Thursday, 29 November 2012

KURMA AYAM



Hi... hari ini resepi kurma ayam @ Masak Putih. Biasanya dimakan bersama nasi minyak, nasi tomato, nasi Biryani atau nasi putih biasa pun sedap juga. Kalau di sebelah utara, kurma ni biasanya dipanggil Masak Putih.

Ini adalah resepi kurma yang paling simple, mudah tapi sedap yang diperturunkan oleh emak kami. Selalunya emak mengajar kami memasak semasa kami cuti sekolah...



Jom masak kurma !!


Kurma Ayam
























Bahan- bahan :

1 ekor ayam sedang (dipotong 10)
4 sudu besar rempah kurma ( bancuh dengan air & jadikan paste)
3 biji kentang - kupas dan potong 4
1 biji bawang besar - belah 4
2 biji cili merah besar  - belah 2
3 cawan santan kelapa

Kurma - Masak dengan api perlahan 
Untuk perap:
2 sudu besar kerisik
2 biji bawang putih - tumbuk
4 biji bawang merah - tumbuk
1 inci halia - tumbuk

Untuk tumis:
2 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 inci kulit kayu manis
2 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk

1 tangkai daun kari
minyak untuk menumis
garam secukup rasa.


Cara-cara:
1. Perapkan ayam dengan campuran  bawang merah, bawang putih, halia  yang ditumbuk, kerisik dan rempah kurma selama 15 minit.
2. Panaskan minyak dan tumis dengan bahan-bahan tumisan.
3. Masukkan ayam yang telah diperap & kentang.  Kacau sekali sekala dan masak sehingga naik minyak.
4. Apabila kentang dan masak atau  lembut,  masukkan  santan.
5. Masukkan bawang besar dan cili besar & masukkan garam secukup rasa.
6. Apabila sudah masak, angkat & hidangkan.


Nota:
Kita boleh buat kurma daging, kambing atau telor dengan menggunakan resepi ini.





 Mai Sepinggan !!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...