Wednesday, 7 November 2012

TEH "C" PONG - TEH "C" SPECIAL

Hello... Teh C pong satu!!


Semasa melawat Belaja di Sibu , Sarawak, first time aku dengar nama minuman macam ni disebut. Hairan dan pelek dengan apakah nama nya minuman ini, maka Adin, Aieshah dan aku masing-masing pesan seorang segelas..


Teh C Pong , Nyamai !
Menurut Belaja , Ianya bukan teh susu biasa seperti yang ada di Kuala Lumpur ...di Perlis pun tak dak.. bila oder dah sampai , hmmmmm nyamai !!  Sedap !!

Rupa-rupanya TEH C PONG ini ialah teh susu yang dibuat dengan menggunakan teh, susu cair dan gula pong @  manisan nipah. Di Sarawak dipanggil gula pong, di Perlis @ utara dipanggil manisan nipah.

Di Sabah pula minuman ni disebut Teh "C" Spesial..... mmmmm... semasa pergi Kota Belud melawat Matnin bin Mohammad, juga ada teh "C" ini tetapi gula yang digunakan ialah gula manisan tebu. 

Bahan-bahannya: 
3/4 gelas air teh - panas @ sejuk ikut kesukaan
3 susu besar gula pong
4 sudu besar susu cair 

1. Masukkan gula pong kedalam gelas
2. Masukkan susu cair
3. Masukkan teh panas/ sejuk/ais kedalam gelas
4. Hidangkan  ....  Nyamai !!



Mai sepinggan
Aram, ngirup lemai!


Note: Teh "C' Pong / Teh "C" Spesial = "C" ini sebenarnya singkatan kepada susu cair!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...