Satu lagi masakan yang simple dan cepat dimasak tapi sedap dimakan ialah daging goreng kunyit. Apabila dimasak, daging yang diperap dengan kunyit ini akan menaikkan bau wangi...
Hmmmm, kemudian hidangkan dengan nasi panas !
Daging Goreng Kunyit |
Bahan-Bahan:
500 gm daging lembut
2 sudu teh kunyit - biasanya aku guna kunyit hidup
3 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 sudu teh jintan manis - tumbuk
2 labu/biji bawang besar - potong
2 sudu besar air asam jawa
1 batang daun bawang besar
garam secukup rasa
2 sudu kicap pekat manis
minyak untuk menumis
1 cili merah
Cara:
1. Perapkan daging dengan kunyit dan jintan manis.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak & tumis bawang yang ditumbuk.
3. Masukkan daging dan goreng sehingga hampir masak dan masukkan bawang besar,
daun bawang, kicap, air asam jawa, garam secukup rasa dan cili besar
4. Kacau sebentar & angkat. Hidangkan..
Mai Sepinggan!
No comments:
Post a Comment