Tuesday, 20 November 2012

SAMBAL TUMIS UDANG SEDAP !

Sambal tumis udang! Hmmmm... yang pastinya mesti sedap... terasa pedasnya! Aku rasa sambal tumis yang sedap ialah yang merah menyala, terasa pedasnya serta asam dan garamnya.. kalau tidak... Hmm tak best lah! Setengah orang suka letak gula pulak... jadi manis dan tak pedasla....


Sambal Tumis Udang 

Bahan- bahan:

1/2 kg udang kertas - dibersihkan
20 biji cili kering  - dikisar
2 labu bawang besar - dipotong bulat
3 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih  - ditumbuk
3 sudu besar air asam jawa
garam secukup rasa
minyak masak  secukupnya untuk menumis

Cara-cara:
1. Tumis bawang tumbuk kedalam kuali sehingga kuning.
2. Masukkan cili kisar & masakkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan udang, air asam, bawang besar dan garam secukup rasa.

  Note :
1. sekiranya anda "takut" pedas, letaklah gula seikut rasa agar tidak tersiut-siut..
2. kalau nak  lebih "adventure" lagi boleh tambah buat petai; maka jadilah  sambal tumis udang petai atau rebung juga boleh dijadikan kawannya..

              
Sambal Tumis Udang & Petai 









Mai Sepinggan !


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...