis.
- Panaskan minyak dalam kuali & goreng sehingga kekuningan.
- Gorengkan bawang besar & cili besar.
- Angkat & hidangkan.
Mudah & lazat |
Mai Sepinggan !!
Burung puyuh burung taktibau
Terbang tinggi si burung bayan,
Di dalam kilat ada kilau,
Rupanya awan mengandung hujan..
- Pantun Melayu
No comments:
Post a Comment