TERIMA KASIH Said!! Dan aku pun masak berkali-kali sampai OK!! Sampai terima tempahan lagi... terima kasih juga kepada Norhashimah Derani, kawan aku yang berada di Abu Dhabi yang bagi sijil lulus dengan kepujian. Ohhh tak lupa juga kawan Tilah, Hannan dari Saudi Arabia yang juga bagi lulus dengan kepujian.....
Bila pak Arab & mak Arab ke Malaysia, Student-student negara Arab ke UIA serta Universiti swasta, maka restoran makanan Arab tumbuh macam cendawan. Pergi ke mana saja mesti ada restoran Arab "مطعم". Mula-mula try Khabsa ni di Rawsha, pas tu pergi juga ke Hadramawt.
Said kata, "Sis, masak sendirilah. Senang saja! "
Khabsa makanan Arab - resepi dia orang ni ikut tempat sama ada Yemen, Saudi, UAE, Algieria , Teluk atau lain-lain.... Ikut tempat, cara & rempah yang diguna. Tapi yang utamanya beras panjang, lada hitam, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga.
Lauk nasi Khabsa ni pula macam-macam cara masaknya. Yang popular orang panggil mandhi. Mandhi ni sebenarnya daging atau ayam yang dimasak dalam tanah. Kedua popular ialah mathbi - masak atas batu dan yang ketiganya madghut.... masak dengan pressure cooker atau kita kata mereneh.
Apa pun, resepi Khabsa yang Said Algiers ajar, Simple sangat tapi SEDAP sangat.
Jom masak Khabsa !
Khabsa Kambing @ Nasi Arab |
Bahan-bahan:
1 kg beras Arab = untuk 12 orang makan
2 biji bawang holland (yellow onion)
1 biji karot sedang
2 biji tomato masak sedang
*** Blend sampai halus
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji cardamon ( buah pelaga)
sedikit lada hitam
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Cara Menyediakannya:
** Hidangkan bersama kambing dan sos nasi Arab SALATA HARA atau Salad/ sayuran mentah sebab orang Arab tak makan sayuran yang ditumis (masak)- Basuh beras Arab dengan air panas dan sejatkan.
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan lada hitam.
- Masukkan bahan yang dikisar, air dan biarkan mendidih.
- Masukkan beras dan tutup - biarkan hingga masak - lebih kurang 35 minit
Lauk nya pula - Kambing @ Ayam
Bahan-bahannya :
1 kilo kambing atau 2 ekor ayam (potong 8)
3 ulas bawang putih
2 biji bawang holland (yellow onion)
1 sudu kecil lada hitam
4 sudu serbuk cili ( kalau suka pedas tambah le ikut kesesuaian)
4 biji buah pelaga
*** semua bahan di atas, Blend sampai halus
*** semua bahan di atas, Blend sampai halus
Cara Menyediakannya:
- Panaskan minyak & tumis bahan-bahan tadi hingga naik wangi.
- Masukkan kambing atau ayam.
- Masukkan air sehingga separuh kambing atau ayam tadi.
- Masak selama satu setengah jam, biar kuahnya pekat.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Angkat dan hidangkan bersama nasi khabsa.
SOS SALATA HARA( SOS ARAB) :
Bahan-bahannya:
2 biji tomato
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 biji cili padi
2 biji cili hijau
jus lemon & garam untuk perasa
Cara Menyediakannya:
- Blend semua bahan di atas.
- Masukkan jus lemon dan garam mengikut rasa.
- Hidangkan bersama nasi khabsa dan kambing......
Salad |
Mai Sepinggan!!
يتيح تناول الطعام
Yes tq alhamdulilah.... sedap... mmm
ReplyDelete